"sambungan : sketsa Cinta "

[Date] 17 JuLY 2005
[Time started] 06.30 p.m
[Song] The Killers: Indie Rock N Roll
[Current mood] This PsyCo LoVers
[Title] Sketsa Cinta (5)
___________________________________________

Dari sambungan 4…..

* * *
Kelibat di pintu kolej begitu sesak. Berpusu-pusu mahasiswa baru datang untuk pendaftaran. Pelbagai jenis warna dan kulit boleh ditemui. Melayu, India, china, Iban, kadazan dan beberapa jenis bangsa lagi. Dia tidak pasti usul bangsa mereka. Tapi satu masyarakat yang berbilang bangsa. “Inilah Malaysia,” lapang hatinya.

Dia begitu memerhati lagak manusia sekeliling. Tapi hari ini, dia bukanlah antara anak-anak yang berkejaran untuk lumba ilmu di kolej itu. Hanya sebagai peneman adik temannya.

Dia masih menunggu di taman rekriasi kolej. Buku berjudul Akal Dan Pengaruh Adab Dalam Dunia Arab Moden di selek kembali. Separuh helaian buku seolah sudahpun dibaca. Begitu waspada dan tekun. Mata-mata di sekeliling juga seolah ditarik dengan kuasa magnet ke arahnya. Dia tidak hirau. Mungkin kepelikan melihat seorang remaja yang muda usianya menelah buku yang berkarangan bahasa Arab. Manusia di situ begitu janggal dengan telatahnya.

Di ruang situ bukan dia sahaja. Masih ramai yang menunggu. Ibu bapa, kenalan sepertinya, atau abang bagi anak-anak yang baru untuk menduduki status Mahasiswa. Seperti di situ, adalah sebuah kilang untuk pencetakan manusia. Memproses manusia supaya berguna untuk negara, bangsa dan agama.

Soal agama? Agaknya, agama masih tidak seimbang di institusi kita pada masa kini. Falsafah pentarbiahan sebuah institusi hanya untuk anak bangsa. Memajukan negara. Ya, mungkin untuk anak bangsa dan negara. Seperti layaknya slogan, hanya bangsa dan negara. Akan tetapi agama? makin terabai. Institusi begitu longlai memupuk anak bangsa supaya menjadi manusia yang beragama. Religus.

Dia membiarkan kanan dan kirinya melihat telatah peliknya. Tapi dia tidak rasa pelik. Perkara biasa. Cuma, masyarakatnya yang pelik. Dia tidak salah. Hanya kerana membaca buku dikhalayak ramai mereka merasa bersalah.

Sedangkan ini bukan jenayah rogol! Cabul! Rasuah, atau membuat satu dosa yang mudarat bagi kehidupan manusia lain.

Bukan harus pula budaya sebegini untuk malu. Cemburu. Atau bersifat yang kurang akal seperti terlanjang dikhalayak ramai. Tapi, masyarakatnya malu membudaya sebegini. Jadi pelik. Gharib dalam masyarakat. Ah, amat pelik.

Dia tidak teruskan perseolan sedemkian. Dibiarkan patah-patah bacaan masuk ke rongga mata. Terapi menyusun setiap fakta dan isi ke saluran otak. Simpan untuk ingatan. Diulas melalui paradigma pemahaman maksud penulis itu.

Karangan Dr.Atif Iraqi amat digemari. Begitu kritis dan amat susah difahami. Perlu penguasaan yang luas untuk menghubungkaitkan persoalan dibangkitkan. Isi-isi yang terkandung juga begitu tinggi, sehingga dia memerlukan pengaruh ilmu luar untuk mentakwil maksud penulis tersebut. Penulisan genre Ekperimentalism.

Keliling yang bingar jadi sunyi. Itu Alamnya. Gadis-gadis genet, remaja yang sosok tubuh yang sederhana, kanak-kanak (mungkin adik-adik mereka), bapa dan ibu sibuk di kantin hujung sana. Menunggu sanak saudara mereka mendaftarkan diri di meja pendaftaran. Tidak kurang 300 meter di sebelah daya barat sana. Tapi dia rasa semuanya hanyalah mainan sekeliling. Tidak mengganggunya.

Jam dilihat. Jam 3.15 minit petang. Waktu Asar masih jauh. Dia kembali menyelak helaian selepasnya.

Mula untuk bersedia lagi, ada suatu bau yang begitu menyenangkan. Dia tidak cuba mencari arah bau tersebut. Dibiarkan matanya menatap lagi ke arah isi buku. Ada manusia duduk dipinggirnya. Matanya mengintai ke sisi kiri. Dia tahu bauan tadi dari arah ini. Dia seorang gadis.

Dia biarkan kepalanya masih tunduk ke arah buku. Kepala tidak diangkat. Di biarkan. Mencari-cari ayat yang terpotong dalam mindanya. Masih meraba-raba isi kandungan. Tidak ketemu. Dia kelu. Mindanya kaku untuk kembali beraksi. Sudah terperangkap dengan wangian tadi. Semangatnya makin luntur dan malas untuk membaca lagi.

Abang, lepas Asar kejap lagi ada taklimat“. Herman sedia kembali. Adik temannya yang dikirimkan oleh Fazrul supaya temankan untuk pendaftaran. Dia tahu sejak kebelakangan ini Fazrul begitu sibuk dengan kerja-kerja luar.

Ok, nak pergi minum dulu?” Dia sempat mencuri pandangan ke arah gadis tadi. Sungguh menjerat imaginasinya. Amat berkuntum ketika itu. Tapi dia sedar, itu khayalan perasaannya.

Ok, Jom“. Herman dan Jibran berlalu menuju kantin. Membiarkan gadis tadi hanya di dalam fikirannya. Mungkin sempat mencuri bayang gambarannya.

Hatinya amat berseri. Adakah ini antara bunga-bunga yang menguntum di metropolitan? Amat menyenangkan. Adakah benar bunga ini adalah antara bunga-bunga yang menguntum di metropolitan? Amat merumitkan. Tetapi, mengapa hatinya begitu bersungguh-sungguh untuk mengetahui siapakah dia. Gadis itu. Hanya gadis itu di fikirannya.

bersambung….

pai, Cairo

Advertisements

One Response to “"sambungan : sketsa Cinta "”

  1. Anonymous Says:

    This is very interesting site… film editing schools

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: