Archive for May, 2006

"Friday @ tiaDa UnTunK"

Posted in Life always Began on May 26, 2006 by duwenk

Satu:-(Jumaat). Kalau area ’10 district’ ni, jumaat adalah hari yang paling semak. Paling ‘buhsan‘ untuk keluar main-main. Atau, hari yang celaru otak untuk menghadapi karenah manusia sini.

Tapi, manusia tetap keluar masuk, tak henti-henti sampai senja pun dah malas. Itu pun masih sesak dengan manusia pelbagai corok negeri.

Suasana sebelah ni antara gambar yang sempat aku ambik dikecelaruan fikir aku. Panas. Buhsan. Semak. Busuk. Hancing pun ada. Tapi mereka ni tak serik, bahkan lebih lebar senyumnya menawar dan melanggan kereta-kereta terpakai. Satu-satunya ‘pasar kereta terpakai’ yang selalu aku lewati di Kairo. Lebih dikenali dengan gelar :”Suu’ Saiyaratt“.

Dua:- Kempunan Idelis

Tak selalu dapat peluang. Sebab itu orang-orang sebut, “peluang jangan dilepaskan”. Peluang dalam erti kata dapat memberi satu pendedahan baru untuk diceburi, ataupun ianya berlaku dalam bentuk perkara yang memberi keuntungan untuk diri.

Semalam, rasanya tidak gopoh kalau bersua muka mengenali tokoh. Sebagai satu peluang. Rasanya, agak ketimbangan kalau dibilang seorang ‘tokoh’ walaupun segalanya tidak memberi kemungkinan untuk lebih percaya ianya sebagai keuntungan. Tapi, sekadar lakar perjalanan hidup, setiap sudut dikiranya sebagai peluang. Itu harus didedahkan.

Tokoh yang dimaksudkan, seharusnya lebih dikenali pada mata dan kenalan pelajar-pelajar sini. Tapi, kelihatan sekadar orang tiada kenamaan ke sini. Tiada pula mata-mata yang liar untuk mengecam wajahnya. Atau duduk semeja mencuri kematangan dan pengalamannya. Tidak.

Dia datang dari Malaysia, tulisnya ingin menziarahi anaknya yang belajar di sini. Kalau semalam, baru saja aku kenal anaknya. “Tak tahu plak sblm ni dia ada anak di sini.” Khalid Jaafar, Master Mind (IKD) -Institut Kajian Dasar-. Kalau sebelum ni juga, pernah pergi ‘main-main’ di bangunan IKD. Time tuh dia tak ada, buat program di U.S (tak silap aku la).

Tapi semalam, rasanya peluang tidak diisi sebaik mungkin. Kiranya 1 kali bicara 10 kali rugi. Topik kurang menarik. Topik yang amat buhsan untuk aku. Kalau dalam ‘team setia kawan’ pun dah banyak kali bincangkan soal ini. Soal -Media atau Penterjemahan-. Kalau semalam itu mungkin lebih global sekadar memberi contoh isu-isu kebaikan dalam penulisan, penterjemahan. Tidak terhad dalam lingkungan mahasiswa sahaja, tetapi lebih kepada penghasilan untuk wacana masyarakat. Bahan minda masyarakat. Kasi pendedahan kepada masyarakat. Otak masyarakat.. Huh!!

Bagus, bagus!! Cuma, sekadar untuk pendedahan kepada kawan-kawan lain. Maksudnya; (semalam seramai 4 orang yang datang-bincang. Aku datang lambat. Ketika sampai, derang sudah bincangkan soal itu. Melalui projek Setia Kawan dan usul yang dikemukan IKD. Kerana itu juga, aku biarkan topik itu berlansung. Walaupun kurang intresting, harus untuk duduk serta mencari peluang-peluang yang lain).

Peluang dan harapan; sebenarnya, dia ada tulis, ada seminar mengenai –Kerakyatan: the experience of citizenship in Malaysia di Amman Jordan. Sekurang-kurangnya peluang di sini ide dan isi yang akan di bentangkan nanti boleh diceduk. Kongsi. Pelekat kat Board bilik. Ide dan fenomena politik dari Malaysia untuk warga Arab. Maksudnya, interversi dari Melayu ke Arab. Sejauhmana pula kefahaman agama-politik dan kebudayaan di Malaysia dan dunia Arab.

Tapi, untuk masa yang singkat, hanya berteduh bumbung umat Malaysia di Arab, orang sepertinya tidak akan merasa lelah untuk semua ini. Minat, tabah, suka bah berideologi dalam jiwa. Tak gopoh kalau boleh ceritakan semuanya pada akal-akal di sini. Itu harapan.

Titik.!

Dia dan anaknya belok ke kiri, masuk bangunan tempat teduhnya. 3 dari aku bulat mata ke library, macam kali pertama lihat library di DMAK, (Dewan Malaysia Abasiah Kairo). Aku ke pinggir kolam, mengeluar segulung cleopatra. Biarkan asap-asap naik singgah ke blok-blok asrama kanak-kanak sinih.

……. Jumaat 26/05 …P@i Kairo

Advertisements

"PixiE’s with IdEnTiti"

Posted in Life always Began on May 17, 2006 by duwenk





Gambar nih sebenarnya aku dah upload baru nih..tah hari ape.Tapi nak tulis2 tak sempat. “Mugo lepak CC jah. Time tuh la member ajak balik..siak jahh..pastu..nih kira aku edit la.

Takde pon cite menarik.Hari-hari kena berperang dengan emosi yang naik turun. Kekadang rasa jadi stabil sebab -rasenya cukup HAUL kut-. Tapi perang untuk diri memang tak abis-abis. Sampai terbawa2 dalam mimpi. Ngeri sangat ke perang nih sampai bawa dalam mimpi?. Tak la ngeri sangat. Cuma, cam perasaan jeh!!
Buat masa ni: (Perang) dari arti; melawan arus diri yang dah terjadual dengan situasi sekeliling. Iaitu, berkaitan dengan karier diri atau abiliti sebagai ‘Student’. Lebih2 lagi bila dah sampai ke tahap sekarang nih. (Bagaimana, mungkin penilaian diri itu hanya mutlak pada individu tersebut. Bukan pada penilaian mata orang lain yang banyak berkemungkinan =tidak pasti.)
Lagi tak faham, apabila di pandang sudut epistemologi manusia yang berurusan dalam hal kemanusiaan itu sendiri. Turut membabitkan sekeliling yang berupa bio-kosmo kehidupan lain.
Dalam penelitian ini, sifat manusia itu mungkin boleh dinilai, akan tetapi terhad dengan pemahaman atau tanggapan psikologi manusia pada sesuatu, termasuk penilaian sesama manusia. Iaitu bergantung pada paradigma keilmuan masing-masing.
Kalau mengikut kajian Sumber Manusia, fakta yang ditetapkan untuk penilaian tingkat mutu manusia juga berdasarkan paradigma culture tersebut. Yang memberi perbezaaan antara kebudayaan2 tertentu. Seperti juga berlaku dalam pemahaman kaedah Islam menentukan hukum-hukum buat manusia. Kerna ianya bukan mutlak akan tetapi ‘syumul’ melalui kesesuaian setempat.
Jadi, perang sebenarnya hanyalah psikologi individu seorang student yang terpaksa bergelumang dalam identitinya yang begitu rumit disusun. Bukan kerana dianya tidak punya usul diri atau celaru, (ada la sket2 tuh) tapi kerana enviroment sekelilingnya yang menentukan sifat diri dan hukum terhadapnya.
Manusia itu sendiri yang akan mengubah dirinya,bukan orang lain”- satu sudut ‘Tolaqul Qudrah’ adalah sifat mutlak bagi diri-NYA yang tidak mampu dinilai oleh manusia. Dan yang ada hanyalah pandangan singkat sebagai manusia untuk menentukan penilaiannya pada PENCIPTA.
Justeru, hanya sekadar kemampuan akal boleh menentukan hal diri melalui kaedah-kaedah seperti skill, abiliti& knowlagde (s.k.a) sebagai displin diri untuk manusia. Wala Haula Wala Quwata iLLa biLLahi alAzim. Titik…

"Sosial Kejam"

Posted in Life always Began on May 12, 2006 by duwenk

:ReLeaS MinD:

“Mana ada la.. Aku dah lame tak updet.. Sibuk jah sejak kebelakangan nih. Budak2 baru pun dah ramai…”

Ingat kawan aku tegur suh updet blog. Kata nak baca apa yang aku tulis. Isi otak aku. Isi cerita kisah hidup aku. Realiti keliling aku. Lebih2 lagi pasal dunia sinih. IgiP. “Best sangat ke Cairo neh”. Lebih otai lagi, katanya, “Bleh tahu dunia romantis aku. “HHAHAHHAHAH”. Siak jah kawan tuh.

Musim plak tak menentu kat sini (maksud aku musim mood). Cam chipsmore la plak. Kejap ok kejap tidak. Kejap heppy ending jah.. Hahha.. Kejap plak cam serabai jah. Mana satu nak susun, entah lah..

Buku berlambak lagi nak kena selak. Time dekat2 exam nih la baru rajin nak kongsi balik blog.. syiak jahh.. Dan lebih2 lagi derang (member2) suh packing masuk lam kotak. Katanya dah bleh blah dari dunia Cairo neh.. adoiiiii

Doa-doa la kat aku neh sume. Nak Final neh. Nak Balikkkk!!! Nanti2 la aku pergunakan balik pekdah2 blog nih….. Tunggu dehh!!!