"Friday @ tiaDa UnTunK"

Satu:-(Jumaat). Kalau area ’10 district’ ni, jumaat adalah hari yang paling semak. Paling ‘buhsan‘ untuk keluar main-main. Atau, hari yang celaru otak untuk menghadapi karenah manusia sini.

Tapi, manusia tetap keluar masuk, tak henti-henti sampai senja pun dah malas. Itu pun masih sesak dengan manusia pelbagai corok negeri.

Suasana sebelah ni antara gambar yang sempat aku ambik dikecelaruan fikir aku. Panas. Buhsan. Semak. Busuk. Hancing pun ada. Tapi mereka ni tak serik, bahkan lebih lebar senyumnya menawar dan melanggan kereta-kereta terpakai. Satu-satunya ‘pasar kereta terpakai’ yang selalu aku lewati di Kairo. Lebih dikenali dengan gelar :”Suu’ Saiyaratt“.

Dua:- Kempunan Idelis

Tak selalu dapat peluang. Sebab itu orang-orang sebut, “peluang jangan dilepaskan”. Peluang dalam erti kata dapat memberi satu pendedahan baru untuk diceburi, ataupun ianya berlaku dalam bentuk perkara yang memberi keuntungan untuk diri.

Semalam, rasanya tidak gopoh kalau bersua muka mengenali tokoh. Sebagai satu peluang. Rasanya, agak ketimbangan kalau dibilang seorang ‘tokoh’ walaupun segalanya tidak memberi kemungkinan untuk lebih percaya ianya sebagai keuntungan. Tapi, sekadar lakar perjalanan hidup, setiap sudut dikiranya sebagai peluang. Itu harus didedahkan.

Tokoh yang dimaksudkan, seharusnya lebih dikenali pada mata dan kenalan pelajar-pelajar sini. Tapi, kelihatan sekadar orang tiada kenamaan ke sini. Tiada pula mata-mata yang liar untuk mengecam wajahnya. Atau duduk semeja mencuri kematangan dan pengalamannya. Tidak.

Dia datang dari Malaysia, tulisnya ingin menziarahi anaknya yang belajar di sini. Kalau semalam, baru saja aku kenal anaknya. “Tak tahu plak sblm ni dia ada anak di sini.” Khalid Jaafar, Master Mind (IKD) -Institut Kajian Dasar-. Kalau sebelum ni juga, pernah pergi ‘main-main’ di bangunan IKD. Time tuh dia tak ada, buat program di U.S (tak silap aku la).

Tapi semalam, rasanya peluang tidak diisi sebaik mungkin. Kiranya 1 kali bicara 10 kali rugi. Topik kurang menarik. Topik yang amat buhsan untuk aku. Kalau dalam ‘team setia kawan’ pun dah banyak kali bincangkan soal ini. Soal -Media atau Penterjemahan-. Kalau semalam itu mungkin lebih global sekadar memberi contoh isu-isu kebaikan dalam penulisan, penterjemahan. Tidak terhad dalam lingkungan mahasiswa sahaja, tetapi lebih kepada penghasilan untuk wacana masyarakat. Bahan minda masyarakat. Kasi pendedahan kepada masyarakat. Otak masyarakat.. Huh!!

Bagus, bagus!! Cuma, sekadar untuk pendedahan kepada kawan-kawan lain. Maksudnya; (semalam seramai 4 orang yang datang-bincang. Aku datang lambat. Ketika sampai, derang sudah bincangkan soal itu. Melalui projek Setia Kawan dan usul yang dikemukan IKD. Kerana itu juga, aku biarkan topik itu berlansung. Walaupun kurang intresting, harus untuk duduk serta mencari peluang-peluang yang lain).

Peluang dan harapan; sebenarnya, dia ada tulis, ada seminar mengenai –Kerakyatan: the experience of citizenship in Malaysia di Amman Jordan. Sekurang-kurangnya peluang di sini ide dan isi yang akan di bentangkan nanti boleh diceduk. Kongsi. Pelekat kat Board bilik. Ide dan fenomena politik dari Malaysia untuk warga Arab. Maksudnya, interversi dari Melayu ke Arab. Sejauhmana pula kefahaman agama-politik dan kebudayaan di Malaysia dan dunia Arab.

Tapi, untuk masa yang singkat, hanya berteduh bumbung umat Malaysia di Arab, orang sepertinya tidak akan merasa lelah untuk semua ini. Minat, tabah, suka bah berideologi dalam jiwa. Tak gopoh kalau boleh ceritakan semuanya pada akal-akal di sini. Itu harapan.

Titik.!

Dia dan anaknya belok ke kiri, masuk bangunan tempat teduhnya. 3 dari aku bulat mata ke library, macam kali pertama lihat library di DMAK, (Dewan Malaysia Abasiah Kairo). Aku ke pinggir kolam, mengeluar segulung cleopatra. Biarkan asap-asap naik singgah ke blok-blok asrama kanak-kanak sinih.

……. Jumaat 26/05 …P@i Kairo

Advertisements

2 Responses to “"Friday @ tiaDa UnTunK"”

  1. Anonymous Says:

    Keep up the good work Cover seat for train

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: