"Penah Tulis Bab Passing Over??"

Banyak orang memahami sesuatu hukum adalah berdasarkan kebebasan manusia. Hukum yang di manipulasi menjadi kegunaan manusia. Bukan kerana penggarap kepada kehidupan manusia yang mempunyai pelbagai genre sosial. Akan tetapi, secara halusi, hukum itu sendiri hanyalah ‘jentera pendisplinan’ untuk manusia. Bukan pemaksa untuk hidup manusia. Kerana ‘Tiada paksaan di dalam Agama’.

Satu konsep yang penting, ‘Tiada paksaan di dalam Agama’ adalah ketelusan Islam itu sendiri untuk memilih mana baik dan buruk. Dan ‘Islam itu adalah Mudah’, bukan atas desakan yang tiada mampu untuk penganutnya. Islam itu indah dari apa yang difikirkan manusia. Lebih indah dari hukum-hukum yang ditafsir dari teks suci, bahkan lebih harmoni dari hukum yang diijtihad oleh manusia sebagai ‘pencerah untuk umah’, yang begitu progresif digerakkan oleh para agamawan.

Tak langsung juga, pihak intelek yang mengakui kemampuan akal mereka telah memecah kemampuan kuasa akal ulamak yang begitu mistik dengan soal pencerahan atau satu bentuk modernisasi. Dunia moderat yang begitu sinonim dengan ‘zaman kebangkitan umat Islam’. Itu harapannya medan perdana Islam terhadap umatnya. Menjadikan perkara ini bukan soal pemurtadan, sebagai teks suci ‘Tiada paksaan dalam Islam’, akan tetapi kaitan teks suci dalam soal ‘kemudahan Islam’ itu sendiri dan ketelusan soal-soal agama itu sendiri yang banyak dirumitkan oleh pihak-pihak tertentu.

Pasca moden dan pasca pencerahan adalah suatu slot penkhilafan antara ulamak mengenai tindakkannya. Katanya kerana Islam itu sendiri. Sifat memerlukan Islam adalah Fitrah manusia, bukan kerana teks sendiri yang sahaja berfirman untuk mengajak kepada agamanya, akan tetapi kerana displin di dunia dan hubungan di akhirat, teks suci adalah sebagai tanda dan bukti untuk kewujudan agama; ‘innaDina enda Allahil Islam’, melalui dipelbagai cara pembuktian. Bukan kerana ‘ma likiyaumi dDin’, bahawa DIA adalah Maha Raja segala Agama. Dan ada tafsir menandakan bahawa; Maha Raja di Hari Pengadilan sebagai Yaumi dDin.

Tetapi, kerana sifatnya manusia ini perlu beragama, Allah menceritakan lagi, ‘Sesungguhnya dijadikan manusia dan Jin untuk mereka menyembah..’, bukan kerana mereka tidak menghalusi fenomena keagamaan yang memerlukan Ketuhanan, sebagai maksud Tuhan yang Satu, atau keAgungan Tuhan secara mutlak. Akan tetapi, dari sunnatullah juga telah menyebut, sifat manusia itu sendiri yang memerlukan sifat berketuhanan sebagai wasilah mereka untuk menyembah pada sesuatu. Tetapi jelas, teks suci mengkhususkan bahawa; Agama di sisiNYA adalah agama Islam.

Dalam fenomena ini, mungkin kekeliruan antara para intelek dalam faham maksud; ‘passing over’ sebagai agenda penglibatan untuk kebebesan beragama. Atau ada pihak meletakan fenomena ini sebagai experimen kebenaran beragama. Atau lebih digemari sebagai mencari ilmu-ilmu pencerahan untuk diri dan mencari agama yang benar.

Argumen sebegini seharusnya, para intelek lebih intelek menyesuaikan persoalan yang ingin diadaptasi sebagai misi pencarian hidup. Atau sebagai keluasan tata ilmu manusia mengenai hukum tuhan dan untuk menyelongkar khazanah keilmuan menurut pandangan Islam melalui teks suci alQuran dan alSUnnah. Itu bagi kelompok yang benar gemarkan ilmu sebagai wadah hidup yang bergantung pada kefahaman islamisasi atau impek kuasa moden yang memerlukan kuasa Islam membendungnya.

Mungkin kerana argumentasi sebeginilah timbulnya pelbagai puak di pentas perdana. Sebahagiannya mendasari fundamental teks suci yang begitu tidak bergantung pada pergerakan zaman. Menjadikan agama itu sempit dan tiada ketelusan dalam soal moden. Kefahaman turath adalah pegangan mereka dari diperdaya dengan kefahaman moden yang banyak menggugat keimanan. Soal ini dikritik rakus dalam fenomena pengkafiran antara mereka.

Bukan mereka sahaja yang terkesan, malah lahir juga puak liberal yang mengakui kesinambungan mereka adalah golongan yang relevan bagi masyarakat. Menjadikan medan kepolitikan (perkara dunia) dan (soal Agama) di paras yang begitu harus dirungkai. Bukan sekadar tangkap-muat untuk dihidangkan kepada masyarakat. Lebih-lebih lagi dalam soal modenisasi yang jauh sekali menurut kefahaman umat Islam.

Namun soal ini sebenarnya berada di tahap yang begitu tidak meyakinkan, antara sekularism dan penafian hukum Islam terhadap beberapa perkara akidah dalam sektor sekularim. Sehinggakan ada sebagian telah mengakui kaedah Ali Abul Raziq sebagai ketentuan untuk Islam itu sendiri. Meletakan Islam itu adalah kesucian agama dan pengasingan antara Agama dan Daulah kerana kejelekan ‘daulah‘ itu sendiri yang banyak keraguan dan kebusukan politik. Justeru, pemisahan ini kerana Agama yang disanjung tinggi.

Tidak lupa juga, sesebagian lain menjadikan liberal itu berlaku secara total dan mengikuti kehendak semasa atau kefahaman individu. Sebagai contoh, sikap ‘passing over’, yang salah dalam pendefinasian displinnya sendiri. Itu hanya satu medan keraihan ilmu yang menjadi trend para intelek zaman kini. Sebagai contoh yang lain, soal ‘siasah‘(politik), bahawa dalam kajian politik kenegaraan, ‘passing over’di sini adalah tindakan kritis dalam kajian konflik antara pada Sahabat yang dijadikan contoh ‘Kenegaraan Islam’. Antara konflik-konflik pembunuhan para Khalifat, dan pelbagai penyelewengan para pendokong di sudut pandangan politik.

Sebagai teras umat Islam, harus diakui dalam struktur Hukum Islam menghadapi beberapa tingkat hukum; alQuran, alSunah, alQias, alIjmak, Qaul Sahabat dan sebagainya sehingga dalam soal Ihtihsan dan istihsab. Itu adalah tunjang utama dalam sistem pendisplinan manusia. Adapun sebahagian hanya menetapkan tiga dari yang terutama dan ada yang menyeluruh penggunaannya sehingga perkara yang baharu itu tidak menyalahi kefahaman teks utama alQuran.

Tetapi, setelah beberapa kebarangkalian perkara moden berlaku, paling besarnya melibatkan soal agama, perkara ini tidak lagi diendahkan. Bahkan menjadi batu loncatan kerana kemahuan mereka itu sendiri terhadap perkara dunia. Seperti sabda Rasullullah s.a.w; dalam teks suci; “allazi Yukazibu bid Din“, mereka menggunakan agama untuk mereka menipu. Teks ini banyak disalah ertikan dengan maksud, mereka yang menipu dalam agama. Sebenarnya ‘ba’ di situ adalah taukid kepada agama, bukan perkara agama. mereka yang menipu dengan bersalutkan pakaian agama.

Ini terjadinya pula kepada sebahagian yang lain, tidaklah mereka itu total dalam liberal mereka atau bersikap ortodoks dalam pengambilan hukum, akan tetapi menjadikan pihaknya mutlak dalam kebenaran. Biarpun semua kelompok tersebut ada kesamaan dalam kesan toleransi, iaitu pihak yang lain masih keraguan dan pihak mereka adalah satu-satunya yang hak. Yang menetapi kaedah hukum, akan tetapi mereka semuanya sama dalam penafsiran Islam;” Man yahdillah fahuwa alMuhtad, waman yudhlil falan tajid lahu waliyam murshida“, iaitu hanya mutlak dari Tuhan bahawa kepada siapa yang dikehendaki hidayah dan kepada siapa yang dihendaki kesesatan. Itu adalah Kudrat yang mutlak*.

…. Ada lagi??.. Tak tau apa yang tulis.. Tulis je la…

______________________________________________
*Ingin menyoal kebebasan Tuhan adalah bukan bidang manusia. Sebagaimana DIA menghamparkan bumi, bukan untuk manusia, mendirikan langit bukan untuk manusia, laut yang tiada penghujung bukan kerana manusia, bukit dan gunung yang begitu pasak di bumi juga bukan kerana manusia, tetapi kerana Cintanya pada S.Muhammad sebagai fitrah pertama untuk segala makhluk. Dia bukan seperti manusia yang ada.

Advertisements

5 Responses to “"Penah Tulis Bab Passing Over??"”

  1. akuokay Says:


    *Ingin menyoal kebebasan Tuhan adalah bukan bidang manusia. Sebagaimana DIA menghamparkan bumi, bukan untuk manusia, mendirikan langit bukan untuk manusia, laut yang tiada penghujung bukan kerana manusia, bukit dan gunung yang begitu pasak di bumi juga bukan kerana manusia, tetapi kerana Cintanya pada S.Muhammad sebagai fitrah pertama untuk segala makhluk. Dia bukan seperti manusia yang ada.”

    aku paham part yang nie jer.

    passing over = kebebasan beragama yeh?

  2. a.k.a P@i Says:

    passing over nih berlaku dalam semua sudut.. part nih hanya kisarkan sudut beragama.. mean para intelek menggunakan kaedah passing over dalam pemahaman agama-agama lain.. ada yang terus loncat masuk ada yang hanya berideologi.. itu jah.. ehh??

  3. akuokay Says:

    hihihi…

  4. Anonymous Says:

    This is very interesting site… »

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: