Archive for September, 2006

"Fikir Songsang"

Posted in Life always Began on September 9, 2006 by duwenk

Bila saja guna kata ‘Songsang’, rasanya ada sedikit gempak. Kalau ikutkan media intelektual selalunya dikaitkan dengan perkara yang menyalahi adat dan ilmu. Atau ianya berlaku dalam pemikiran moden yang harus ditelusi secara benar dan kritis. Dalam situasi demikian, banyak penyalahan anggap terhadap perkara yang dibicarakan. Sebagai contoh, tuduhan yang berlaku ketika memberi ceramah atau disebut ‘Khutbah Songsang’. Secara politis, songsang dari perkara realiti dan melibatkan antara dua pihak dalam dua pencarian; antara benar dan salah.

Songsang, seringnya berlaku secara kritis. Lain dari general pemikiran umum. Songsang mempunya beberapa peringkat konotasi yang dialami oleh para pemikir. Antara realiti adat dan hukum, dan antara tradisi ilmu ‘turath’ dan ilmu ‘hadith’. Sehingga pemikiran songsang ini terpaksa menyalahi fahaman umum dan memberi cara baru untuk diguna pakai.

Jika kini, persoalan songsang sudah pun menjadi mainstream umum dalam sosio budaya mahupun politik. Lebih tragis lagi bila melibatkan perkara ini menjadi ‘trend’ manusia. Seperti dalam jawatan kemasyarakatan, songsang mempunyai kuasa ‘pembaharuan’ untuk mempengaruhi minda masyarakat baru. Secara untungnya,, bila fakta persamaan gender, pembebasan dan tiada sempadan ruang modenisasi.

Mungkin dalam sistem pengorganiasian sesebuah sektor mempunyai prinsip dan displinnya tersendiri untuk mensistemkan manusia. Dan kerana itu juga, sistem manusia tidak akan mampu memuaskan kehendak manusia sendiri dalam penerapan ril atau moral untuk manusia. Justeru itu juga, khilaf dalam sesebuah sektor akan berlakunya perkara songsang dari ril yang disediakan oleh sesebuah sistem.

Sebagai kata ‘Khutbah Songsang’ atau ‘Kata songsang’, yang bermaksud menyalahi keadaan text yang digarapkan dalam sistem. Dan berlaku juga pertembungan antara beberapa pemikiran yang disisihkan oleh pihak-pihak atasan, sekalipun songsang itu ada benar dan salahnya.

Untuk realiti zaman, fikir songsang adalah perkara ‘amat bagus’ untuk pembiakan masyarakat. Sebagai kata ‘fikir songsang’ untuk melahirkan perkara baru dalam medan kapitalism. Kemajuan dan rasa rangsang untuk lebih ‘kedepan’ adalah usaha yang berinovatif bagi menyelamatkan manusia dari tenggelam dengan mainstream sistem kemanusiaan.

Sebagai contoh lainnya, gembar gembur era politis kini masih menyeru dalam sistem demokrasi atau pengadilan dari teror. Songsangnya, sistem demokrasi atau pembebasan hak-hak manusia sudah lama berkubur tanpa nisan, akan tetapi slogan-slogan sedemikian masih disanjung dan diadilkan dalam sistem berpolitik. Songsang juga, dari pengetahuan umum, lebih-lebih lagi dikonflik Asia barat dan Timur Tengah yang masih lemas dalam isu-isu sedemikian. Tiada demokrasi dan penyamarataan hak hak manusia. Songsang.

11 sept tiba lagi. Perkara songsang harus lebih berpihak kepada manusia. Bukan di pihak orang-orang politik yang hanya tahu melihat dunia untuk berjenaka, bermesra dan berlakon di media-media dunia. Selama mana manusia akan terus tenggelam dengan muslihat media dan aktor-aktor politik di seluruh dunia.

__________________________________________________________
Pilih Baca dari Site Muring
__________________________________________________________
Advertisements