Archive for October, 2006

"Raya"

Posted in Life always Began on October 31, 2006 by duwenk

Cipanzi. Ape makna pun aku pun tak tahu. Kawan2 slalu sebut. Kalau melatah atau nak makin, “cinpanzi betul la budak nih.” Setahu ringkas aku, Cipanzi nih sejenis binatang. Cam ‘Panda’ atau ‘Beruang kecik”. Betul atau idak tu pasal lain la..

Bila time raya tahun nih, sikit pun aku tak kisah pasal ‘rasa’ suasana hari raya. Mungkin ‘aku’ tak perlukan segala suasana tuh. Suasana seperti sama-sama membakar lemang, cucuh mercun, atau bermain kejar-kejar dengan anak buah di kampung. Atau tak kisah untuk berkumpul ramai-ramai di halaman depan rumah. Borak, gurau senda, tukar cerita, kisah duka dan suka bersama adik beradik. Jadi tak kisah pada suasana sebegini.

Satu suasana lain pula, tak perlu dengar leter mulut manis ‘ibu’ tersayang. Tak perlu lelah untuk meraih karenah mereka. Tak ada juga lagak ‘cool’ seorang ‘bapa’ yang sering tersenyum walau aku dianggap khilaf dengan apa yang dikehendakinya. Segalanya tidak di rasa, walau sudah 3 tahun tidak berkumpul semua.

Satu hal lain juga, rasanya bersyukur dengan apa yang ada. Dengan adanya kawan-kawan2, rakan kongsi hidup. Susah senang. Baik buruk, kami adalah keluarga di sini. Sejak sblm subuh di hari raya pertama, masing2 berasa resah untuk tiba ‘berhari raya’ di tempat yang mulia. Mulia bagi kami. Tempat keluarga tercinta untuk kami. Keluarga segala tempat bagi kami. Mungkin ini juga di panggil Kiblat bagi kami. Selamat Hari Raya buat Bumi Mazro’atul Kiram.

Tapi, sblm hari menjelang raya, Ibu sudah menghantar suara. Pesan, nasihat, kasih untuk anak di sini. Tidak resah hati si tua untuk jantung anak muda. Tapi anak tetap merasa resah untuk sang ibu. Katanya “yang penting jaga diri baik-baik dan salam buat keluarga di sana”. Ibu juga tau keluarga di sini amat penting untuk kami di sini. Biar lain budaya lain cara lain rupa, hanya kisah cinta saja boleh meraih rohani antara manusia. Itu rasanya.

Raya ini mungkin sedikit beza walaupun di bumi yang sama. Hanya suasana berganti dengan situasi yang begitu memaksa kerja dunia. Tapi bahagia. Aku tetap mesra kerana Tuhan masih memberi hidup untuk aku menyambut lebaran bersama mereka.

Terima Kasih & Selamat Hari Raya;

-Keluarga Ammu Syeikh Mokhtar alBurhamy
-Kedutaan Besar Kairo
-Keluarga Ikatan Setia Kawan Kairo
-Anak-anak baru Fakulti Medic Mansoura
-Member2 jauh dekat.

Maaf Zahir Batin. Kullu 3am wentum Bikhair..

P@i Kairo

"Suara Rumah Tuhan"

Posted in Life always Began on October 4, 2006 by duwenk


DownTown atau ‘Wastul Balad’. Tak jauh dari simpang kanan sana, masih ada manusia yang berlari-lari mengejar suasana malam puasa. Teriak suara menarik perhatian ramai orang yang berbondong-bondong memenuhi malam itu. Suara-suara bersorak menjaja barang jualan. Sesekali teriakan suara turun naik seperti ada bunyi serak dirongga tekaknya. Hujung sana masih berlumba-lumba menawarkan harga lebih murah. Pakaian baju, kasut, seluar yang dilelong lebih meraih suasana pekan di sana.

Dari tadi, dia hanya melihat. Sedikit resah melihat karenah-karenah orang tempatan terhadapnya. Melihat dirinya asing. Setelah lebih lima minit berjalan, riuh rendah suara jerit di stesen bas ‘Atabah’ masih begitu nyaring dan bising. Matanya liar mencari-cari lorong yang harus di masuki. Kiri kanannya bersilih ganta rupa manusia. Kakinya agak lemah melangkah. Jauh berjalan kaki.

Petang tadi, hingga jam 4 petang, dia hanya tahu penat. “Selesai berurusan dengan urang Arab”, katanya agak perit. “Tade sistem..”, “tade prosuder, prosuder sendiri suka..”. Dari jam pagi, terik matahari agak tidak membiasakan. Panas, mungkin penghabisan musim. Agak panas. Tekaknya haus, bibir sedikit pedih. Pecah. Bumbung bangunan (Cargo Village) amat tidak menyenangkan. Kurang maju. Lusuh, tidak tersusun.

Mungkin kerana ‘prosuder sendiri suka’, berat barang 3kg sama taraf dengan 1000kg. Itu agaknya. Atau kerana orang luar yang harus di’niagakan’ melalui prosuder sendiri suka? Atau boleh saja berlaku disebabkan ‘terlalu’ tunduk dengan sistem-sistem manusia?

Banyak perkara juga sedang berlaku di malam itu, setelah lewat singgah di sebuah kedai minum, dia menyusur masuk ke lorong agak kecil. Suara-suara tadi tiada bunyinya. Hanya angin dan batuk orang-orang tua di pinggir-pinggir jalan. Anak-anak masih lagi berlari-lari ketawa melintasi langkahnya. Dia hanya ikut jejak langkah budak berbaju biru itu.

Agak meriah sekali, bulan ibadat buat manusia. Bulan yang penuh barakah, bulan yang begitu banyak menjanjikan kelebihan buat manusia. Bulan yang tiada bandingan timbang amalan untuk umat-Nya Saidina Muhammad s.a.w. Bulan yang tiada harga untuk diganti dengan limpahan harta dunia. Mungkin itu sebabnya ‘meriah’. Tidak sama dikampung. Agak serius dan agak terbelenggu dengan pembudayaan agama.

Mungkin budaya di sini agak keIslaman. Itu katanya sebahagian manusia. Antara budaya manusia yang dipenuhi dengan fahaman, corak masyarakat, budaya tamadun, sifat, jasmani dan segala faktor biologi juga mampu menafsirkan konsep budaya dalam pembudayaan manusia.

Lain pula dengan budaya masyarakat Islam dan budaya Islam. Mungkin budaya adalah satu konsep sosial yang lain, yang boleh menerapkan identiti Islam sebagai kata Islamisasi. Antara konsep budaya dan kata akidah Islam adalah saling berkaitan, cuma dalam kontek yang berbeza. Seperti Sunnatullah menurunkan ‘Agama Islam’ ke atas Saidina Muhammad s.a.w di kalangan bangsa Arab yang berbudayakan Arab. Bukan menurunkan budaya Islam kepada bangsa Arab bahkan akidah Islam kepada seluruh umat dunia.

Dalam fikirnya tadi, dia asyik memerhati. Gelagak manusia di situ. Sejak selesai waktu perdana, tiada lagi suara-suara syurga berkumandang. Tiada lagi seri hati text-text suci bagi umat Islam. Esok masih ada lagi. Biar segala corong suara ‘Rumah Tuhan’ bercerita untuk umat manusia. Berkhutbah memberi ingatan untuk manusia. Berjanji dengan kuasa-kuasaNYA terhadap manusia. Suara-suara itu akan sentiasa sehingga akhir Ramadhan nanti.

Sejak tadi, riuh suara makin bertambah. Makin bercampur faham bahasa dalam loghat hidup budaya mereka. Dia dan pemuda di hadapan sana hanya berlalu mencuri suasana Ramadhan yang dinikmati oleh budaya bukan bangsanya.

Besok, lusa, suasana sebegini tidak dirasainya lagi. Tapi jika dia akan kembali ke tanah sejarah Firaun dan Saidina Musa a.s ini. Esok masih ada tugasan yang harus diselesaikan. Dunia makin membezakan hidup antara hidup manusia. Ramadhan makin gembira melihat umat manusia sentiasa meraikannya. Bergembira meraih ibadat. Berlapang dada menunai amal. Berzikir menyebut NAMNYA, bertasbih memuji KuasaNYA, bertahlil mengESAkanNYA, bertahmid mensyukuriNYA, bertakbir mengAGUNGkanNYA.

dWenk, Cairo