"Suara Rumah Tuhan"


DownTown atau ‘Wastul Balad’. Tak jauh dari simpang kanan sana, masih ada manusia yang berlari-lari mengejar suasana malam puasa. Teriak suara menarik perhatian ramai orang yang berbondong-bondong memenuhi malam itu. Suara-suara bersorak menjaja barang jualan. Sesekali teriakan suara turun naik seperti ada bunyi serak dirongga tekaknya. Hujung sana masih berlumba-lumba menawarkan harga lebih murah. Pakaian baju, kasut, seluar yang dilelong lebih meraih suasana pekan di sana.

Dari tadi, dia hanya melihat. Sedikit resah melihat karenah-karenah orang tempatan terhadapnya. Melihat dirinya asing. Setelah lebih lima minit berjalan, riuh rendah suara jerit di stesen bas ‘Atabah’ masih begitu nyaring dan bising. Matanya liar mencari-cari lorong yang harus di masuki. Kiri kanannya bersilih ganta rupa manusia. Kakinya agak lemah melangkah. Jauh berjalan kaki.

Petang tadi, hingga jam 4 petang, dia hanya tahu penat. “Selesai berurusan dengan urang Arab”, katanya agak perit. “Tade sistem..”, “tade prosuder, prosuder sendiri suka..”. Dari jam pagi, terik matahari agak tidak membiasakan. Panas, mungkin penghabisan musim. Agak panas. Tekaknya haus, bibir sedikit pedih. Pecah. Bumbung bangunan (Cargo Village) amat tidak menyenangkan. Kurang maju. Lusuh, tidak tersusun.

Mungkin kerana ‘prosuder sendiri suka’, berat barang 3kg sama taraf dengan 1000kg. Itu agaknya. Atau kerana orang luar yang harus di’niagakan’ melalui prosuder sendiri suka? Atau boleh saja berlaku disebabkan ‘terlalu’ tunduk dengan sistem-sistem manusia?

Banyak perkara juga sedang berlaku di malam itu, setelah lewat singgah di sebuah kedai minum, dia menyusur masuk ke lorong agak kecil. Suara-suara tadi tiada bunyinya. Hanya angin dan batuk orang-orang tua di pinggir-pinggir jalan. Anak-anak masih lagi berlari-lari ketawa melintasi langkahnya. Dia hanya ikut jejak langkah budak berbaju biru itu.

Agak meriah sekali, bulan ibadat buat manusia. Bulan yang penuh barakah, bulan yang begitu banyak menjanjikan kelebihan buat manusia. Bulan yang tiada bandingan timbang amalan untuk umat-Nya Saidina Muhammad s.a.w. Bulan yang tiada harga untuk diganti dengan limpahan harta dunia. Mungkin itu sebabnya ‘meriah’. Tidak sama dikampung. Agak serius dan agak terbelenggu dengan pembudayaan agama.

Mungkin budaya di sini agak keIslaman. Itu katanya sebahagian manusia. Antara budaya manusia yang dipenuhi dengan fahaman, corak masyarakat, budaya tamadun, sifat, jasmani dan segala faktor biologi juga mampu menafsirkan konsep budaya dalam pembudayaan manusia.

Lain pula dengan budaya masyarakat Islam dan budaya Islam. Mungkin budaya adalah satu konsep sosial yang lain, yang boleh menerapkan identiti Islam sebagai kata Islamisasi. Antara konsep budaya dan kata akidah Islam adalah saling berkaitan, cuma dalam kontek yang berbeza. Seperti Sunnatullah menurunkan ‘Agama Islam’ ke atas Saidina Muhammad s.a.w di kalangan bangsa Arab yang berbudayakan Arab. Bukan menurunkan budaya Islam kepada bangsa Arab bahkan akidah Islam kepada seluruh umat dunia.

Dalam fikirnya tadi, dia asyik memerhati. Gelagak manusia di situ. Sejak selesai waktu perdana, tiada lagi suara-suara syurga berkumandang. Tiada lagi seri hati text-text suci bagi umat Islam. Esok masih ada lagi. Biar segala corong suara ‘Rumah Tuhan’ bercerita untuk umat manusia. Berkhutbah memberi ingatan untuk manusia. Berjanji dengan kuasa-kuasaNYA terhadap manusia. Suara-suara itu akan sentiasa sehingga akhir Ramadhan nanti.

Sejak tadi, riuh suara makin bertambah. Makin bercampur faham bahasa dalam loghat hidup budaya mereka. Dia dan pemuda di hadapan sana hanya berlalu mencuri suasana Ramadhan yang dinikmati oleh budaya bukan bangsanya.

Besok, lusa, suasana sebegini tidak dirasainya lagi. Tapi jika dia akan kembali ke tanah sejarah Firaun dan Saidina Musa a.s ini. Esok masih ada tugasan yang harus diselesaikan. Dunia makin membezakan hidup antara hidup manusia. Ramadhan makin gembira melihat umat manusia sentiasa meraikannya. Bergembira meraih ibadat. Berlapang dada menunai amal. Berzikir menyebut NAMNYA, bertasbih memuji KuasaNYA, bertahlil mengESAkanNYA, bertahmid mensyukuriNYA, bertakbir mengAGUNGkanNYA.

dWenk, Cairo

Advertisements

One Response to “"Suara Rumah Tuhan"”

  1. akuokay Says:

    http://www.cobajak.blogspot.com” —> itu bukan aku laa pai… =P

    aku kat sini –> http://www.akuokay.blogspot.com

    “Mungkin budaya di sini agak keIslaman”
    besh ek posa kat sane ek pai ekk…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: