-Saingan Sosial-

Orang banyak faham tentang sosial. Bila dengar sahaja kata ‘Sosial’, mentaliti manusia dah rasa jijik. Dah rasa sesuatu yang menyalahi kehendak agama. Ataupun ‘sosial’ ini boleh menjurus kepada ‘pergaulan a.k.a bebas’. Contoh-contoh yang selalu orang guna “…budak tuh sangatlah sosial..” “Kau ni sosial la…!!” dan macam-macam lagi.

Sosial kerajaan, sosial hidup, sosial maksiat -masing-masing berbeza dalam penggunaan. Perkataan sosial ini lebih memberi erti -sosio kehidupan- atau ‘pergaulan’ atau ‘hubungan antara manusia’ dalam perkara-perkara kehidupan. Dari kata; sosio-hidup, sosio-ekonomi, sosio-budaya, dan sosio-meliputi antara manusia dan alam.

Secara definasi, sosial adalah rangkaian pergaulan manusia dalam setiap genre hidup. Dan faham sosial adalah lebih luas dari perspektif tertentu yang boleh membezakan antara sosial-hidup+ sosial maksiat. Bergantung atas pelaku dan dua keadaan yang berbeza. Sosial adalah sosiologi hidup dan pelaku yang menentukan sosial itu bersifat negetif or positif.

* * *
Saingan sosial -Bermaksud ‘perlumbaan sosial’ dalam memperolehi kehendak semasa yang melibatkan pengaruh-pengaruh sekeliling. Sebagai contoh; saingan untuk berdaya saing dalam kehidupan berupa kompenan-komponen material. Melalui saingan karier, saingan harta, saingan sosial, serta sifat yang berkehendak ‘lagi dan lagi’.

Perkara ini sebenarnya telah dialami oleh setiap manusia. Lebih-lebih lagi mereka yang hidup dalam suasana ‘kerja’ dan saingan semasa dalam mencari keperluan hidup. Begitu rupa saingan sosial ini, telah melibatkan manusia+benda=Kuasa. Kuasa ini lah yang menentukan ‘Juara’ dari perlumbaan sosial tersebut.

Sebagai contoh sosial kerja; apabila si A telah menjawat kerja dan telahpun memakai kereta, dan si B pula juga telah bekerja akan tetapi tidak memakai kereta. Jadi, psikologi si B tadi akan menerima cabaran dalam ‘saingan sosial’ untuk mampu bersekedudukan seperti si A.

Begitu juga dalam sosial hubungan; si A mempunyai seorang kekasih, dan si B juga akan terpengaruh untuk mempunyai seperti si A miliki. Jadi sifat saingan sosial telah dipengaruhi dari sekeliling pelaku.

* * * *

Saingan sosial sebenarnya adalah kesan dari percaturan ekonomi semasa. Samada ianya bersifat kapitalis (yang banyak terlibatnya kes saingan sosial) mahupun sistem ekonomi liberal (yang saingan sosial itu berdasarkan sifat manusia itu sendiri).

Dalam negara yang pesat dan membangun seperti malaysia, saingan sosial adalah menjadi kayu ukur dalam kepesatan negara. Dan amalan ini juga telah meletakkan proses ekonomi negara semakin berdaya saing. Bentuk sosial juga akan lebih menentukan sejauhmana hubungan antara manusia dan kesan terhadap keseimbangan sistem-sistem yang wujud dalam negara.

* * * *

Secara realiti, saingan sosial tetap memberi kesan yang negetif kepada masyarakat. Kerana keseimbangan sesebuah negara bergantung kepada kehendak moral yang melahirkan ‘keharmonian’ antara masyarakat. Serta mampu mengimbangi sistem-sistem yang wujud dalam genre modeninasi.

Secara islamis, saingan sosial digalakkan hanya bila pelaku berperinsip. Tidak melampau-lampau dan masih menjadikan saingan sosial itu lebih harmonis.

p/s: Hentah hape yang aku tulis. Tuh jahhhhhh!!!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: