Rabun epi-3

Manusia dan Bidadari

Bila saja melihat matanya, dia cuba mencuri pandang ke tepi. Melihat kesibukan kota. Riuh rendah, berlumba-lumba manusia menghibur hati. Memerangkap nafsu. Mencelah keinginan. Memenuhi kehidupan. Supaya ditanya nanti; “aku telah berpengalaman, luas, dalam dunia kini”. Matanya liar berlegar di sekeliling. Tidak kepada kata-katanya. Pandangan ikhlasnya. Kasih sayangnya. Tiap kali ingin memerhati mata hitamnya, dia berlari supaya dikejar. Berlari untuk lari dari memahami antara satu sama lain. Berlari untuk menyorokkan diri dari dilihatnya lagi. Tapi? kenapa dia masih di sini. Cantik, sempurna, bidadari yang sesat di bumi. Mungkin turunnya untuk mencari cinta dari sang manusia. Kerana telah didengarnya bahawa; manusia adalah sebaik-baik ciptaan. Ya! Ahsani Taqwim. Adakah kemungkinan ini berlaku? Bidadari mencari manusia di bumi?

Kadang-kadang dia sendiri tidak pernah mengerti pengalaman cinta. Ramai orang menyebut cinta itu agung, mulia, indah, penuh maduan. Manis. Seperti istilah bidadari, malaikat, bunga, anggun, ayu. Indah bukan? Tapi, dalam selok-belok pengalamannya, tetap beracun, kejam, dayus, setan, hantu, berlembah hitam dikongsi sama. Seperti cintanya, tidak lah sehebat rekayasa cerita-cerita cinta, Romeo+Juliet, Cinderella+Prince, Snow white yang hidup dengan manusia kerdil dilamar putera juga, atau Puteri Gunung Ledang dengan Sultan Mahmud, atau lebih telus jika; seperti Saidina Sulaiman dengan Ratu Balqis yang begitu mistik mencipta istana bergerak, Kisah cinta manusia pertama Saidina Adam juga, terlampau melalui rentasan akal hingga Saiditina Hawa bertemunya di Bukit Kerahmatan (Jabalu Rahmah) di Arafah. Cinta Sang Paling Mulia Muhammad s.a.w juga sering dibaitkan dalam puisi-puisi para pujangga. Tidakkah Agung kisah cinta mereka?

Hanya yang ada, rasa hati, perasaan, ketenangan, fikiran yang terhuyung-hayang dengan kemaruk balasan cinta. Mabuk dengan rupa parasnya, bicara selembut angin membelai fajar. Menantikan matahari terbit perlahan-lahan mengucap ‘Good Mornink’ untuk manusia. Memberi kehidupan kepada alam. Membuka mata pencarian. Kemenangan. Keriangan. Terhijab perasaan syukur. Membungkam gelap. Hanyut. Berteriak kebebasan. Tidak pernah rasa ada rahmat. Malap dan kelam di hari yang siang. Dengan kuasa-kuasa dunia yang lebih besar. Lebih realistik. Lebih membenarkan faktor-faktor sains diberi kata putus. Ya realistik. Itu yang akan dikejar manusia. Tapi, rahsia hati, rohani, atma diri, tidak pernah dilihat orang. Diambil kira dalam soal-soal kemanusiaan. Kerana kecelaruan dalam cinta. Cinta sesama manusia ataupun cinta kepada kebendaan. Bukankah itu faktor material yang berdasarkan sekular?

Tapi cinta bukanlah segmen sekular. Cinta bukan pula suatu bentuk ideologi, atau ciri-ciri sistem buatan manusia. Cinta takkan juga dapat disamakan dengan jentera-jentera modenisasi yang sentiasa sibuk meraih teknologi. Pembangunan negara, atau sistem politik, ekonomi. Bukan seperti ada yang berani menjual diri, melacur hati, dagang emosi, dengan kata cinta. Cinta dijadikan bahan meraih simpati, mencuri sistem manusia, mengambil untung untuk dibicara, melalui prosa, puisi, lukisan hati, berhuruf, berangkap-rangkap. Juga dijadikan sebuah mata pencarian. Mengembangkan rasa untuk turut berkongsi dalam sistem-sistem manusia. Menjadi budaya. Berkembang. Mekar, menular di setiap jiwa-jiwa seni. Seperti dirinya. Melihat bidadari yang sejak dari tadi hanya memandang sekolompok kawan melangkah lompat di taman di Ibu kota.

“Tidakkah kau merasa aku ada di sini, depan mu”. Hatinya berbicara sendiri. Menanti jawapan hati bidadari itu. Mungkin tidak sejauh itu dia hanya memikirkan tentang keburukan. Mengkritik kekasih dalam gelap adalah perasaan prejudis. Takut. Tak berani. Atau boleh saja dirinya tidak yakin dengan cintanya. Tapi, tidak mungkin dia akan sebaris dengan pencinta-pencita agung yang lain. Tak mungkin juga dia mampu melakarkan bait-bait yang indah seperti intuisi Gibran terhadap May Ziadah. Kalau dalam kitab hindu ada menyebut soal Rama dan Sinta. Memang ia tidak mampu. Dia tahu, dirinya hanya percaya, bidadari ini turun hanyalah untuknya. Itu kata hatinya.

Sebab itu, sedekat mungkin mengenali seseorang semakin dangkal untuk memahaminya. Semakin terjerat dalam rahsia-rahsia cinta. Makin bertangkai kusut mendapat cahayanya. Situasi ini mungkin tidak jelas jika difikiran dengan adanya sifat berjaga-jaga, berhati-hati, lebih menitik beratkan perasaan cuma, akan tetapi lebih jelas jika lebih terbuka. Melolong sana sini perasaan cinta. Membenarkan bibir untuk wakil perasaan, akal, fikiran. Membiarkan cuma kata hati yang begitu berat diringankan. Dijadikan bahasa bicara, kata, perbualan, gurauan, omongan, kiasan untuk sampai ke hati, faham, tentuan. Rumit bukan?

Ketidak jelasan inilah makin mengusutkan hubungannya. Tidak pada sang bidadari. Kerana dirinya tiada pernah mencuit soal ini. Perasaan yang tak menentu mengarahkan tujuan. Terpaksa setia dengan keadaan. Tunduk mengikut rentak hari yang tidak pernah mencurigakannya. Tidak pula mendesak hari-harinya. Perjalanan hidup yang entah ada rahsia cinta ataupun tidak. Tapi, wataknya adalah cinta. Wajar juga jika ada yang bicara dia tak perlukan cinta. Kerana dia adalah cinta. Bidadari yang penuh dengan cinta.. Tapi itu keindahan belaka. Tidak jelas. Tetap rabun menilai cinta, walaupun dekat.

Dia hanya memerhati Seroja yang dari tadi senyum sendirian. Gelihati melihat sekolompok kawan itu bermesra, ke sana kemari berlari, menari, menyanyi tidak pernah ada gelisah di hati. Di tengah ibu kota hari minggu ini.

Advertisements

5 Responses to “Rabun epi-3”

  1. a.k.a P@i Says:

    Experimental adalah genre prosa ini. Episod akan bergelendangan secara menyeluruh dalam sudut-sudut hidup manusia. Epi ini, mengisarkan kisah cinta dan rasanya terhadap bidadari sebagai cintanya…

  2. PlugInBaby Says:

    cinta…apa cinta dalam erti kata sebenar? kasih sayang…tanggungjawab…nobody could understand…i believe love is when we find each other and grow old together…forever…ermm…if only i have love…*sigh*..

  3. a.k.a P@i Says:

    Yehh.. its reali complicated 2 understandink. evn a true luf mmg sold out nk reti. Sekali pun reti, phm, tau psl cinta.. nak habaq tak bleh.. cam manis or masamnye orange..susah nak kasi tau kan camne msam/manis tuh.. akwkakwkak:))

  4. Anonymous Says:

    its hard to read, harder to understand and hardest to experience..

  5. 'izzaty salehhon Says:

    salam…izinkan hamba mengambil sedikit petikan entry ini, utk dimasukkan di dlm blog hamba.. =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: