Rabun epi- 4

Relate.(From D Kampung With Mind)..

Dia masih menanti bicara temannya memenuhi ruang fikiran. Hussain dari tadi hanya melompat sana sini di bawah pohon. Pohon rambutan yang sudah dua tahun tidak berbuah. Katanya Pak Samad, pokok ini mati disumpah. Dahan-dahan yang nampaknya kuat, padahal rapuh. Ranting-ranting kalau dihinjak burungan yang singgah terbang, akan patah juga. Daun-daun yang hijau hanya akan meneduhkan manusia yang singgah dirimbunannya. Meneduh manusia seperti dirinya yang dari tadi bersama Hussain. Berbual mesra. Ada ketika diam. Membalas senyum. Melakar cerita untuk menghiburkan hati.

Pohon itu besar. Daun-daun yang jarang tetapi begitu rimbun. Mungkin proses biologi memberi oksigen kepada manusia masih berfungsi. Biarpun kata Pak Samad telah disumpah, tapi tetap menghijau. Akar masih kukuh. Itu agaknya. Tunjang yang begitu besar menunjukkan pohon itu tidak goyah setelah berapa tahun lamanya. Kalau dulu, sewaktu umurnya masih kecil, pohon tidak lah sebesar ini. Segagah ini. Sepemeluk tangannya tidak terjangkau. Ya, besar sangat. Tapi, memang jarang dia melihat pokok rambutan sebesar ini. Pelik. Kenapa pohon itu ianya tidak subur, atau mungkin saja Tuhan jadikan ianya sekadar untuk memberi teduh buat manusia. Bukan memberi hasil untuk dikutip, dijual ke pasar. Market-market, atau tepi jalan yang meriah dengan buah-buahan.

Kampungnya, tidak rumit untuk orang-orang seluruh Malaysia mencari. Tidak tersorok seperti wilayah-wilayah hulu atau hilir. Tidak pula ada sejarah-sejarah besar yang berlaku. Kalau untuk sohor, nama kampungnya juga tidak ada hubungkait dengan nama-nama besar negara. Tidak ada sejarah yang dapat dibanggakan. Tapi, pernah juga orang mengatakan bahawa kampungnya pernah di duduki jepun. Jadi kubu kuat tentera jepun sebelum British mengambil alih lagi setelah Hiroshima di bom-hancur. Ketika itu, puak kiri dipelopori oleh Dr. Burhanudden al-Helmi mati di Taiping Perak. Dato’ Ahmad Boestaman , Shamsiah Sutan Fatah, Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan ramai lagi. Tapi kebenaran tidak pasti pula. Dalam tidak pasti itu, kampungnya mungkin pernah dilawat juga oleh tokoh-tokoh ini. Itu pun, sejarah tidak pernah menceritakan. Kampungnya tidak tersohor seperti kampung-kampung lain. Kalau ya pun, mungkin atas dasar pemberontakkan. Bukan kebanggaan.

Kalau macam tu, mungkin kampungnya juga antara kubu-kubu komunis. Komunis yang telah diharamkan sejak 1948 oleh kerajaan British. Cakap-cakap orang, sejarah puak kiri ini terlampau kritikal politik mereka, sehinggakan dituduh sebagai golongan kritikal. Lalu atas kuasa British, telah mengharamkan politik kritikal yang berlaku di Malaya tika dulu. Kampungnya? Kalau tidak datangnya british, juga akan dikomuniskan oleh Jepun. Tapi, tidakkah Jepun akan bermusuhan dengan Komunis China? Tapi setidaknya, Jepun akan terusir dari Tanah Melayu, kampungnya juga. Dan British datang, membawa sekular dengan katoliknya. Tapi, Melayu kuat dengan agama Dagang yang berakar lama dari Kesultanan Melaka. Tak kisah…

Dia diam. Menghirup udara yang sedikit berbahang. Dia melihat kiri dan kanan kampungnya, mesra. Masih banyak sejarah perjuangan mereka dahulu tidak diketahui. Untuk tahu dan mengerti, amat rumit. Tapi, setelah sekian lama, nama-nama kebanggaan yang tertulis dalam buku-buku sejarah, dia masih hafal. Ingat nama-nama mereka. Barangkali, kampungnya kini juga sampai berita-berita dari Pakatan Melayu dulu. Atau orang-orang kampung sini juga turut serta dalam perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru dulu. Di Kuala Lumpur pada tanggal 1, bulan Mac 1946. Imam Said pernah berceritakan perihal Malay Union yang ditentang habis-habisan oleh warga kota dan kampung. Dan ada juga dia mengisahkan soal Persatuan Melayu Johor yang terpaksa menubuhkan tiga usul bagi susulan tekanan British tersebut.

Imam Said waktu tidak sedewasanya yang seharusnya tahu soal-soal negara. Walaupun masih kecil, Imam Said digendung oleh Haji Ralau, iaitu ayah kandungnya. Dia hanya dengar dari bisik-bisik orang kampung. Orang-orang tua dulu. Dan cerita semua ini dititihkan kepadanya, Hussain dan ramai anak remaja lagi. Sambung Imam Said lagi ” Usul yang dimaksudkan itu terdiri dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, Bantahan terhadap penubuhan Malay Union, serta mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu. Tapi, Pak Imam tak ingat waktu itu siapa yang mempengerusi seluruhnya. Pak Imam lupa sejarah. Tapi yang tahunya, gagasan ini telah melantik Dato’ Onn bin Jaafar atas sokongan 41 buah pertubuhan-pertubuhan Melayu.

“Ni berapa lama kau cuti, Gib?”, soal Hussain setelah lelah menyepak angin yang tiada memfaatnya dari tadi. “Kau selalu balik mengejut. Pastu pergi lagi. Pegi plak tibe-tibe je. Sepatah haram pun tak tinggal kat kitaorang.” Hussain membiarkan dia terlebih dahulu bercakap panjang. Dia ingin biarkan temannya mengambil masa untuk bercerita.

“Dua minggu lepas, waktu Imam Said meninggal kau tau tak? Pesal tak balik?”. Raut suara Hussain menunjukkan dia sedikit kecewa. Tindakkan temannya Jibran tidak pulang pada waktu Imam Said meninggal adalah tidak wajar menurutnya. Imam Said banyak berjasa terhadap kampungnya. Membina masyarakat. Anak muda. Memberi pengajian waktu kecilnya hingga ke besar. Membela segala ketidak seimbangan masyarakat dengan sosial politik negara. Ya, Imam Said adalah pejuang kampungnya. Tapi, dia telah tiada. Diambil tuhan pergi ke syurga. Membawa amalan. Meninggal pesanan. Harta pun tiada. Mungkin ilmu-ilmu yang telah dicurahkan adalah hartanya. Seperti Nabi juga tidak meninggalkan harta kepada ummatnya kecuali; Quran dan Sunnah. Fikir Hussain mengimbas kenangan waktu kecil mereka.

Jibran masih diam menghitung jari-jarinya. Dalam fikirnya, dia masih mengira tokoh-tokoh yang terpaksa tumpas untuk negara, kampungnya. Selain nama-nama golongan kiri, dalam buku sejarah kini hanya terlihat nama-nama seperti Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmad Kamil, Dato’ Hamzah Abdullah dan En.Zainal Abidin Ahmad atau boleh saja digelar Zaaba. Nama-nama ini telah menukar rencah dan senjata bagi rakyat Malaysia era kini di bawah kekuasaan politik negara. Itu jika dikira dalam sosio-politik, yang banyaknya ditukar-ganti fakta-fakta pejuang aliran kiri yang masih juga memberi benih serta membiak buah fikiran dan perjuangan mereka.

“Jib, kau dengar tak aku tanya apa nih!!” Suara Hussain sedikit meninggi setelah sedar kawannya sedang mengelamun.

Jibran membiarkan sergahan temannya seperti tidak disedari. Di hujung matanya hanya memerhati ada manusia yang lain datang dari arah yang sama ketika dia memerhati Hussain datang. Jalan itu adalah jalan utama untuk orang kampung. Orang ramai tidak berani menyelinap ke dalam hutan-hutan bersebelahan. Jalan pintas dalam hutan lagi merbahaya. Pernah orang melihat harimau, singa juga. Seladang liar yang masuk keluar hutan tak pernah ditembak oleh orang-orang kampung. Babi hutan pula suka naik minyak kalau-kalau hari tidak memberi nasib kepadanya. Orang kampung akan jadi mangsa. Dia masih memerhati. Matanya agak mengecil. Membuang segala soalan-soalan yang dilemparkan kepadanya. Dia ingin mengecam manusia yang datang itu.

“Sin, cuba kau teka siapa yang datang?” dia mula memberi isyarat telunjuk ke arah jalan. Hussain membalikkan muka ke arah jalan. Matanya juga mengecil. Mencari-cari siapakah manusia yang menuju ke arahnya. “Dia pakai baju biru. Seluar jean hitam..”. Hussain cuba meneka. Sesekali gayanya seperti melihat layang-layang yang terbang jauh. Matanya juga dihadang oleh sinar matahari yang terik. Membakar orang yang berada di jalannan itu. Sesekai seperti fatamorgana melembutkan tubuh orang itu. Beralun-alun. Menyilaukan. Sakit matanya memandang lama-lama.

Jibran tidak memerhati manusia itu. Tapi matanya hanya melihat Hussain. Tubuh yang kurus sejak dulu lagi. Kulit agak hitam. Tiada otot-otot yang memberangsangkan wanita. Rambut sedikit ikai di hujung-hujung belakang. Kerinting tidak keterlaluan. Melihat rokok yang tidak putus-putus di tangannya. Dia juga gelihati melihat rawak laku Hussain. Anak kampung yang tak pernah terdedah dengan dunia luar. Selain tahu membajak sawah, membanting jerami, menangkap ikan laga (waktu kecil dulu), dan ayam-ayam peliharaannya, Hussain jauh kehadapan berbanding para remaja yang lain. Kulit-kulitnya agak kelabu. Mungkin terkesan dengan air sawah-bendang yang selalu dia berlabuh. Mencari rezeki. Makan minum hidupnya yang sebatang kara.

Kalau tidak kerana Imam Said, masakan dia akan mengenali sahabatnya ini. Hussain. Pernah diajaknya ke kota bersamanya. Tapi Hussain menolak. Katanya tidak mahu meninggalkan kampung yang banyak membesarkannya. Orang kampung yang sayang padanya. Rezeki pun sudah banyak di sini. Dia tidak nakal seperti anak-anak yang lain. Kalau disuruh menebas rumput di halaman rumah orang-orang kampung, dia turut terima. Janji ada upah. Kadang-kadang pokok kelapa yang mencakar dada langit juga dia mampu memanjat. Pada hujung minggu pula, bila waktu gotong royong seluruh kampung, dialah remaja yang paling awal menunjuk-nunjukkan muka. “Hussain budak rajin” bisik Jibran dalam diam.

“Apa kau kata?”, Hussain memalingkan mukanya terpinga-pinga. Dia sedikit curiga. “Apa kau cakap tadi Jib?” dia mengagak bahwa temannya sedang berbicara mengenai dirinya. Bukan pada manusia di jalanan tadi. “kau ngumpat dalam diam ehh?”. “Pesal kau tak ajak aku nak mengumpat?”, “Hahhahahah”. Derai ketawa dua teman itu memecah ruang rimbun pohon itu. Manusia yang jauh di mata mereka masih berjalan. Menuju ke arah mereka. Mereka menyambung teka teki siapakah gerangan yang datang itu.

Advertisements

2 Responses to “Rabun epi- 4”

  1. a.k.a P@i Says:

    From d Kampung With Love (Mind):

    Jibran watak utama: Realis di Kampung dan Fenomena antar histori yang berlaku. Anak gelendangan.. HuHh.. Epi-4……..

  2. OceaN Deep Says:

    wow..rajinnya buat e-novel.. tak publish ur writing ke di pasaran luar?? 😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: