Archive for December, 2008

Anjing dan Babi

Posted in Politic on December 31, 2008 by duwenk

“Gong!! gong! Gong!!”

Kalau di lorong-lorong gelap mesti banyak anjing-anjing liar. Di ibu kota banyak sekali. Lain pula di kampung-kampung, budak-budak kecil pantang  jumpa anjing, pasti ada yang cedera nanti. Katanya, “anjing najis! Haram! samak!!”. Berulang-ulang memaki hamun sambil di tangan mereka beberapa jenis kayu untuk dipukul. Kejam bukan?

Tapi, persepsi anak-anak kecil lain dari yang dewasa. Haram anjing atau anjing yang haram? Atau boleh sahaja berlaku kalau-kalau disentuh, dimakan akan jadinya haram? Sentuh tak haram, tapi najis!. Barangkali sahaja, anjing dan babi sama konotasinya, iaitu bersifat haram kalau dimakan. Kemungkinan juga, orang-orang terdahulu sudah lama mengakar-umbikan pemikiran generasi bahawa, kalau sahaja kata ‘anjing atau babi” jadinya haram. Kejam bukan?

“Tidakkah sempurna Tuhan jadikan semua makhluk”. Cuma dua jenis ini akan berlakunya haram kalau-kalau kita melanggar larangannya. Tapi, dalam hukum fiqah sendiri akan berlakunya pengecualian jika ada perkara-perkara kemuncak yang berlaku (sila belajar lebih lanjut lagi).

Tapi, jika penggunaan 2 simbol tersebut dalam penggunaan sifat lain pula jadinya. Apabila sifat ‘Anjing’ atau sifat ‘Babi” dijadikan perumpamaan dalam subjek-subjek litural, seolah sifat haram mereka akan jadi lebih indah dalam penggunaan bahasa. Kejam bukan?

Jadinya; ada bait-bait sastera menggunakan ” Babi dan Anjing” sebagai simbol kekejian, kehinaan, kekotoran. Sebaliknya boleh juga disimbolkan kemuliaan seperti apa yang berlaku terhadap kisah teladan Si Pelacur dan Si Anjing yang akhirnya ke syurga.

Semalam pun tak lekang di telinga mendengar maki hamun. “Kau Babi!!”. ” Kau Anjing!!”. Mungkin jiran di sebelah sedang mempraktik kesusasteraan mereka dalam rumah tangga.

Seperti Multada memaki Bush sebagai Anjing. Dan seperti juga seluruh rakyat dunia memaki hamun Amerika sebagai Anjing Yahudi-Israel.

Tapi, tetap tak ada kesan bukan? Bagai Anjing Menyalak Bukit.

Siapa yang anjing? Mereka atau kita?

 

duwenk, Bangi.

Obses

Posted in Politic on December 23, 2008 by duwenk

Bila ditanya pasal peribadi, semua orang marah. Katanya jangan menyibuk. Sama juga istilah ‘Jaga Tepi Kain Orang’.

Tapi bila menyentuh soal kesejagatan manusia, sepatutnya perlu. Kerana atas sebab-sebab tertentuh. Keprihatinan. Tak terlalu ‘selfish’ dengan diri sendiri.

Mungkin sedar atau tidak, hukum tuhan juga bersifat berprihatin. Memberi gap-line supaya orang tak sesat. Sesat, mungkin terlalu kasar bahasanya, tetapi ya, supaya manusia tak tercicir, sesat.

Tapi, sebahagian manusia terlalu obses dengan sifat ‘prihatin’ ini sehingga ada yang kurang senang dan marah-marah. Obses lawan emosi. Susah.

Respon orang-orang jahil pula, terlampau ambil mudah soal ini, sedangkan ambil berat sesama muslim menjadi sabda oleh Nabi. Justeru, kerana kebodohannya mengakibat orang lain turut memaki-hamunnya. Sama-sama menempah dosa.

Tapi, ada yang pandai, lain cerita pula. Sifat gopoh membuatkan mereka terlupa banyak perkara. Antara ‘Amal Ma’ruf dan Nahi Mungkin’ tidak tahu yang mana boleh diletakkan dalam Fiqhu Awwaliyat. Mungkin cetek mengalaman hidup atau kajian situasi. Kerana hidup mereka juga adalah dari sudut lain.

Justeru, jenayah rasuah, pembunuhan, ragut, pencabulan, atau jenayah-jenayah berat harus ditimbal-balas dalam Hukum-Hukum Besar Tuhan iaitu HUDUD. Bukankah itu adalah perlaksanaan yang sekian rumit? Perlu pemprosesan yang telus? Jujur dan Bijaksana, bukan?

Tapi ramai orang takut. Katanya Malaysia berbilang bangsa. Hukum Tuhan hanya untuk orang Islam. Mana betulnya? Tidakkah Waktu Saidina Umar Abd-Aziz menjadikan perlaksanaan Islam yang paling maksimun diterima oleh bangsa-bangsa lain? Dan era-Nabi Muhammad s.a.w juga menjadi perintis dan pengwahyuaan hukum. Segalanya bermula dari sifat-sifat pemimpin yang layak!!

“Ini -Lhukmu ILLA Lillah” -Segala Hukum adalah milik Tuhan. Seperti solat, tertib dengan wudu’, dan berdiri tegak, fatihah, rukuk, sujud sehingga selesai adalah cara-cara yang sepatutnya. Kebenaran sah dan diterima adalah milik Tuhan. Bukan menghukum selainnya.

Esok siapa tahu, isu ini akan berangkai-rangkai lagi. Yang mana lebih penting dalam melobi sebanyak mungkin perkara-perkara MA’ARUF atau lebih obses dalam perlaksanaan Nahi Mungkar? Atau kesama-rataan ke dua-duanya dalam program hidup manusia.

Tidak lah lagi kerana isu politik, atau isu diri sendiri yang begitu rasa bangga dengan kelayakkan untuk jadi Khalifah? atau sekadar ikut-ikut penafsiran luar yang cetek ilmu. Kerana sebahagian manusia kata dirinya adalah Ulul-Albab ; berhak menafsirkan segala dalil untuk diadaptasi bagi manusia.

Dia jadi benar, dan lainnya salah.
Siapa sebenarnya mereka? Golongan jahil atau yang pandai?

Duwenk, Bangi.

Tahun Baru

Posted in Life always Began on December 22, 2008 by duwenk

Terkejar-kejar manusia meraih tahun baru. Si kecil juga terhuyung-hayang dengan topi santa-clausnya. Senyum sesekali, menangis banyak kali. Sibuk dengan orang ramai di Mall besar. Mid Valley. Berserabut.

Di luar sana manusia pun terkejar-kejar. Katanya untuk lebih bersedia dengan ekonomi baru. Tahun Baru. Tapi Meleset. Terkejar-kejar dengan kepala pun kelam kabut. Susu anak di catu. Gula dan beras pun di catu. Tea O seteko pun hanya satu sudu. Kejiiii..

Tapi, orang luar bandar sana tak tahu pun. Ekonomi meleset katanya sama sahaja. D.E.B katanya nak plural pun hanya jadi war-war orang  politik. “Itu tak boleh!! sebab kepenting orang-orang kita sahaja.” Jerit laung pun, tetap tak terbela. Makin la lagi, sekarang getah makin turun. “GEDEBUK!!” jatuh. Tapi, hanya keluar di corong berita dan ‘orang luar bandar’ jadi popular. Sial jekk.

Apa lagi manusia mahu? Kaya memang semakin kaya. Miskin? Hanya popular dalam segmen kasta manusia. 

Tahun baru macam mana?

duwenk, bangi.

“Mata Merah”

Posted in Life always Began on December 22, 2008 by duwenk

“Mata mu merah!” Seorang teman bertanya.

“Aku belum makan.” Dia menjawab bersahaja. Mata masih kaku di papan putih meja.

“Kau ngantuk?.”

“Esok hari last.”

Matanya melirik ke sisi kiri. Ada setebal batu-bata. Berbalam-balam di atas meja. Bersepah.

“Jangan jadi hamba.” Seorang teman celupar melepas bahasa.

Orang tidak tahu perit jerih seseorang. Majikan makin haloba. Manusia sudah jadi mesin untuk perah duit.

Dia bangun dan terus beredar. Sebatang rokok yang tinggal di sedut puas-puas di ruang dapur pejabat. Bos belum masuk lagi.

duwenk, Bangi.