Anjing dan Babi

“Gong!! gong! Gong!!”

Kalau di lorong-lorong gelap mesti banyak anjing-anjing liar. Di ibu kota banyak sekali. Lain pula di kampung-kampung, budak-budak kecil pantang  jumpa anjing, pasti ada yang cedera nanti. Katanya, “anjing najis! Haram! samak!!”. Berulang-ulang memaki hamun sambil di tangan mereka beberapa jenis kayu untuk dipukul. Kejam bukan?

Tapi, persepsi anak-anak kecil lain dari yang dewasa. Haram anjing atau anjing yang haram? Atau boleh sahaja berlaku kalau-kalau disentuh, dimakan akan jadinya haram? Sentuh tak haram, tapi najis!. Barangkali sahaja, anjing dan babi sama konotasinya, iaitu bersifat haram kalau dimakan. Kemungkinan juga, orang-orang terdahulu sudah lama mengakar-umbikan pemikiran generasi bahawa, kalau sahaja kata ‘anjing atau babi” jadinya haram. Kejam bukan?

“Tidakkah sempurna Tuhan jadikan semua makhluk”. Cuma dua jenis ini akan berlakunya haram kalau-kalau kita melanggar larangannya. Tapi, dalam hukum fiqah sendiri akan berlakunya pengecualian jika ada perkara-perkara kemuncak yang berlaku (sila belajar lebih lanjut lagi).

Tapi, jika penggunaan 2 simbol tersebut dalam penggunaan sifat lain pula jadinya. Apabila sifat ‘Anjing’ atau sifat ‘Babi” dijadikan perumpamaan dalam subjek-subjek litural, seolah sifat haram mereka akan jadi lebih indah dalam penggunaan bahasa. Kejam bukan?

Jadinya; ada bait-bait sastera menggunakan ” Babi dan Anjing” sebagai simbol kekejian, kehinaan, kekotoran. Sebaliknya boleh juga disimbolkan kemuliaan seperti apa yang berlaku terhadap kisah teladan Si Pelacur dan Si Anjing yang akhirnya ke syurga.

Semalam pun tak lekang di telinga mendengar maki hamun. “Kau Babi!!”. ” Kau Anjing!!”. Mungkin jiran di sebelah sedang mempraktik kesusasteraan mereka dalam rumah tangga.

Seperti Multada memaki Bush sebagai Anjing. Dan seperti juga seluruh rakyat dunia memaki hamun Amerika sebagai Anjing Yahudi-Israel.

Tapi, tetap tak ada kesan bukan? Bagai Anjing Menyalak Bukit.

Siapa yang anjing? Mereka atau kita?

 

duwenk, Bangi.

Advertisements

3 Responses to “Anjing dan Babi”

  1. Anjing dan babi seperti sudah menjadi ayat taboo bagi masyarakat. Saya pun kadang kala terfikir kenapa tidak digunakan sahaja perkataan lain? Seperti : Cerpelai sungguh beliau!” atau ” kau memang sawi!”.

    Mungkin pengunaan ayat anjing dan babi itu lebih memuaskan kerana dengan anggappan anjing dan babi adalah sehina-hina makhluk.

  2. Pasal babi aku taktau nak comment pe sbb takde nmpak benda baik pun pasal babi tu. Kalau anjing tu, banyak faedah gak ngan anjing ni. Time tanah runtuh aritu pun pakai anjing gak nak cari survivor atau mayat. Nak detect cd cetak rompak pun bole. Dalam Islam pun anjing boleh digunakan untuk memburu. Mungkin sebab anjing haram disentuh oleh orang Islam, orang menganggap anjing ni makhluk yang hina. Dah jadi satu persepsi. Budak2 cuma ikot je apa yg mak bapak depa buat. Kalau anjing tak haram dah lama aku bela buat jaga rumah aku. Biar dia gigit je penyangak mana yg masuk.

  3. kalau bleh, anjin aku nak wat askar perang..
    hahah.. thanks jenguk2 sini…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: