Terbang Ke Syurga

-“Sabar Aishah! Kenapa kau ni? Tak payah menangis. Aku tak sedih pun. Ada orang yang teman aku. Kuda putih sana tuh sedang menanti aku. Kau tgk cahaya di atas sana. Cantik bukan? Aku mahu terbang puas-puas.”

-“Dik. Kenapa kau sedih? Aku gembira ni. Semua kecelaruan sebelum ni sudahpun terjawab. Aku bebas. Merpati di atas kubah sana pun seolah melambai-lambai supaya aku turut serta terbang di angkasa…”

-“Waaaaah, mesranya alam.”

-“Nanti aku pulang. Hari ini kau perlu siapkan makan malam. Gandum ada di gerobok buruk itu. Dan kalau kau nak tahu rahsia masakan aku, kau semburkan sahaja Habatul’Sauda’ di permukaan roti nanti. Ibu suka.”

-Ayah janji tadi, nanti malam dia akan bawakan ayam bakar. Malam ini kita makan besar. Berkat adik yang merungut nak menjamah sangat ayam panggang. kempunan agaknya. Dan kau, kena rahsia tau, aku balik lambat!.”

-“Ammu Hisyam, Nabil, Fatimah, dan Akhi Sadri pun akan pergi malam ini. Semua ada menemani aku. Kau lihat sahaja lah, baju aku semuanya cantik. Putih.”

-“Tengok neh. Canik bukan!! Tak pernah seumur hidupku sebegini. Wah, Tuhan. Aku begitu gembira Ya Allah.”

Di luar sana: Habuk dan pasir penuh di ruang angkasa. Riuh-rendah suara-suara manusia meraung-raung memprotes, berontak, dan memaki hamun nama-nama musuh. Si anak kecil yang dari 9 hari lepas lagi, tidak penat menangis. Selang beberapa minit, dentuman bom bersilih ganti dengan pekikan peluru yang hanya di cuping telinga. Jet pejuang musuh juga hanya seinci sahaja di kepala sedang membedil manusia.

3 jam sudah Aishah membatu di sudut bangunan itu. Dia hanya diam, melutut di pangkuan Farhah, kakaknya. Esakan tangisnya sudah kering. Bibir makin merekah kesejukan. Fikirannya kusut dengan suasana yang makin menggila.

Dalam terketar-ketar dia bersuara, “Kak, kenapa kau kak, tidak aku?”

duwenk, Bangi
[To all Malaysian do Not forgEting Palestinans]

Advertisements

28 Responses to “Terbang Ke Syurga”

  1. 😦

    p/s: pegi sign contract buat novel la. 🙂

  2. Al-Fatehah buat mereka…..

  3. wooo..menarik…kesian palestine…jahanam israel..sorry..lambat singgah kt sinie..biase le naik keretapi barang mmg camtue..slow sikit..hiks..

  4. al fatehah….namun begitu aku tertanya2 siapakah mereka?

  5. salam kunjungan ke sini, terima kasih haritu singgah kat Jamilah yang ayu ya 🙂

  6. layannn cerpen larrr fulakkks.. thanx jenguk2 singgah2 komen2 blog me yg ittewww

  7. hahh.. thanks jenguk2 sini en.em.
    Singah2 n tgk la ape yg patut..
    SUme Genre ada kat sini.. bkn cerpen sajeh..

  8. bahasa tinggi dan super puitis…ter tercapai akal ku…

    ku terbang2 kesini juga..

  9. bhs takle tinggi.
    lagi tinggi langit yg tak bertiang..
    hahha.. thanks..

  10. srOnOk blOg neh..bule bace cerpen.
    thanks lOmpat2 jenguk2 blOg sy.. =)

  11. sile2.. singah2 sambil menderma utk minda anda..

  12. salam ziarah…seronok baca blog awak…

  13. Bagus la tulisan kau. Bila nak menulis untuk Sol-Jah? Heh!

  14. sape nih??? aiya… itu hari en.OP ada invite.. dulu kala.. projek ape tah.. ingat2 sol-jah la.. tp sibuk.. baru je ada ruang nehh… hhuhu

  15. pai. pe cite? ape kas keje yg kau nak bitau aku. kerherkhrkher..

  16. salam ziarah….seronok baca blog awak…hahaha

  17. salam ziarah duwenk…pilu bila tgk berita tadi…uhukkkss
    Al-Fatihah buat yang terkorban…

  18. salam ziarah.
    terima kasih sudi menziarah teratak saya.. sejujurnya tulisan yang baik. diinterpretasikan dengan pelbagai genre. bagus.. teruskan menulis ..

    salam perjuangan,
    Srikandi

  19. salam dan terima kasih singgah blog saya.

    tulisan sangat bagus. banyak saya boleh belajar. saya link ok!

  20. sy pun link gak..

  21. salam ziarah,, tengs 4 inviting me duwenk =)

  22. al-fatihah
    may god bless them..amin
    ~~huu..nice entry

  23. mmg org jiwa2….

  24. entry yg bagus.
    interpretasi dari berita semasa.
    aku suka cara ini.
    mudah faham utk org2 lampi mcm aku.

  25. same2 suke la.. sile2… terbang2 la sesuka anda.. hihii

  26. yup.bile nak sign contract buat novel? hehs.:D

  27. Lolll… dak2 nehh.. dah abis exam baru nak kacau2 orang eh..
    tade kije… hihihhih

  28. …………………………
    ………………………
    ………………………..
    ………………………

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: