RISE FOR PALESTINE

                                                       RISE FOR PALESTINE

Selfish kan? Lidi seberkas tidak mudah sewenang-wenangnya dipatahkan. Nenek pernah berfalsafah macam tu.

Tapi Nek, Lidi kalau dipotong dengan kapak tetap ada yang patah. Lebih-lebih lagi mesin moden kini lebih canggih untuk mencantas siapa-siapa pun.

Paling kurang, falsafah ini besar impaknya. Seperti kata orang melayu, ‘berkawan biar beribu, musuh jangn dicari’.

Tetapi, kedegilan diri, angkuh, riak dan sentiasa berbangga dengan diri sendiri masih berlumut-lumut dalam hati masing-masing. Mungkin sebab geografi atau kisah-kisah lama yang tidak dapat dihapuskan. Justeru jadi dendam antara manusia.

Secara logik, “jika adik, abang, ibu, ayah atau kakak anda yang mati. Dibunuh dengan kejam, di hadapan mata anda dalam sedar. Bukan lagi khayalan mimpi atau para sedar, masihkah diplomasi diuruskan?”

Bincang, mesyuarat, melontarkan idea, tapi masih tidak diindahkan oleh undang-undang. Hukum sudahpun tidak telus bukan? Hukum hanya untuk kepentingan pembunuh. Habis, bagaimana dan apalagi?

Mungkin majikan lebih besar kuasanya. “Aku ada tanah, ada idea, ada harta, ada berbagai-bagai, tapi majikan yang pandai, punya kuasa, punya kemampuan untuk mengimbuhkan segala kepunyaanku. Bodoh kan aku???”

Sementara segalanya masih lagi aku kecapi, baik aku berdiam diri. Tidak mahu nanti segala tanah aku dijajah mereka. Jadi hak mereka dan aku jadi hamba selamanya.

Nek, sekarang nih bukankah kita sudah lama jadi hamba kuasa-kuasa besar?

Kolonisme yang berlaku sekian lama sudah sebati nak. Semua tak sedar dengan penghambaan kita. Seluruh dunia. Negara Islam?? Hanya nama, tapi paradok teknologi, Perindustrian, Ekonomi dan Sosial sememangnya dalam sistem kolonisme Barat. Nanti anak akan paham.

Habis siapa yang akan bela mereka?

Tiada siapa nak. Mereka sendiri akan mempertahankan negara mereka. Mereka tak sesenang kamu. Tiada pelajaran, tempat berteduh, makan minum, ibu bapa yang mati dan kecelaruan tanah mereka. Kamu kena banyak berdoa. Kan senjata orang mukmin itu DOA.

CELAKE kan nek! Mane orang-orang yang akan bantu dia??

Aha.

duwenk, Bangi [Rise For Palestine]

—————————————————–

Ekonomi Barat boleh digugat

Oleh ABDUL RAHIM ANUAR

Konflik Israel-Palestin dan keganasan Israel tanpa peri kemanusiaan ke atas penduduk Islam Palestin di Gaza sebenarnya mencerminkan kelemahan pemimpin-pemimpin negara Islam itu sendiri.

Demonstrasi, boikot dan bantahan sama ada diplomasi atau keras tanpa tindakan balas yang setara ke atas keganasan Israel tidak membawa sebarang pengertian.

Tidak hairanlah Israel masih mengganas walaupun resolusi gencatan senjata telah diluluskan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Seperti biasa, Amerika Syarikat (AS) mengambil sikap berkecuali dalam resolusi PBB itu.

Konflik Israel-Palestin dan serangan rejim Zionis ke atas Gaza mencerminkan kelemahan kesatuan geopolitik dalam kalangan pemimpin negara Islam.

Kelemahan negara Islam dari segi ekonomi, politik dan tentera, terutamanya selepas Perang Dunia Kedua, memberi ruang kepada negara Barat, terutamanya AS dan Kesatuan Eropah (EU) untuk menentukan hala tuju ekonomi dan politik dunia.

Merekalah arkitek kepada penubuhan PBB, Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa (WTO).

Menerusi institusi antarabangsa itu, AS dan EU melaungkan peri pentingnya demokrasi dan meluaskan pengaruh mereka menerusi bantuan keselamatan dan kewangan kepada negara sedang membangun, termasuk negara Islam.

Liga Arab (22 negara ahli) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC, 57 negara ahli) tidak dapat mempengaruhi, apa lagi menguasai konflik Israel-Palestin, sebaliknya bergantung kepada PBB untuk menyelesaikan konflik itu.

Adakala melobi negara Rusia untuk mencari jalan penyelesaian kepada konflik itu, namun Rusia kini bukan lagi kuasa ekonomi dan politik yang besar.

Bagaimanapun, sebarang resolusi mengenai konflik Israel-Palestin yang ditentukan oleh PBB akan memihak kepada Israel dan disertai dengan sokongan padu daripada AS.

Pada satu pendekatan ekstrem, AS berperanan sebagai polis dunia dan pendamai antarabangsa dalam sebarang konflik dunia jika ia menggugat kepentingannya.

Malah ada negara Islam yang menjemput AS dan EU menyelesai masalah dalaman negara mereka. Satu ironi yang besar.

Krisis kewangan yang melibatkan berbilion dolar di AS dan euro di EU menunjukkan bahawa ekonomi negara Barat itu bukan tidak boleh digugat.

Negara Islam perlu memanfaatkan kelemahan ekonomi negara Barat pada masa ini dengan mewujudkan wilayah perdagangan bebas (FTA) sejagat dalam kalangan negara Islam, khususnya OIC-FTA.

Misinya adalah untuk menguasai hala tuju ekonomi politik dunia yang selama ini ditentukan oleh AS dan EU. Blok OIC-FTA perlu mengambil gagasan baru yang lebih agresif dengan menjadi saingan kepada AS dan EU.

Kekuatan

Ini boleh dilakukan dan telah dilakukan oleh negara Islam yang merupakan pelaku utama dalam geopolitik dunia dan menjadi pusat rujukan antarabangsa sebelum kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyah.

Kekuatan negara Islam terletak pada kesatuan geopolitiknya. Untuk mencapai matlamat itu, ekonomi negara-negara Islam perlu diperkukuhkan terlebih dahulu.

Pergantungan kepada blok Barat dari segi bantuan keselamatan dan kewangan memberi implikasi yang tidak sihat.

Akibatnya, negara Islam tidak bebas daripada pengaruh dasar luar terutamanya dari AS dan EU. Situasi ini juga berpunca daripada kelemahan ekonomi negara ahli OIC dan pemimpin negara Islam dalam pengurusan ekonomi dan kekayaan negara masing-masing.

Walaupun negara-negara Islam menguasai pengeluaran minyak mentah dunia dan AS pula pengguna minyak terbesar dunia, negara Islam masih tidak dapat mempengaruhi dan menguasai AS. Ini merupakan isu besar.

Daripada 13 negara Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC), 10 adalah negara Islam dengan Arab Saudi, Iran, Iraq dan Kuwait mempunyai rezab minyak mentah yang terbesar di dunia.

Minyak dikeluarkan sebegitu banyak oleh negara Islam OPEC tetapi malangnya tidak membawa apa-apa formula demi survival negara-negara Islam di dunia, khususnya untuk menyelesaikan konflik Israel-Palestin dan Barat-Islam.

Oleh itu, anugerah minyak yang diberi oleh Allah tidak digunakan oleh pemimpin Islam untuk menjaga agama Islam dan masyarakatnya.

Ini kerana pemimpin negara Islam tidak bergerak secara kolektif sebagaimana blok AS dan EU sering bekerjasama menerusi badan dunia yang disahkan oleh masyarakat antarabangsa dan juga negara Islam seperti PBB, IMF, Bank Dunia dan WTO untuk menjaga kepentingan mereka dan masyarakatnya.

Sumbangan OIC kepada output dunia adalah kecil. Berdasarkan data 2006, OIC menyumbang hanya lapan peratus dalam output dunia, berbanding EU sebanyak 30 peratus, dan AS menyumbang 23 peratus.

Ini bererti daripada satu ringgit, 30 sen ekonomi dunia dijana oleh blok EU dan 23 sen dihasilkan oleh AS. Sementara negara OIC yang terdiri daripada 57 negara ahli menjana lapan sen sahaja. Inilah gambaran jurang kekuatan ekonomi antara Barat dan Islam.

Penyumbang terbesar dalam output dunia, ialah AS, Jepun, China, Jerman, Perancis, United Kingdom, Itali, Rusia, Sepanyol dan Brazil.

Ini bererti, tidak ada negara Islam individu yang menduduki tangga 10 teratas dari segi sumbangan kepada output dunia.

Daripada 180 negara di dunia, kedudukan yang tertinggi tercapai oleh negara Islam ialah Turki, di tangga ke-17.

Sumbangan Turki dalam output dunia hanya satu peratus diikuti dengan Arab Saudi (ke-19), Indonesia (ke-26) dan Iran (ke-26).

Seperti Turki, kegiatan ekonomi Iran ialah di EU dan Asia. Malaysia pula di tangga ke-41 dalam kedudukan dunia tetapi di tangga ke-7 dalam kedudukan OIC.

Apa yang menarik ialah Iran, ia masih mampu membangunkan ekonominya walaupun dengan sekatan dan halangan perdagangan daripada AS dan salah satu daripada negara Islam yang tidak boleh dipengaruhi oleh AS. Kecuali, Turki dan Iran, kebanyakan negara Islam bergantung kepada AS dalam perdagangan dan pelaburan antarabangsa.

Blok OIC-FTA

Ekonomi negara Islam dapat dikukuhkan dengan penubuhan OIC-FTA yang sistematik dan bergerak secara kolektif dan agresif dan menyelesai segera konflik Sunni-Syiah. Kerjasama ekonomi yang teratur sesama negara Islam sudah pun dilaksanakan menerusi penubuhan D-8 pada tahun 1996.

Blok dagangan itu bagaimanapun berskala kecil kerana hanya melibatkan lapan negara ahli OIC terpilih iaitu Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Malaysia, Nigeria, Pakistan dan Turki.

Blok D-8 dan Perjanjian Perdagangan Keutamaan (PTA) yang berkuat kuasa 1 Januari 2009 sesama negara ahli OIC akan menyediakan laluan pembangunan kepada kejayaan penubuhan blok OIC-FTA yang lebih luas lagi.

Bilangan penduduk Islam di dunia yang hampir 1.8 bilion orang (2006) sudah menyediakan pasaran kepada negara Islam. Penduduk Islam menyumbang kira-kira 28 peratus kepada jumlah penduduk dunia seramai 6.3 bilion orang (2006).

Dikehendaki

Sebenarnya, negara Islam mempunyai kekuatan ekonomi jika ia bergerak secara kolektif dan itulah yang dikehendaki oleh Islam. Krisis kewangan di Barat menunjukkan ekonomi AS dan EU adalah rapuh.

Sistem ekonominya bergerak dalam jaringan hutang dan wang ciptaan dan bukannya bersandarkan emas.

Negara Islam perlu memanfaat kelemahan itu. Kedudukan rezab kewangan AS dan beberapa negara EU sebenarnya boleh disaingi oleh negara Islam.

Rezab tukaran asing dan emas adalah antara beberapa petunjuk kekuatan ekonomi kewangan sesebuah negara.

Daripada 25 negara teratas dalam ranking dunia, China mempunyai rezab tukaran asing dan emas yang tertinggi, iaitu AS$1.5 trilion dan diikuti Jepun (AS$954 bilion) dan Rusia (AS$476 bilion).

AS yang merasakan ia mempunyai kekuatan ekonomi dalam bentuk sumbangannya kepada output dunia, berada di tangga ke-21 (AS$71 bilion) berbanding negara Islam seperti Algeria (ke-12 dengan AS$111 bilion), Malaysia (ke-13 dengan AS$101 bilion) dan Libya (ke-17 dengan AS$80 bilion).

Jika rezab tukaran asing dan emas digabungkan di bawah blok OIC-FTA, negara Islam secara kesatuan mempunyai kekuatan kewangan.

Ia memberi asas kepada OIC-FTA untuk membentuk sistem monetari yang berasaskan emas (atau dinar) bagi tujuan perdagangan dan pelaburan sesama 57 negara ahli.

Ini mengelak mereka daripada terikat dengan sistem IMF, WTO dan Bank Dunia ciptaan Barat. Malah kewujudan negara Israel adalah ciptaan Britain dengan sokongan AS untuk menguasai negara Islam di Timur Tengah.

Sistem monetari dinar yang diuar-uarkan oleh kerajaan Malaysia adalah langkah permulaan dan praktikal bagi OIC-FTA, di samping PTA, untuk mengurangkan pergantungan negara Islam kepada blok Barat secara berperingkat.

Selain itu memberi isyarat kepada AS dan EU bahawa negara Islam adalah serius untuk mewujudkan blok OIC-FTA yang mempunyai keabsahan (legitimacy) bagi menentukan hala tuju ekonomi politik dunia.

Dalam pada itu, ia memberi keabsahan kepada Liga Arab yang akan menjadi sayap politik OIC-FTA untuk melobi, mempengaruhi dan menguasai PBB untuk menyelesaikan konflik Israel-Palestin.

Meningkatkan kekuatan ekonomi, politik dan tentera sesama negara Islam adalah satu amanah bagi menjaga masyarakat Islam antarabangsa.

Kerjasama perniagaan, perdagangan dan pelaburan antara negara Islam menerusi blok OIC-FTA memperkasakan ekonomi ummah Islam.

Kini keabsahan negara Islam dan survival masyarakat pada masa ini bergantung kepada Mekah dengan Masjid al-Haram, Madinah dengan Masjid Nabawi, dan Baitulmaqdis dengan Masjid Al-Aqsa.

Masyarakat Islam antarabangsa yang berketurunan bukan Arab akan selalu mengaitkan diri mereka dengan ketiga-tiga masjid yang utama dalam Islam. Di masjid-masjid ini adalah lambang tauhid dan persaudaraan manusia sejagat.

Utusan.com.my – 15 Januari 2009 / 18 Muharam 1430

Advertisements

9 Responses to “RISE FOR PALESTINE”

  1. SALAM
    PELAJARAN PENTING YG KITA PEROLEHI: Dunia boleh kata apa saja. Israel Zionis tidak peduli, Senjata dan kapal terbang Amerika di belakang pembunuhan. Veto Amerika mempertahankan . Negara-negara Arab besar dan kaya pun tidak akan bertindak yang tak positif bagi Amerika, Eropa juga bukan jujur, cuma membersihkan diri drpd penentangan di dalam saja. OIC memang tak pernah bergigi. Kelemahan umat Islam juga ada di kalangan kita di Malaysia kerana dilekakan dengan pembangunan yang lebih berat material, bukan intelektual, budaya dan sikap-mental.Hanya sedekah dan doa kepada sdr2 kita yang gugur dlm jihadnya.

  2. Sampai bilakah terus begini?kasihan mangsa yg tidak berdosa..nyawa bagaikan tidak berharga di mata zionis…laknatullah..

  3. kita punya harta segala, tapi kadang-kadang kita lupa, kita tak punya hati yang cukup walau untuk bersimpati. aku ulang, sekurang-kurangnya lah!

  4. kita hanya mampu berdoa…rasanya orang yang tidak ada perasaan tidak rasa simpati……tak luak kalau kita hulurkan sedikit sumbangan untuk mereka…
    doa itu senjata orang mukmin berdoalah…….kerana kita tak mampu untuk ke pergi melawan zionis…………..berdoa dan berdoa………

  5. Hari dan Hari.. Doa.. Itu sahaja senjata kan..
    Zionis tetap angkuh, bongkak dan terbiar di tanah orang…
    Manusia lain, pengecut.. Jadi hamba.. dan memang celaka kan..
    itu sahaja yang bleh aku berdoa..
    aku pun sama..

  6. Utk simpati hanya sementara..
    ketika tgk cerita2 yang keluar dari corong Media..
    Tapi, baju pakai minum buang semuanya masih lagi dari sana..
    Tgk sahaja la.. McD, KFC, Levis, Guess, dan entah apekebenda lagi..
    Sbnrnya, itu hanya 10% menyekat mereka. Tak terjejas pun..

    Diri yang penting.. Ubat situasi dengan adanya ubah diri setiap diri..
    aku pun sama… masih dengan diri ini.

  7. Hanya sedekah dan doa kan Tuan…
    Tak jauh kita ni semua.. Usaha pun apatah lagi, hanya menunjukkan politik peri-manusia.
    Tak jauh.. Hanya melaung dan ikut serta membantah..
    Tak jauh.. Hanya kadang2 malu dengan diri sendiri.
    Katanya MALAYSIA NEGARA ISLAM. Yang membantah hanya sekerat cuma.. Mungkin dikira 0.00009 % dari rakyat kita..
    Negara barat lain, beribu2. Berhari2.. Berlari2, menangis dan membaling segala emosi..
    Sebab negara kita dikatakan SUDAH MAJU. Dan tiada rusuh2 untuk membantah.. NAJIB kata; “ZON SELESA”.
    Takut untuk susah.. Sehingga, tanah di jajah tanpa tuntutan bijak. Undang-Undang di Raja dipertikai kecam, untuk perpaduan katanya..
    Tuan tanah diperkosa dan dihinjak selicik mungkin. Babi-babi yang berkeliaran pun tidak diangkat isu besar bagi memberi keselesaan empunya rumah.

    Itu hanya ruang kotak hidup kita, masakan jauh di hujung sana. Kita bersuara berhempas pulas hanya gimik2 politik antarabangsa. Ingin keluar juga suara di paip media. Ingin dilihat dunia juga. Ingin kongsi bersedih juga. Dan, “Tahniah, usaha anda akan diberi balasan yang sungguh murni membela sesama saudara Islam di sana”.

    Di sini macam mana? Kata Tuan, OIC memang tak pernah bergigi dan kelemahan umat Islam juga ada di kalangan kita di Malaysia. Kerana Leka dengan pembangunan berat materil. Ya.. Zon Selesa ini…

  8. aphidsparasit Says:

    itula pasal…bile la umat sejagat nak bersatu…
    msia yg satu masa digeruni dulu pon dah jadi cam manusia tak bertulang…
    baik ko dtg mesir jerk…haha

  9. Name da umat sejagat… mane2 jek same.. mesir lagi la..
    da la Totttttttttttttttttt.. lepas tuh Tooooooooooooottttttttttttttt…
    hihiihih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: