Anjing-Anjing Tambatan Amerika

Gencatan senjata – Itulah seruan dan rayuan seluruh warga bumi terhadap politik timur tengah sejak dahulu lagi. Katanya untuk keadilan bersama. Samada dari Pihak Hamas, PLO, atau pun pihak Israel sendiri yang tahu situasi sebenar. Menang mahupun kalah, bahkan rahsia-rahsia di sebalik politik mereka tidak siapa tahu.

Akan tetapi orang ramai melaungkan slogan ini hanya menutup ‘politik lemah’ mereka terhadap penguasaan Amerika di seluruh dunia. Apatah lagi, kita yang kecil impaknya terhadap dunia islam, hanya mampu ‘menyalak bukit yang tinggi’. Sebahagian orang berkata, sekutu Israel/Amerika juga ada berjiranan dengan Malaysia. Harus berjaga-jaga. “Tidak boleh terlampau keras!”.

Perubahan yang berlaku -Barrack Obama- mungkin hanya dapat menutup kesalahan-kesalahan negara Amerika itu bagi pandangan masyarakat dunia. Mana tidaknya, sepanjang tempoh ‘Presiden Perang’ menguasai kezaliman seluruh rantau, banyak dosa-dosa dan pelanggaran hukum antarabangsa berlaku. Justeru, Obama perlu membaik-pulih kembali dan menjadi tugas berat ini.

Ambil sahaja contoh yang telah dilalui oleh negara kita Malaysia, ketikamana pengistiharan Tun Mahathir meletakkan segala jawatan yang melibatkan kerajaan dan digantikan dengan PakLah yang sepanjang penglibatannya, tidak banyak terlibat dalam kes-kes moral atau perangai hodoh dalam kerajaan. Ketika itu rakyat mahu..

Sebagai wakil ‘Tukang Cuci’ di Amerika, Obama bagaikan penyapu bagi para pencaturan sosial, ekonomi dan politik di Amerika. Tapi, berjuta-juta harapan dan doa rakyat jelata seluruh dunia hanya menanti Anjing Amerika itu akan menggonggong harapan itu kembali. Mana tidaknya, percaturan gerombolan kongres-kongres Amerika yang bertapak sejak dahulu lagi masih senyum dan ketawa menjadikan sesiapa sahaja yang duduk di ‘Kerusi Rumah Putih’ adalah boneka mereka.

Melangkah hari demi hari sambil melihat berita-berita kosong di media, keangkuhan Israel makin mendada. Rumah-rumah yang dulunya sedikit membangun di Palestin kini bagaikan padang jarak padang terkukur.

Berjuta-juta pelarian yang kembali melihat tanah kediaman mereka kini hanya dapat kosong. Hampa, sedih, geram, kecewa, benci, dosa, kejam, sial, dendam; makin bernanah dan menjadi penyakit yang tiada ubatnya. Anak-anak yang masih hidup bertelanjang bulat mencari tangan-tangan yang boleh membantunya untuk mencari ibu-bapanya yang hilang.

Sudut bangunan yang berupa tandas itu pula, si comot hanya diam. Melihat orang-orang sepertinya tiada lagi senyuman. Dia tahu. Tiada siapa peduli. Kerana masing-masing sedang mengais segala aset-aset rumah yang sudah jadi habu untuk dibasuh-guna kembali.

Mungkin dalam fikiran kecilnya, tidak tahu ada dunia yang aman. Dia juga tidak tahu bahawa dunia ini amatlah luas dan besar. Dia lagi tidak tahu bahawasanya negara-negara umat Islam yang lain sudahpun jadi ‘anjing-anjing tambatan’ musuhnya.

duwenk
bangi

Advertisements

6 Responses to “Anjing-Anjing Tambatan Amerika”

  1. saya hantar komen yg sgt randomn.kerana tidak tau dimana mau menyampaikan hasrat hati.berkecil hati kerana anda tidak link sy di page anda!!!!!

  2. alalaa… mane taw.. da add pun… hiihii

  3. ha tawu pun!
    baru nk merajuk!

  4. erm orang kita suka meniru apa yang bangsa lain buat…nak raikan hari kekasih tu kena ada hari yg khusus ek….takdepun sambut hari nenek hehehe…alahai…………

  5. hi,can we exchnage our banner,if u done have banner i still can post yur link,please let me know after it done.thnak

  6. haha
    lu pnah lepak shisha kat seksen 7 ?
    kedai kecik ngan jambu kat restoran warisan bonda?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: