Valentines Day

Dia melihat langit. Cerah. Bulan sedang kembang senyum. Penuh di kedua mata hitamnya. Bintang-bintang sungguh cantik menghiasi dada langit. Itu bisik hatinya.

Tidakkah malam ini semua pasangan ternanti-nanti untuk bergembira. ‘Hari Kekasih’. Bintang dengan bulan. Langit dengan bumi. Angin pula tidak pernah lekang di atmosfera kejadian ini. Gelap malam sebegini, kunang-kunang juga turut mencari pasangan untuk meraikan ‘Hari Kekasih’. Tetapi, katak tidak menyeru langit supaya turunkan hujan. Tidakkah katak mencari hujan jika ada resah dalam hidupnya.

Mungkin tidak semua yang meraikan hari sebegini. Kerana katak barangkali sahaja sudah hidup senang tanpa kekasihnya hujan. Orang-orang yang resah, gelisah selalunya akan merayu-damping dengan kekasihnya, untuk mengadu-domba, luah rasa, cari ketenangan atau melepas geram sekalipun. Itu sikap dan sifat orang yang berkasih sayang. Tetapi malam ini, dia hanya tahu melihat tubuh langit yang tidak pernah bertiang menjunjung bumi.

Hari ini, berjuta-juta kalimah cinta akan berpuisi lagi. Diucap mesra oleh beberapa lagi siri Romeo dan Juliet, atau Rumi dan Juli dalam versi Melayu Moden. Boleh juga terciptanya lagi watak Uda dan Dara, dan lakaran kisah-kisah cinta manusia yang sejak kewujudan manusia. Tapi, ada juga yang songsang menolak cinta. Menjadi episod-episod kehidupan semakin rumit dan berwarna-warni. Tidakkah setiap waktu yang berjalan, apa sahaja boleh berlaku terhadap diri manusia.

Selain itu, ada juga yang melarang sambutan hari sebegini. Kerana sebahagian kajian para ilmuan bahawa perayaan ini berasal dari keramaian mengingati Si Paderi yang mati dibakar. Mawar merah yang menjadi perantaraan para kekasih di ‘Hari Kekasih’ sempena pengucapan hari keagungan perjuangannya.

Dia sendiri tidak pasti akan kisah sebenar. Di bawah langit tenang ini, fikirannya hanya berfantasi untuk terbang sambil mengucap salam kepada setiap bintang-bintang di langit. Sekalipun ada larangan menegah salur hidup manusia, punca niat dan hala tuju sesuatu perkara adalah amat penting difahami oleh manusia. Seperti ucapan doa ketika sebelum ingin meniup lilin di harijadi.

Tetapi sejauh mana manusia berfalsafah, dia tidak pedulikan semuanya. Baginya, ‘Hari Kekasih’, hanya mainan untuk manusia. Hiburan kepada yang sering lupa. Perayaan kepada yang selalu tukar pasangan cinta. Kerana, kisah cintanya adalah berlaku pada tiap-tiap hari untuk mengingati sang kekasih.

Kajang
Selangor

Advertisements

37 Responses to “Valentines Day”

  1. Check Check.. Cintaaa….

  2. hey there..online ke?

  3. yeah…but once a promise was made…

  4. Aku tak menolak cinta, aku cuma ketepikan buat sementara.. Untuk tika ini aku bahagia dengan hidup aku. Orang cakap sendiri itu sepi. Ya aku tak nafikan, memang sendiri itu sepi. Sunyi. Tapi kadang-kadang sendiri dan sepi itu lebih indah.

    Aku tak sambut hari raikan cinta. Sebab aku tak punya siapa-siapa. Juga sebab Islam tak unjurkan untuk kita.

  5. addy sungguh baik utk menilai semua perkara.. bagus orang macam anda.. smoga slamanya.. tidak hanya lembut lidah berbicara.. hihihhih

  6. hihhiiih.. welcome back MeraManis. hihihihi

  7. pandang ke langit itu..
    ia biru..
    lihat ke matahari sana…
    cerah menyala…
    aku tunduk, kelu…
    lidah diam membisu..
    tatkala itu..cintaku..
    terlipat kemas didada…
    bukan tidak sudi..
    tp hati yang sedih tidak ingin mengingat lagi..
    tuhanku, hnyaMu di jiwa ku..

  8. bro.i love ur writing.
    love isnt somethng ppl be honest abt

  9. thanks my dear.. cinta ni bohsan taw dak?? hahhaha..

  10. pandang ke langit itu.. ia biru.. lihat ke matahari sana… cerah menyala… aku tunduk, kelu… lidah diam membisu.. tatkala itu..cintaku.. terlipat kemas didada… bukan tidak sudi.. tp hati yang …

    cinta kepada Tuhan tidak dapat diukur dengan pembaris.. mahupun dengan timbangan tan-tan kontena..

    Tetapi cinta sesama manusia, bila2 saja boleh diukur, dibandingkan, diungkit-ungkit jika ada kekacauan..

    Tetatpi juga, manusia perlukan cinta.. Ego dan Tiada ketahanan diri sahaja yang menolak maksud cinta antara manusia..

    hehehhe.. dun wori dealova… Cinta akan ilmu juga dikira cinta.. hahahh

  11. Cinta… Cinta…. Cinta….
    Apa tu cinta?
    Manusia hanya tahu cakap.
    Buat belum tentu lagi.
    Cinta pada Yang Agung lebih mulia.
    Kerna DIA sentiasa membalas CINTAku…

  12. Duwenk,
    ko yang membosankan cinta. Bukan cinta yang membosankan. Hahaha…
    TUh sebab aku cakap ko boleh cool tapi jangan TERLALU CCooooooooLLLLLLL…
    Paham Incik Duwenk?
    Tapi takpe aku dah tau jawapan ko,
    Jawapan ko,…. “Lalalalalala (bersiul)”
    Huhh!!

  13. hahhahaha… tenkiu Teha yng membebel gak kat site aku…
    amboi.. kalo pasal cinta terkinjal2 duk ngomen..
    hahhaah

  14. Aku kan seorang pencinta… ;-p

  15. chinta tak semestinyerr bersatewwww.. ahaks

  16. Yep betul2.. sangat setuju..

  17. salam duwenk…thnx singgah blog akak.

    Valentine’s Day..??? x pernah sambut pun..dan x boleh sambut pun kan. Kita ni sgt mengagungkan cinta sesama manusia sampai lupa cinta sebenar kepada Allah.

  18. ye kakk.. betull tuh..
    hihihih

  19. taktau nak cakap ape.
    sebenarnya aku tak faham pun apa kau tulis haha.
    maaf.lembab sikit.
    Yang aku pasti masa Hari Kekasih aku sibuk berjalan. Tak perasan pun itu hari kekasih hahaha~

  20. hahhahaha…
    tak paham takpe..
    tade yang terasa pun..
    hahhaha…

  21. love is full with lies.menci!

  22. Full with lies? Hmmm… Rasanyer tak kot Cik Darl… Kalau penuh dengan penipuan tu bukan cinta. Trust me! Betul tak Duwenk? Hehehe..

  23. Hahaha… Cik Aini… Tuh Bukan no carik cinta… Tuh num Kaunselor yang korang patut carik bila korang alami putus cinta… Haha… Tak percaya try la… I dah pernah try… Sangat berkesan!! Haha…

  24. ehe darl??
    hemm.. menci kan..
    hahahhaha..

  25. Eleh duwenk.. Dan2 nak benci… hehehe… konon lah duwenk oiii…
    konon cool la tu kan…

  26. haha.dan2 dia remove komen aku.
    iye cik teha. kalau dia sendiri putus cinta camana?
    mungkin dia pulak perlu cari kita.

  27. Oh No!
    Dia takkan carik sesape.
    Dia kan cool…. Hahaha…
    Jgn Mara ye Duwenk…
    I really noe you.

  28. byk la ko duk ngomen lam nih..
    bukan fesbuk niih.. aiyaaakkk..

  29. Sukati TEHA la…
    TEHA suka…
    Hahaha…

  30. nak tag gak ke?? tag pasal superb teacher?? haha
    bole gak arr…reply segera…hahahahha

  31. saya tak meraikan VD. Kerana bagi saya setiap hari adalah anugerah kasih-sayang drpd Allah…. 😉

  32. hahha..
    ye .. hari2 adalah ANUGERAH dari NYA…
    hihii

  33. salam solidaritas.
    hahaha lama tak lepak sama brader.
    layan dengar brader bercerita..
    ..chait padahal baru sehari dua wa lepak sama lu en.hahaha.

    harap kalo ada masa boleh lepak2 lg dgr lu berceritera ok bro?

    nnt gua patyung shisha hahaha

    peace man

  34. sape nih arr??
    adoii.. lepak nan wa??
    dua tiga ari nih selalu amnesia..
    aiyakkk..

  35. hari itu sama saja macam hari-hari lain.
    kena kerja.

  36. lama dah..hampir terlupa lak saya.. dulu saya pernah menjenguk ke blog dunk5. bertahun dah tak gi.. hari ni terjumpa balik link kat elaira.net…

    dah jadi duwenk ye…oooo

    assalamualaikum.

  37. hari kekasih 2h pe?
    xpnh dgr pon
    hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: