Archive for September, 2009

Kematian

Posted in LiFE on September 24, 2009 by duwenk


Saat suara di telinga, mata berbisik
khayalan meliuk-liuk dalam gambaran otak
membuka helai-helai bayangan
sambil angin menyapa halus
asyik dan bertukar sakit
senyum berganti resah
pada takdir yang hanya secebis kertas
malah usianya…. entah
esok atau lusa mungkin akan jadi sejarah
di papan ini
di esok hari
dan untuk kenalannya nanti

Aku akan pergi
kau, hidup saja di sini
kerana terbangku mencari hari abadi

Allah, seru ku sembah
segala dosa, aku mahu kan pahala.

Advertisements

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Posted in Life always Began on September 20, 2009 by duwenk

eid mubarak

Selamat Hari Raya buat Papa dan Mama yang tak pernah lelah menjaga aku, kak Ayu, Kak Ida, Abg Rizal, Dadan, Syarif, Kak Ni, Om, Andy, Darwish, cousin-cousin kecik, Exa, Muaz, Mumtaz yang baru sahaja kenal dunia, Fizi, Ira, Nani & suami, Niza, MakCik Nah, Pak Cik Mood, sahabat-sahabat, Keri, Basdi, Jeley, Mat Jad yang lama senyap, Pakya, Mesor, Apai, Pak Rin, Apis, Zarif, Sadat, Farhan, Zul, PakJo, Non dan isteri, serta anak-anak, Salmi, Umi, Mael, Shida, Tina, Sabrina, Mira, Tia, Ilya, Faidzrin, Aisyah, Lydia, Intan, Tina, Mat, Zul, Anwar, Anas, Taput, Mal, Jud, Bai, Dzul, Shahir, Sya Sha, Bob, Bedot, Chiwa, Nana, Fiza, Soraya, Asaadah, Za, Nada, Zhafran, Noey, Zam, Alam, Inta, Siti, Mahmud, Abd Hadi, Jiji & Kobeng serta anaknya yang tak sempat tengok lagi, Semang, Boi, Chukky, Shamil, Apis & Kak Sal, Jemi, Jamal, dan kenalan yang lain. Juga para bloggers yang sering singgah dan merayap di layar internet.

Maaf Zahir & Batin
Kullu 3am Wantum Bikhair
Cairo

Rahsia Malam ii

Posted in LiFE, Love on September 16, 2009 by duwenk

Malam tak pernah bisu
bebel riak suara di jalanan
terhuyung hayang mabuk
mabuk meratah mangsa
perkosa usia
diri sudah tidak ada harga
hanya kerana; karma
atau batu dosa
di perut bumi yang sentiasa menipu manusia.

Ke syurga

Posted in LiFE on September 16, 2009 by duwenk

Langit marah
gaduh rusuh
kecam kejam
manusia yang masih keliru
antara dosa dan pahala.

Rahsia Malam

Posted in LiFE, Love on September 16, 2009 by duwenk

Ada siul seruling
bunyi sepi merejam diri, hanya sendiri
cerita cinta, kasih, sayang padaNYA
dalam irama rabbani
malam yang berjuta rahsia malam
ada Dia
sepi direjam lagi.

There’s No Space For Me

Posted in Love on September 11, 2009 by duwenk


Everythings in this world was changed around me. The view of side-walk, streets, builds, houses , an animals, the person who i knew or dont ever i know before, was lend by your look. I have no spirits to change those. My look at you so deeply danger and nervous. But, i know; There’s no space for me. There’s a person more kind than me.

Nafas

Posted in LiFE, Love on September 9, 2009 by duwenk


Ada suara
manusia berlari-lari
menari
dan tak pernah berhenti
sekejap ketawa
menangis
kecewa
bunyi hempas tubuh di tanah
tak bernafas
dan ada lagi ketawa

Di bilik gelap; hilang
tiada bulan melukis malam
hanya membunuh masa