Tanpa Tajuk: Part 1

http://fc04.deviantart.net (credit to muoustafa)
Ketika orang ramai sedang sibuk mengejar kebahagiaan dunia, dia masih sendiri membawa diri. Tiada rasa untuk mengecapi seperti mereka yang lain. Keadaannya sangat tidak terurus. Kata teman; makan tidak terurus, mandi tidak dibasah, malah hujan pun malu untuk menyentuh tubuhnya. Udara sejuk pula sering kali menyiksanya. Angin dingin yang merempuh tubuhnya sangat tidak kisah dengan cerita hidupnya.

Pernah beberapa kali kawan yang amat prihatin memberiΒ  nasihat, ajak bersosial, minum-minum di cafe, berbincang, bergurau senda dengan dunia seusianya. Tapi, dia hanya tahu menggeleng kepala dan mengecewakan orang sekeliling. Hidupnya sangat berahsia. Tidak ramai yang tahu cerita bisu hatinya.

Dia tidak sama seperti mereka di luar sana. Remaja seumur hidupnya pasti akan gembira. Mengisi masa remaja dengan kenalan yang ramai. Kehidupan di kuliah amat menyeronokkan. Enjoi belajar, keluar bersama, bila tiba malam. ada temu janji untuk duduk bersama menikmati waktu malam. Bertukar cerita, gossip di kolej, di kota hidup mereka, tentang artis, dunia komersil, independent juga, perkara seni, creatif; musik, filem dan beberapa genre semasa. Ada yang sibuk dengan emosi politik, antarabangsa mahupun pengaruh politik negara. Kata yang paling tepat: Dunia remaja sangat bebas dan luas untuk diterokai.

Dia tidak endahkan itu semua. Baginya segala aktivitii sedemikian hanya kemahuan semasa. Pengisian pengaruh budaya. Bagaimana seseorang mendampingi sesuatu kehidupan bagi diri mereka. Lebih-lebih lagi, itu semua adalah displin hidup dan teori yang sepatutnya remaja gauli. Bukan hanya tahu bentuk dan budaya, akan tetapi perlu memahami kehidupan sebenar dalam dunia yang realiti. Tetapi remaja sekarang sekadar enjoi dan menikmati pengaruh budaya ciptaan masing-masing.

Malah, jika ‘ya’ sekalipun dia keluar bersama kenalan, tak segar pun otaknya. Rata-rata manusia lebih terpengaruh dengan gosip, perkara kosong, cerita-cerita mimpi, berita-berita sensasi. Remaja bukan? sepatutnya remaja perlu lebih peka, akan tetapi asuhan generasi demi generasi semakin tidak memberangsangkan remaja untuk pulih sebagai senjata budaya, negara mahupun. Mungkin kedengaran agak patriotik, tetapi hakikatnya, remaja banyak fungsinya.

Dia tahu,kenalannya tidak pernah puas mengajaknya. Dia tahu, hidupnya agak negetif di sisi kenalannya. Dia tahu, hidupnya tidak harus sebegini rupa. Dia tahu, tahu banyak perkara mengenai hati kenalannya. Tetapi, setiap kali dia mengecewakan kenalannya, hatinya juga terluka. Dia tidak mampu untuk senyum di khalayak ramai. Dia tidak pandai untuk berlakon rupa di hadapan manusia. Dia tidak munafiq untuk bermesra dengan orang-orang di sana. Baginya, jalan pintas sebagai ‘seorang selfish’ adalah jalan terbaik. Hanya tahu hidupnya dan tidak hiraukan orang lain.

Apartment no 73. Dia masih sendiri di bawah khayalan hari-harinya. Episod esok akan tiba lagi. Amanah diri dari keluarga masih terumbang ambing. Konflik diri dengan kekasihnya masih di tali gantung. Dia tidak mahu segalanya berkecai seperti cerita-cerita dalam filem. Hidupnya perlu berlaku hanya satu, Tiada penjelmaan kembali seperti dalam kepercayaan hindu. Tiada kisah yang begitu tragis sehingga kekasih di bawa lari. Kisah hidupnya bukanlah serumit cerita romeo and juliet, Qiash wa Laila atau cerita klasik Uda dan Dara sekalipun. Tetapi, kisah hidupnya hanya konflik diri antara Tuhan, keluarga dan kekasih.

Dia memandang ke langit. Tiada bintang yang dapat hiburkan hatinya. Bulan tidak cantik. Udara makin sejuk. Dia mengeluarkan sebatang rokok dari saku kiri kemeja birunya. Memerhati batang rokok, fikirannya menghitung baki usia hidupnya. Esok hari ada usia lagi……..

Advertisements

11 Responses to “Tanpa Tajuk: Part 1”

  1. apartment no.73? di mana ni?
    this one reflects just what i feel right now.
    hmm.
    best entry yet, duwenk wenk πŸ™‚

  2. i dont knw where exactly apartment no.73. I just made.. ihi

  3. hebat part1 ni..
    membuat aku tertunggu part seterusnye..

  4. hahaha mengada! cis

    duwenk, jiwa kacau! :S jawabkan exam mumkin?

  5. mye lagi saiko.. suh org jwb exam dia.. jawab sendiri la.. Lalalallalala.. (student periods its hell right?) haha

  6. hahaha…num apartmen tuh salah beb…cek balik…
    wahahaha…

  7. hahaha…num apartmen tuh salah beb…cek balik…
    wahahaha…
    tapi benda yang penglaman atau realiti pasti menarik minat smua …semuaa…

  8. Hahahhaa.. No apartment ko bape bro?? wa tak tau.. idak bleh je amik lu jadi watak cite nih.. hahah..

  9. keindahan dalam kemurungan hanya boleh dilihat oleh mereka yang pernah mengalaminya…erk…macam tak relevan je komen aku ni…

  10. Seni dalam cerita, menarik! πŸ™‚

  11. fizaazwanizazizi Says:

    i like this post the best πŸ™‚

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: