Tanpa Tajuk: Part 2

Credit to jteh on deviantart

Hari ini sekali lagi matahari hiba. Cuaca turut menanggung pedih. Awan yang berarak seolah sedang memuja sang hujan turun alias seperti kaum majusi memuja api untuk hidup. Itu ritual mereka. Mungkin juga awan hanya bertiup kerana monsun berubah. Itu hukum alam semesta. Kagum.

Walaupun gelap belum tiba, tidak ramai orang yang lalu lalang di luar sana. Cuma beberapa anak kecil yang hanya hidup dalam keseronokan sedang berhempas pulas merebut bola di jalanan. Tragik. Hanya sebiji bola ramai yang obses terhadapnya. Pantas saja di seluruh dunia orang akan kenal apa itu istilah ‘goal’. Itu ragamnya.

Cawan berisi nescafe di tangan kanannya masih panas. Setiap hari, tidak kira pagi, siang dan malam, nescafe adalah teman idelisnya. Selain ucapan pagi untuk hidup, tiada perkara lain yang dapat mengubat hariannya. Necafe, buku, tesis, serta nota-nota yang bersepah di meja belajarnya. Dapur jarang sekali berasap. Sesekali tika lapar, ‘delivery boy’ pasti akan singgah memberi makan. Ya, sangat ‘pathetic’. Tiada rakan rumah. Tiada ‘teamwork’ untuk memasak. Tiada tanggungjawab lain untuk uruskan hidupnya.

Tapi, dia bebas. Rasa sangat selesa. Tiada janggal. Hidupnya adalah mistik. Itu kata sebahagian teman. Anti-sosial, cerewet, tak pandai bergaul, sentimental, ada ketika emosional. Bersendirian. Sombong dan cukup tidak suka senyum kepada tetangga. Malah, ada yang ‘label’kan dia sebagai manusia gila dalam kota yang sememangnya di huni oleh masyarakat yang gila. Itu hukum manusia terhadapnya.

Selain itu, di mana ada kebaikkan, di situ ada juga kejahatan. Itu lumrah bukan? Sedangkan Nabi sendiri perlu berdepan dengan kerabatnya yang jahil tentang seruannya. Sedangkan setiap zaman sahabat hingga ke zaman pemerintahan ‘kerajaan islam’, masih ada kelakuan jahat atau bahagian yang direlakan tuhan demi sumpah para musuh tuhan. Itu lumrah bukan?

Justeru, seramai manusia yang menganggap diri nya adalah gila, selebihnya juga ada yang sentiasa positif terhadapnya. Sekalipun minoriti, tetap dia tidak pernah menghargainya. Tetapi, sifat manusia tuhan ciptakan pelbagai rupa, warna dan kejadian. Teman-teman yang masih percaya akan hidupnya sentiasa menjenguk mesra. Tanpa rasa ingin dibalas ehsan kelak. Tanggungjawab. Atau kasihan. Atau mungkin juga kesan-kesan politik. Atau kerana mesteri hidupnya. Dia pun tak pernah ambil kisah.

Dia memandang langit. Penglihatan hanya separuh. Balam-balam bangunan di hadapan apartmentnya agak tidak memberinya peluang untuk menyentuh dada langit yang luas.Rangka-rangka bangunan yang agak usang tidak pula menjejas kenikmatan cuaca petang ini. cuma sedikit mendung mengganggu perasaannya terhadap alam. Sekali lagi, kemungkinan langit akan menangis.

Kerja kuliah masih bertimbun. ‘Slide’ kes masih lagi belum dibaca sepenuhnya. Nota masih lagi hanya di otak fikir. Latihan belum sempat diulangkaji secara detail. Angka-angka muka surat belum diteliti berapa helaikah perlu dikuasai. Fakta-fakta pengajian amat berharga. Seperti harga bayaran yang terpaksa berkandang lembu dijual. Padi di sawah berhektar masih tak terkira nanti. Kerisauan ibu bapa melonjak buak jika dihitungnya nanti. Apa lagi nanti.

Lain sudut, ada perkara yang sentiasa mengganggu dirinya. Yang pasti ada bisik yang selalu membunuh rasa. Hatinya amat dekat. Tapi tiada di hatinya. Matanya jauh. Tapi ada di sisi. Fikirnya menjadi nadi. Tapi keliru dengan situasi.

” Seroja. Ke mana kau pergi?”.

4 Responses to “Tanpa Tajuk: Part 2”

  1. the last paragraph tu sangat menyentuh hati aku….huhuhu….

  2. Superb writing. keep it up ! 🙂

  3. alolo. sweetnya, seroja gitu hikhik :p

  4. simply fascinating.. 🙂

Leave a comment