Tanpa Tajuk: part 3

https://i1.wp.com/fc02.deviantart.net/fs36/i/2008/279/1/c/Voices_by_niiFantasy.jpg

“Kau kena buang segala resah. Alam tidak selalu cerah. Ada terang juga tidak semestinya akan memberi indah kepada manusia. Ramai juga yang hidup dalam gelap. Pantas saja jadi zombi di siang hari. Sebenarnya orang yang berjalan dalam terang mahupun gelap, jika  hati telah mati; hidup seperti tanpa realiti. Kau tidak boleh. Kau perlu peka dengan situasi. Akal mesti segar. Celik dengan dunia ini. Masa berjalan, dan keretapi akan sentiasa pergi jika kau lambat di belakang”.

Dia senyum. Nasihat sebegini sudah jadi darah dagingnya. Untuk rasa bosan, dia sendiri tawar hati untuk bosan. Jika ada kenalannya datang melawat, pasti ada nasihat. Kadang-kadang dia tak pasti. Apa perlu dia terima segala kata-kata semua ini sebagai tiang keriangan hidupnya atau sebenarnya mereka tidak alami tahap sepertinya. Dia tak tahu. Tetapi, mungkin ramai orang di luar sana sememangnya tidak tahu. WAJAR. Tak perlu tahu.

Pastinya, usaha gigih kenalannya amat memerlukan kasihan belas. Dia tak mampu menghalang. Dia perlukan sedemikian. Akan tetapi, untuk menerima dan memanipulasi dia tidak mampu. Mungkin senyum dan memalingkan muka tanpa setia sahaja sebagai balasan terhadap teman-temannya. Dia bukan bermaksud untuk kurang sopan. Tetapi, dia sendiri tidak mempunyai bahasa paling ‘pasti’ untuk memberitahu pokok pangkal hidupnya. Mungkin.., hanya rasa. Ya, rasa akan jadi bahasa untuk mereka.

Keadaan suram lagi. Dia melihat temannya sedikit kecewa. Heikal namanya. Heikal diam setelah kata-katanya tidak dapat mencuri perhatiannya. Heikal ini optimistik. Sangat tekun. Setia malah sanggup berlembut bahasa tanpa rasa lelah menjenguknya. Di kalangan pelajar-pelajar lain, Heikal sangat dihormati. Ramai kenalan. Sangat pandai berkawan. Suka tolong tidak kira susah mahupun perkara senang. Bentuk wajahnya bujur, mata sedikit bulat, hidung keturunan melayu asli serta kulit sawo matangnya agak cocok sekali dengan rupa. Tidak kurang tinggi dan tidak juga rendah. Sederhana, juga seperti wataknya.

“Sori, Heikal”. Bisik hatinya sambil memerhati Heikal membelek buku di meja. Dia tahu, hanya mata Heikal di buku, tetapi fikirannya sarat dengan harapan supaya kata-katanya memberi guna kepada kawannya.

Dia biarkan Heikal dengan harapannya. Jauh di sudut hatinya, dia masih ingat, ketika dia resah, ada orang yang selalu menjaganya. Tika dia dalam masalah, ada yang selalu meruntunnya. Jika dia dalam lemas, ada yang menyelamatnya. Dia masih ingat maksud bahasa yang digunakan oleh orang yang selalu memeluk hatinya; jangan sesekali bawa diri mu dalam hujan. Jika hujan datang, payunglah dirimu supaya tidak sakit. Akan tetapi, kau mesti tahu, hujan sentiasa datang dan sentiasa perlu bersiap sedia sebelum ditimpanya.

Hujan sentiasa ada, semua manusia. Bukan aku sahaja, kamu juga. Jika sekarang adalah waktu cerah, nikmatilah riangnya matahari ini. Dan jangan sesekali kau basahi dengan hujan jika matahari sedang setia mencerahi hidupmu. Dan kau perlu tahu, sketsa hujanmu itu adalah ketakutan yang tak pasti. Kau lakarkannya. Kau serunya. Kau ciptanya. Kau kena kuat. Kau tidak boleh terbawa-bawa cerita rekaanmu itu dengan dunia mu sendiri. Hujan pasti ada.

Jika kau berjalan dalam hujan pada waktu siang, kau akan beban. Kau hanya berjalan dalam kesejukkan. Malah angin mampu memberimu lebih sakit. Lebih derita dari apa yang sebenarnya akan terjadi. Paranoid mu akan merosakkan perjalanan hidupmu. Kau mesti berusaha.

“Huh”, dia mengeluh sendiri. Dia bingkas bangun dari kaki katil kamarnya. Dia melihat Heikal masih di meja bukunya.
“Heikal.. nescafe ok?”, sambil tangannya mencapai sebatang rokok. Zippo bewarna silver dinyalakan. Asap keluar dari mulutnya. Bibir tidak kelihatan. Asap mula memenuhi kamarnya. Suasana sunyi tidak lagi diam.

Heikal menolak lembut. Katanya ada janji dengan ‘classmate’ untuk persiapan peperiksaan nanti. Heikal mempelawanya untuk turut sama. Akan tetapi dia menarik diri sopan atas pelbagai alasan hariannya. Heikal paham. Dia meminta diri lalu pulang.

Di hujung matanya melihat Heikal keluar dari bangunan. Cuaca hari ini agak sederhana. Tiada duka. Tiada yang sedih. Malah matahari segar memberi hidup kepada penghuni alam. Walaupun kehijauan amat jarang kelihatan di kawasan tinggalnya akan tetapi rasa dari suasana di luar sana agak memberi inspirasi kepadanya. Suara kanak-kanak bermain bola tidak pernah lekang. Tetangga yang selalu sahaja bising-bising tidak pula rasa dirinya terganggu. Akan tetapi suara Seroja lagi sekali membunuh fikirannya.

“Kau harus hidup dengan bayanganmu sendiri. Bukan dengan bayanganku. Kau kena kuat. Kau harus berjalan tanpa hiraukan sekeliling. Manusia akan berkata. Manusia selalu berdusta. Manusia selalu mengambil hak kita. Itu sifat mereka bukan. Itu mentaliti mereka bukan. Kau tak mampu menutup mulut-mulut mereka. Sekalipun kau mampu, sifat yang selalu sibukkan diri, menghukum yang lain, memberi susah, tidak akan henti.”

“Seperti fikiran mu juga. Kau terlalu memikirkan hidupku. Kau terlalu percayakan gagasanmu. Kau terlalu harapkan aku untuk selalu bersamamu. Aku tahu, kau sangat perlukan aku. Aku tahu, cintamu tidak mampu kau ungkapkan lagi. Aku tahu, desak jantungmu selalu membuat hatiku juga terasa beban. Aku juga perlukan kau. Aku juga harapkan segalanya nanti adalah antara kita. Kita yang tentukannya bukan. Aku bukan yang dulu”.

“Sebab itu aku tidak mahu kau ciptakan hujan itu. Hujan beban bukan? Bukankah sepatutnya hujan memberi maksud rahmat? Kenapa kau tidak praktiknya sebagai rahmat? Jika rahmat, Tuhan selalu bersama kita. Jika rahmat, kau tidak perlu redup sebegini”.

“Hujan kau lakarkan akan membunuhmu nanti, aku rugi. Hujan yang kau basahi di siang hari akan memberimu sakit nanti, aku tak sampai hati. Kau perlu kuat. Kau mesti kuat sepertimana kau kuat untuk merebut hatiku. Kau jangan kalah dengan diri kau sendiri. Episod lama adalah iktibar bagi aku, dan kau adalah hidupku sekarang. Sekalipun kau rasa susah, cepat-cepat bagi tahu. Aku akan sentiasa ada”.

“Sayang, kakimu melangkah tika berjalan. Lihat saja bayangmu di jalan. Di hadapan memberimu hidup. Lihat bayang dan kaki langkah mu. Tegas dengan langkah-langkah mu. Biar kuat. Biar apa pun datang dari hadapan menghalangmu, atau membebani mu. Kau kuat. Kau mampu redahnya. Kerana kau yang ku kenali adalah optimis, cekal malah kau begitu berani lakukan apa saja untuk dirimu”.

“ahhh…” Dia mengeluh lesu. Fikirannya ditawan lagi. Suara-suara Seroja tak pernah sepi dalam ingatannya. Dia tahu, hidup seroja selalu dalam igauannya. Dia tidak mahu semua ini, akan tetapi hidupnya akan mati jika suara-suara Seroja hilang. Dia tidak mahu juga semua ini terjadi.

Dia melihat telepon bimbitnya. Sudah lama dia tidak menerima berita dari kampung halamannya. Suara azan kedengaran. Burung-burung juga bising di lautan langit. Ada bunyi anak-anak kecil bermain tidak berhenti lagi. Sayup-sayup suara si penjual kacang di cuping telinganya. Malam akan tiba lagi. Hati akan sepi lagi.

Advertisements

9 Responses to “Tanpa Tajuk: part 3”

  1. merahanis Says:

    sayang, i confuse sikit baca this one lah…

  2. .depression was deep, and u don’t climb out of anything as quick as you fall in.
    2 strong can make u fall in

  3. Ye syg… confuse dengan watak dalam nih ehh?? still misteri la sape name watak utama cite nih.. hihihi..

  4. tang hujan tu..analogi yg menarik..sy suke..
    wpon mmg konpius sket ngn cite ni..
    well..kne tggu part sterusnye lah an..
    hehe..

    2 thumbs up bro~

  5. merahanis Says:

    hehe. aite sayang…im waiting for part 4 ye.
    love you.

    xoxo

  6. saye singgah,
    saye bace,
    dan saye suke,

    jadi saye link kan di blog saye…
    harap itu oke 🙂

  7. Habiby mera.. thanks…
    azza.. goodluck
    aloys.. tanpa tajuk??
    Pc. heheh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: