Tanpa Tajuk: Part 4

Credit to crimsonmary
Di sebuah cafe, kelibat pelanggan sederhana sahaja. Seorang pakcik tua dengan laptop kecilnya duduk penuh tekun. Ada beberapa buah buku yang judul-judulnya amat asing. Di sisi buku ada tertulis nama penulis; Roland Bartes, Ferdinand De Saussure, ada novel juga; The Names of Rose, Emberto Echo. Urat-urat di dahi pakcik tua itu amat kelihatan. Sesekali, buku di meja diselak lagi. Helai demi helai dia memerhati.

Meja hujuang sana, sepasang suami isteri sedang bersarapan. Si suami hanya sibuk membaca berita-berita yang wajib di papan akhbar. Dan si isteri masih memegang pen dan buku di meja. Mungkin menyelai satu persatu ‘to do list’ yang perlu dilaksanakan nanti. Jam di dinding menunjukkan pukul 9.40 pagi.

Televisyen yang tergantung di sudut cafe masih berbunyi. Mengulang beberapa kali adegan-adegan berita dari seluruh pelusuk dunia sejak pagi tadi. Kisah Afghanistan, Palestin, Iran dan dari dalam dan luar dunia Islam. Berita tentang taufan di wilayah Kentucky Amerika, soal minyak di Amerika Latin yang tak pernah selesai. Sukan yang baru semalam pasukan besar telah dikalahkan. Dan cuaca-cuaca yang sedang berubah pada setiap hari.

Di luar cafe, jalan tidak begitu sesak. Hanya sesekali ada kereta-kereta yang lalu lalang. Ramai yang berjalan kaki sahaja. Dari Universiti tidak jauh di hujung kiri jalan sana, mungkin sedikit sesak di jalan hadapan sana. Lebih kurang 500 km dari cafe ini. Kedai-kedai di sisi jalan baru sahaja di buka. Memulakan hidup baru lagi.

Suara komuter kadang-kadang kedengaran sampai ke cafe. Kalau waktu begini pasti sesak, orang yang berduyun-duyun mahu ke ofis, kerja, kedai, atau pelajar-pelajar mahu ke kuliah. Amat lemas. Dan dia amat tidak suka pada waktu sebegini. Pilihan untuk keluar lebih awal adalah rutinnya. Tidak semak dan tidak perlu bergegas dengan manusia yang ramai-ramai.

Meja bernombor 5 baru sahaja diduduki pelanggan. Umur pelanggan itu dalam lingkungan 20-an. Mungkin seorang mahasiswa di Universiti berdekatan. Raut wajah amat sempurna. Berkaca mata rapi, ada watak-watak berpendidikan. Menilik handphone di tangan dan terliar-liar memerhati manusia di jalanan. Temujanji mungkin. Bersilih ganti melihat jam di tangan. Ada sedikit resah dan tenang lagi.

“Selamat pagi.. Order?” Dengan suara lembut, Seroja menyantun bahasa menyambut pelanggan. Mereka bertentang mata dan senyum.

“Pagi.. ermm…. minta kopi panas satu”.

Tanpa melihat menu, pemuda itu meminta pesan. Sambungnya lagi.

“errmmm, telor separuh masak satu set and roti bakar ok”.

Seroja membalas senyum.

“Itu saja?”

Seroja menyambut mesra lagi. Memek mukanya kelihatan seperti keanak-anakkan. Seperti ada lagi yang belum dipesan oleh pemuda itu.

“Aha, nanti kejap lagi lah”. Pemuda itu memohon sopan.

Sambil di depan pelanggan itu, mata seroja juga terliar-liar lihat di luar jalan. Seroja bersuara lagi.

“Seorang je? Iman mana?”.

Pemuda itu adalah pelanggan tetap cafe tersebut. Kebiasaan pemuda itu akan datang dengan kekasihnya, Iman. Setiap pagi, kalau ada waktu kosong, ataupun sementara penunggu kuliah lainnya, mereka berdua sering singgah. Berbual kosong, membuka buku, bercakap tentang cinta, waktu cuti dan segala topik lagi.

Pelajar dari fakulti Media. Amat gemar berlakon di cafe, membuat suara, lagu dan bernyanyi, cerita-cerita yang baru ditonton. Dan kekadang ada gosip-gosip luar untuk mengusik buah hatinya. Iman pula, wanita yang sering berdua bersama pemuda itu, berpewatakkan manja, suara yang lembut, mata yang sedikit kuyu, ada rupa seperti pelakon cerita Titanic, Kate Winslate. Cuma saiz badan adalah keturunan melayu. Berambut ikal mayang dan kulitnya amat putih gebu.

Selalunya, kalau waktu malam, mereka akan ramai lagi. Bersorak gemuruh. Ketawa mesra dan berbual panjang mengenai topik-topik harian. Mereka tidak sombong dan amat mesra.

“Seroja! Minta tambah kopi”.

Pakcik tua yang sedang khusyuk mentelaah laptop itu tiba-tiba bersuara. Memesan kopi lagi. Kali ini sudah 3cawan ditambah. Banyak kerja yang perlu diselesaikan agaknya.

Seroja senyum dan memberi isyarat ‘ok’. Rupanya semua pengunjung di cafe tersebut mengenali dirinya. Dan pengunjung cafe itu seringnya adalah pelanggan tetap.

Seroja datang dengan satu jag kopi panas.

“Nih Dok, dah banyak minum ni. Apa jeh tuh Dok? Dari tadi khusyuk je?”.

Sempat Seroja menegur mesra pak cik tua itu. Pakcik itu adalah seorang Profesor di salah sebuah Universiti tempatan. Setiap pagi, kalau ada waktu lapang atau mahu saja cari tempat selesa, pasti cafe ini tempat dia mengisi masa. Kelengkapan pun ada. Banyak buku tersusun rapi di sudut pintu kanan masuk. Pelbagai judul dan subjek pengajian yang ada. Bidang sastera, bidang sains, bidang agama dan kejuruteraan. Bidang sains media, perfileman dan beberapa lagi subjek yang sederhana hanya muat di cafe tersebut. Berbahasa Inggeris, Arab dan France. Librarari cafe. Hanya mini sahaja.

“Ni ha, malam nanti ada diskusi dengan pelajar-pelajar sastera. Lagipun perkara ini tak banyak dibincangkan. Di kuliah-kuliah kat Malaysia ini tak banyak subjek ni dibuka. Banyak konflik keilmuan. Banyak prejudis pemikiran. Terkadang pun sampai melibatkan hukum asal usul kejadian”.

Seroja mengerutkan dahinya. Pangkal cerita sering saja dia tak faham. Setiap kali Prof. Abu memberi penerangan, setiap kali itu juga kerutan di dahinya kelihatan. Matanya juga akan jadi kecil. Tapi, dia sendiri tidak paham kenapa saja dia bertanya kepada profesor itu.

“Huh, rumit lah saya”. Sambil ketawa manja Seroja meminta diri dan pergi tanpa faham isi kata profesor tersebut.

Seroja tahu, dia perlu dalam dunia sebegitu. Dia masih menangguh banyak perjuangan hidupnya. Hidupnya tidak akan sempurna jika hanya separuh jalan saja. Sejak kompeni ayahnya jatuh muflis, seroja terpaksa hidup berdikari. Memperjuangkan hak hidupnya sendiri. Mencari sumber yang boleh menanggung masa depannya nanti. Seroja mahu ke kuliah lagi. Seroja mahukan Gibran lagi. Seroja harus membongkar segala susahnya ini demi menyara kuliahnya nanti.

Sudah setengah tahun Seroja bekerja di cafe tersebut. Pertama seroja pulang ke tanah air, temannya Fetty memperkenalkan cafe tersebut. Setelah beberapa kali mengunjung, Seroja minat untuk memberi khidmat di cafe tersebut. Di samping tidak dapat teruskan kuliah, paling kurang dia mampu mengaut untung dari buku-buku di cafe itu pada tika lapang. Malah, cita-citanya tidak hanya terkubur dan sia-sia di separuh jalan. Dia perlu mengira untung dari setiap sudut. Perjuangan mahasiswanya perlu berlaku. Perjuangan mahasiswanya masih lagi berlaku. Perjuang tidak semestinya hanya di bangunan-bangunan kuliah, faktor utama adalah buku. Buku yang menjadi saluran ilmu kepada semua manusia.

“Seroja, tolong saya boleh?”. Kelihatan tuan cafe tersebut telah sampai. Beberapa bungkus plastik di tangan penuh. Dia meminta pertolongan dari Seroja. Tanpa tangguh, seroja menerpa di pintu masuk dan terus mencapai plastik-plastik di tangan.

“Gib.. bagaimana kau di sana? masih sihatkah kau? bagaimana ubat kau? batuk kau?hidup kau?” sambil membimbit plastik tersebut, seroja dibelah fikiran. Episod hidup lepasnya bercerita lagi. Setiap hari, setiap detik yang iri, setiap tika hadirnya pengaruh hati.

“Gib.. aku akan ke sana lagi. Aku rindu kau hari demi hari”.

Advertisements

4 Responses to “Tanpa Tajuk: Part 4”

  1. merahanis Says:

    Sayang, kenapa pic I ada kat sini sayang??
    Seganlah saya…..

    Kentucky lah mane boleh b.m kan…. =p
    Pastu ade salah ejaan… Kate Winslet lah…
    huhu….

    Gibran tu sakit apa sayang?? Cepat sambung part5.
    I’m waiting… =)

    xoxo

  2. ops… sy curik la.. igt model kat devianart… hihhhii

    Gibran? tau eh… sakit.. rahsia laa,,..

    Dah edit.. hihihih.. thanks cinta… xoxo

  3. aku pun rindu…

  4. sangat comel 😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: