Tanpa Tajuk: Part 5

Selang dua hari lepas, cikgu Fahmi datang berkunjung. Jarang sekali cikgu Fahmi datang. Jika tidak mesti ada sebab yang munasabah, masakan dari jauh cikgu Fahmi terpaksa datang. Gara-gara cerita penting dari Malaysia, tanpa menghubunginya, telah pun tercegat di muka pintu rumah. Ragu-ragu juga pada awalnya, tetapi mengingatkan orang penting dari kedutaan datang, pasti ada yang tidak kena.

Cikgu Fahmi di temani isterinya bersama pegawai kedutaan Puan Sara. Dia tidak kenal sangat dengan isteri cikgu Fahmi. Dan Puan Sara ada beberapa kali pernah bertemu ketika berurusan dengan pihak kedutaan.

“Maaf, Cikgu tak sempat call dulu. Cikgu terus datang”. Jelas Cikgu Fahmi tanpa di soal oleh Seroja.

“Tak apa. Ada apa hal ni Cikgu?”. Sebelum Seroja menyoal panjang, Seroja mempelawa mereka bertiga untuk masuk ke ruang tamunya.

“Kejap Cikgu, saya buatkan air”.

“Tak apa lah. Tak lama pun ni Seroja.” Cikgu Fahmi berbahasa.

“Sekali lagi la. Cikgu tak sempat nak call. Dan kami datang pun ada sebab. Harap tak ganggung seroja la..” Cikgu fahmi menyambung lagi.

“Kuliah macam mana?” sebelum bercerita lebih panjang hajat, sambil memerhati sekeliling Cikgu Fahmi bertanyakan khabar pengajiannya.

“Semua ok Cikgu. Next Week ada test.” Seroja jawab lembut. Bibirnya manis. Mesra. Sekalipun begitu, rauk wajahnya menunjukkan ada kesangsian. Ada perkara yang berlaku dalam hatinya. Cikgu Fahmi sambung lagi.

“Lain mana? Sunyi je?”.

“Keluar cikgu. Entah pergi mana pun tak tahu. Tapi rasanya hari ini ada kelas tambahan.” Seroja ragu-ragu. Dia pun tidak lagi berjumpa rakan serumahnya pada hari ini. Dari jam pagi tadi, dia hanya mengurungkan diri dan bertemankan buku-buku yang belum habis dibaca.

Semua diam seketika. Cikgu Fahmi tunduk saja melihat lantai. Karpet masih baru. Bersih. Sekeliling rapi. Rak yang sederhana besar tidak banyak dipenuhi buku. Sesawang yang hanya berurat nipis tidak kejelasan. Seperti ada contengan di hujung dinding atap. Bingkai ayat seribu dinar amat jelas di ruang tamu. Beberapa gambar keluarga di gantung kemas. Rakan-rakan kolej. Ahli rumah. Itu tanggapannya. Sayup-sayup dan kadang-kadang amat jelas suara-suara orang bernyanyi dari lubang kamar. Bersilih ganti dengan nasyid. Suara-suara jiran amat kedengaran sekali.

“Ok duduk sini? Tak bising?”. Celah Puan Sara setelah diam seketika tanpa pertanyaan Cikgu Fahmi.

“Aha.. Boleh la Puan. Rumah pun tak mahal. Tak jauh dari kuliah”. Jelas Seroja sambil senyum.

“Puan Sara kan?” belum sempat habis memberi penjelasan, Seroja mengajukan kepastian kepada Puan Sara.

“Ya. Ingat kan. Saya pun ingat kamu”. Ramah Puan Sara. Masing-masing berbalas senyum. Puan Sara pula menceritakan kisah perkenalan waktu Seroja berurusan di Kedutaan pada ketika dulu. Dan Puan Sara juga menunjukkan kehibaan setelah sekian lama Seroja tidak lagi berkunjung ke pejabat kedutaan untuk bertemu dengannya.

“Maafla puan. Tak sempat mungkin”. Seroja memohon maaf dan ketawa kecil setelah alasannya seperti budak anak kecil yang membuat kesalahan.

“Tak apa la. Saya pun paham. Semua pelajar Medik ni sibuk. Tak ada masa pun nak bersosial kan.” Petah puan Sara mengambil hati pelajar. Mesranya makin menjadi-jadi. Puan Sara dikenali ramai di kalangan pelajar. Sifatnya suka beramah mesra, bergurau amat disukai ramai pelajar. Tidak itu juga, dia pandai mengambil hati pelajar dengan bergaul dan berborak panjang bersama pelajar tanpa mengira status seorang pegawai dan pelajar di luar negara.

Sesekali ada suara anak kecil sedang menangis di tingkat bawah. Di luar apartmen ada suara orang-orang sedang menjaja sayuran. Sebutan ‘Basol’ kedengaran sekali. Motor dan kereta sering lalu lalang setiap sepuluh minit. Jam 11 pagi masih awal lagi untuk kehidupan di kota Mansoura ini. Jika waktu sebegini, selain hari kuliah, para pelajar akan mengurung sahaja di rumah. Samada tidur, belajar, atau menonton filem-filem yang tertangguh untuk dilihat di panggung wayang. Tetapi, kehidupan Seroja amat displin sekali. Pagi adalah seri baginya. Siang adalah rezeki hidupnya. Petang dan malam adalah tanggungjawab cita-citanya.

Dia masih terbayangkan perbualannya dengan dengan rombongan cikgu fahmi lewat 2 hari lepas. Berurusan dengan orang atasan tidak lah susah baginya. Hanya sedikit ramah dan perlu pengetahuan yang luas akan merancakkan lagi perbualan. Tidak sekadar soal pengajian, kehidupan harian, atau cerita-cerita seperti bersosial dengan teman-teman, tetapi taraf dan kedudukan seseorang yang akan memberikan lagi seri topik-topik yang perlu dibincangkan.

Tetapi, baginya ramai para pelajar lebih selesa dalam dunianya sahaja. Maksudnya, jika ingin saja berurusan dengan orang atasan akan jadi leceh. Kontek formal dan skema akan timbul. Gap yang jauh akan terbina. Seperti juga urusan dengan Profesor dalam kuliah. Dengan orang-orang yang jauh kedepan di hadapan. Itu tanggapan mana-mana remaja sekarang.

Tidak itu sahaja, orang-orang yang lebih mendahuluhi zaman remaja juga tidak ingin faham era-remaja mereka terdahulu. Lebih-lebih lagi untuk diguna-pakai bagi memenangan hati remaja sekarang. Bahkan mereka lebih bersifat ‘aku lebih tua’ dan rasa layak untuk memberi kata nasihat dan petunjuk tentang hidup. Mungkin rasa mereka lebih kenal asam garam hidup, bukan memahami dan memberi peluang bagi dunia manusia yang masing-masing mempunyai rahsia-rasa tersendiri.

Cikgu Fahmi dan Puan Sara antara mereka yang terkecuali. Itu tanggapan Seroja. Tetapi mana yang lain lagi. Kadang-kadang, dia merasakan sistem yang membuatkan dunia jadi sebegini rupa. Antara Ibu bapa dengan anak-anak mereka. Antara majikan dan pekerja mereka. Antara guru dan pelajarnya. Juga antara para ilmuan dengan masyarakatnya. Masing-masing merasakan mereka lebih sempurna. Dari kasta bawahan atau atas.

Dia pernah dengar dari cerita-cerita buku yang ada. Filem-filem yang dimainkan di layar perak. Kisah sekeliling dan fenomena dunia yang rata-rata tidak menghormati satu sama lain. Egoistik masing-masing ada. Hak diri masing-masing sering jadi alasan untuk mereka bebas lakukan apa saja. Ada yang berlaku zalim tanpa menghormati hak orang lain yang diperjuangkan. Itu semua sistem yang telah dibuat-buat.

Lain cerita hubungan seperti sekarang, Cikgu Fahmi dan rombongan tidak sedar semua itu. Hanya mungkin dia yang jadi mangsa dalam semua perkara yang berlaku. Berita yang mengejutkan dari Cikgu Fahmi tidak dapat dibalikkan lagi. Dia separuh akal sahaja. Tidak menangis dan tidak pula ingin berontak. Kotak fikirnya kosong.

Segalanya berubah. Dia tahu bukan punca rombongan Cikgu Fahmi. Bukan kerana perkara pengajiannya. Bukan kerana kematian dan bukan pula punca tidak percaya. Hanya dia tahu sekarang adalah, dia di tanah yang kosong tanpa pepohon yang memberi hijau kepadanya. Dia tanpa harapan.

Sistem yang membunuhnya. Dia tidak tahu apa lagi yang berlaku di negaranya. Dua tiga hari cuba berhubung dengan keluarga tetapi tiada jawapan yang pasti.

Dia jadi kusut. Memikir tanpa henti setiap kata yang telah diucap oleh cikgu fahmi. Perkara amat asing dan tidak sangka pula segalanya telahpun berlaku. Separuh sedarnya pula, dia perlu untuk hidup lagi. Dia perlu untuk berjuang lagi.

“Kenapa keluarga ku yang jadi mangsa”. Rayu Seroja di tikar sejadah.

Advertisements

4 Responses to “Tanpa Tajuk: Part 5”

  1. bro..
    rauk tu sepatutnya raut..
    huhu
    nak lagi..nak lagi..
    :p

  2. hahaha.. cool.. BM tak sempat abis blajar.. cikgu mati.. hahah

  3. haven’t been here for a while. u are writing a story now? nice.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: