Tanpa Tajuk : 6

wchild devianart
“Surat: Muka 1″‘

SATU LANGIT

Banyak waktu aku ingin bercerita. Dari hari demi hari yang makin sempit. Membunuh masa dan minit. Menyekat seluruh niat untuk terus bersama. Supaya seorang aku ini terus berusaha lebih panjang.

Kalau angin dapat sahaja berlari dan terbang ikut sifatnya. Menyetuh setiap jisim yang hidup di bawah langit. Memberi cerita tentang cuaca. Suasana dan kehidupan yang pelbagai.

Seorang Rasul datang kepada ummatnya adalah kerana seruan Tuhan. Memberi berita gembira, memberi tanggungjawab seorang hamba. Menunjuk jalan bagi manusia. Memberi keabadian yang tiada bayang gambaran dari rupa akal kita.

Jika seorang khalifah adalah menggendong segala dari dunia tinggalan para pemberi jalan, dikira seorang aku juga bergelar khalifah? Tetapi, tidakkah Tuhan sendiri mendiskripsikan seorang hamba itu diciptakan lemah. Tetapi juga, Tuhan mencipta manusia adalah sebaik-baik kejadiah. Mempunyai akal untuk meneraju dunia. Memikul beban yang sebesar uhud pun mampu. Untuk menongkah pelbagai ciptaan yang ada hitam putihnya.

Jika aku seorang khalifah, adalah kelebihan Tuhan jadikan. Jika aku sebagai hamba, kemuliaan Tuhan janjikan. Jika aku sebagai sesiapapun, aku hanya tahu dalam apa jua ketetapan Tuhan berikan, masih ada pelbagai jenis doa untuk aku rebut supaya lebih waspada dan redha sebagai cahaya.

Kerana di bawah satu langit inilah, segala macam rahsia yang bakal tiba. Seperti adanya sifat manusia berperanan dalam ‘Good and Evil’. Syurga dan neraka tetap berwenang dalam kepercayaan untuk menempuh hari hidup.

Mungkin sebab ini, segalanya aku hanya mampu redah pada jalan yang senang. Supaya tahu jalan lari dari kelemahan diri. Untuk menjajah segala jalan-jalan hidup yang dalam perkara ‘antum a3lamu biummur iddunyakum’ (kamu lebih tahu perkara-perkara dunia kamu). Soal agama juga, melalui pelbagai konsep & kaedah yang ditinggalkan.

Kalau rasul membawa ummat, kalau khalifah membawa rakyat, tapi kalau aku hanya berdiri dengan kasut sendiri. Tegak dan tempang adalah kecacatan sendiri. Pantas atau lembab adalah kesesuaian diri. Kerana, kemampuan diri tetap dinilai lebih mengerti untuk sesiapa sahaja yang ingin bersama seorang bernama aku ini.

Sebab itu, hubungan antara manusia adalah jauh lebih banyak kesalahan untuk diterima. Manusia yang senantiasa dikawal oleh akal, iman dan nafsu tak henti-henti tunduk dengan musuh Tuhan. Tetapi, jauh disudut hati, fitrah masih berusaha untuk lepas dari ikatannya. Mencari jalan-jalan yang lebih terang. Lebih selamat sampai ke rumah kepercayaan.

Justeru itu, surat ini adalah untuk sesiapa yang ada hati (terutama kau seroja). ‘Have heart’ my dear. Ketakutan dan dugaan dijadikan untuk kita. Namun, ‘have trust’ my dear, kegembiraan juga adalah janji-janji hukum manusia. Sebab itu juga, hubungan antara Tuhan senantiasa berlaku adil kepada manusia. Untuk tidak tersekat disempadan jalan-jalan yang luas dalam dunia.

Langit melihatmu, aku. Seperti ketika datangnya gelap, bintang akan menjadi alat hubung di mana kita pun. Malam tak menghalang kita, kerana angin tak pernah rehat bekerja.  Seperti ketika cahaya datang, kau terus mengejar tempoh-tempoh yang diberikan sebelum datangnya gelap lagi. Terus kejar cahaya itu sayang, aku sentiasa juga dijamah cahaya itu dengan bertemankan angin dari wilayahmu.

Jika doa ingin terbang, hatiku sentiasa zikir supaya disambut mulia dari langit. Tidak hanya doa kau seorang, malah tangan gagah ini juga turut berserah memohon segala kekurangan. Mengharap ‘amin’ ini membuka luas lagi pintu langit.

Advertisements

One Response to “Tanpa Tajuk : 6”

  1. finally ada update 😀 gonna miss you saiko 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: