Archive for August, 2010

The Door

Posted in LiFE on August 15, 2010 by duwenk

Ada pintu yang asing terbuka luas. Mamanggil-manggil tanpa henti. Itu suara sahaja. Tapi konotasi antara suara itu dan kesunyian menarik diri supaya masuk. Membongkar segala rahsia di dalamnya. Menggeledah seluruh inci fenomena yang dulunya asing. Asalnya lapang seperti padang jarang padang terkukur, tetapi di kelapangan padang pasir itu, masih ada perigi buta yang amat banyak. Sangat gelap.

Tanah di situ sangat segar. mungkin sebab terlalu banyak perigi buta yang dahulunya ada mata air yang berpusat. Aku tegar untuk menanam. Pokok, pohon dan ternakan. Bercambah amat cepat. Tak perlu tunggu berganda tahun. Berbuah hasil dan segar untuk dipetik dan dijual lagi. Ada beberapa anjing yang berkeliaran untuk menjaga pohon-pohon itu, tapi tetap tidak boleh menghalang kulat dan ulat yang memakan pepohon itu. Lebih-lebih lagi mawar, kuntum-kuntum orkid serta melati yang semakin segar.

Hujan datang sesekali untuk beri subur lagi. Matahari yang bersilih ganti akan memberi nafas kepada alam dalam proses biologinya. Dari jauh, pintu itu masih terbuka, tidak tertutup untuk manusia datang lagi.

Dalam mimpi aku kembali sedar…

Advertisements