Archive for the Life always Began Category

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Posted in Life always Began on September 20, 2009 by duwenk

eid mubarak

Selamat Hari Raya buat Papa dan Mama yang tak pernah lelah menjaga aku, kak Ayu, Kak Ida, Abg Rizal, Dadan, Syarif, Kak Ni, Om, Andy, Darwish, cousin-cousin kecik, Exa, Muaz, Mumtaz yang baru sahaja kenal dunia, Fizi, Ira, Nani & suami, Niza, MakCik Nah, Pak Cik Mood, sahabat-sahabat, Keri, Basdi, Jeley, Mat Jad yang lama senyap, Pakya, Mesor, Apai, Pak Rin, Apis, Zarif, Sadat, Farhan, Zul, PakJo, Non dan isteri, serta anak-anak, Salmi, Umi, Mael, Shida, Tina, Sabrina, Mira, Tia, Ilya, Faidzrin, Aisyah, Lydia, Intan, Tina, Mat, Zul, Anwar, Anas, Taput, Mal, Jud, Bai, Dzul, Shahir, Sya Sha, Bob, Bedot, Chiwa, Nana, Fiza, Soraya, Asaadah, Za, Nada, Zhafran, Noey, Zam, Alam, Inta, Siti, Mahmud, Abd Hadi, Jiji & Kobeng serta anaknya yang tak sempat tengok lagi, Semang, Boi, Chukky, Shamil, Apis & Kak Sal, Jemi, Jamal, dan kenalan yang lain. Juga para bloggers yang sering singgah dan merayap di layar internet.

Maaf Zahir & Batin
Kullu 3am Wantum Bikhair
Cairo

Advertisements

21 guns [ Tribute To All Blood Friends ]

Posted in LiFE, Life always Began, Music on July 14, 2009 by duwenk


Mood – Song
Band – Greenday
Title – 21 Guns
Lable – 2009 Reprise Records
Movie – Transformers – Revenge Of The Fallen

Chords used:
Dm – xx0231
Bb – x13331
F – 133211
C – x32010
A – x02220
C/E – 032xxx

Intro:
Dm Bb F C
e|-1-|—|-5-|-0-|
B|—|-3-|—|—|
G|—|—|—|—|
D|—|—|—|— x2
A|—|—|—|—|
E|—|—|—|—|

Verse 1:

Dm Bb F C
Do you know what’s worth fighting for
Dm Bb F C
When it’s not worth dying for?
Dm Bb F C
Does it take you breath away
Bb C
And you feel yourself suffocating?
Dm Bb F C
Does the pain weight out the pride?
Dm Bb F C
And you look for a place to hide?
Dm Bb F C
Does someone break your heart inside?
Bb C
You’re in ruins

Chorus 1:

F C/E Dm
One, 21 guns
C Bb
Lay down your arms
F C
Give up the fight
F C/E Dm
One, 21 guns
C
Throw up your
Bb F C
arms into the sky
Bb F C
You and I

Guitar 2: after “give up the fight” and “into the sky”

Verse 2:
Dm Bb F C
When you’re at the end of the road
Dm Bb F C
And you lost all sense of control
Dm Bb F C
And your thoughts have taken their toll
Bb C
When your mind breaks the spirit of your soul
Dm Bb F C
Your faith walks on broken glass
Dm Bb F C
And the hangover doesn’t pass
Dm Bb F C
Nothing’s ever built to last
Bb C
You’re in ruins

Bridge:
Dm Bb F C
Did you try to live on your own
Dm Bb F A
When you burned down the house and home?
Dm Bb F A
Did you stand too close to the fire?
Bb C
Like a liar looking for forgiveness from a stone

Guitar Solo:
F-C/E-Dm-C-Bb-F-C– x2 Bb-F-A–

Guitar 2:
F C/E Dm C Bb F C
e|————|———-|———|———|——–|——–|————|
B|——10—-|-8–10—-|———|———|——–|——–|———-8-|
G|———10-|——-10-|–7-10-7-|-9–10-7-|—-7—|——–|-9—9-10—|
D|—10——-|———-|———|———|–8—8-|-10-7—|————|
A|-8———-|———-|———|———|——–|——8-|————|
E|————|———-|———|———|——–|——–|————|

F C/E Dm C Bb F C
e|————|———-|———|———|——–|——–|———-8-|
B|——10—-|-8–10—-|———|———|——–|——–|————|
G|———10-|——-10-|–7-10-7-|-9–10-7-|—-7—|——–|-9—9-10—|
D|—10——-|———-|———|———|–8—8-|-10-7—|————|
A|-8———-|———-|———|———|——–|——8-|————|
E|————|———-|———|———|——–|——–|————|

Bb F A
e|———|———|————|
B|———|———|————|
G|—7—–|———|-9–9–9–9-|
D|—–8—|-10-7—-|————|
A|——-8-|——8–|————|
E|-6——-|———|————|

Interlude:
Dm Bb F C
e|-1-|—|-5-|-0-|
B|—|-3-|—|—|
G|—|—|—|—|
D|—|—|—|— x2
A|—|—|—|—|
E|—|—|—|—|

Verse 3:
Dm Bb F C
When it’s time to live and let die
Dm Bb F C
And you can’t get another try
Dm Bb F C
Something inside this heart has died
Bb(hold)
You’re in ruins

Chorus 2:
F C/E Dm
One, 21 guns
C Bb
Lay down your arms
F C
Give up the fight
F C/E Dm
One, 21 guns
C
Throw up your
Bb F C
arms into the sky
F C/E Dm
One, 21 guns
C Bb
Lay down your arms
F C
Give up the fight
F C/E Dm
One, 21 guns
C
Throw up your
Bb F C
arms into the sky
Bb F C(hold)
You and I

——————————–

Mood : Touching !!

gig this sunday [Freedom MusicFest 2009]

Posted in LiFE, Politic on July 4, 2009 by duwenk

This gigs for indiependent Lable..

– Dua tiga hari kucing berlari
– Mana nak sama si kumbang bersendiri
– Dua tiga hari kucing bernyanyi
– berdansa bersama digigs ahad nanti

Hahahha… Bodoh.. Gigs je pun..
Ala.. bukan clubin.. minom dan mabok sane sini..
Gig pun ape kurang nya.. joget, dansa, skan sampai tak ingat dunia.. Tgk geng moshers lagi la…
Derang takde la merapu, just layan music. Jiwa derang. Lagila yang gila ‘tunggang’. Music just utk layan kapla derang.. HuHh..
Gig utk budak bawah umor? Hahhh.. Mane ade la..
Club under 18 takleh masok.. sbb tu bdk2 layan gigs..
mcm2 persepsi orang.. Tapi ramai jeh budak2 gigs dulu, bile dah lps ‘umor’, da tak layan gigs.. CLUBIN plak.. kan..

Bodoh!!

Ye la.. dunia kan dah maju..

Bodoh!!

Ape nak kisah….

Bodoh!!

Wateva…. Suke ati korang la.. gigs Ahad ni bukan cam biasa2.. Nak promo lebih2 pun tak tau la.. Entah berapa ramai yang datang pun tak tau..

“Organizer tak takot ke??”
“asal?”
“3, 4hb kan indiefest?”
“HoHh…..”

“Tak sekadar gigs… Ada teater, Indiependent poem, Filem pendek dan beberapa anjuran komuniti bebas.. Selainnya.. list name2 band yang wat performance.. Agaknya.. sume tuh dah jadi hamba duit??”

“Tau2 jeh ko neh.. nak tuduh orang hamba duit”…

“Ala.. dah famous,demand lebih la.. nak pinjam masa n suara derang ingat free ke?? ”

“Kan freedom music fest?”

“Abistuh,, asal lak organizer minta duit??”

“Bisness… ”

“..Hohh…”

“Pre-sale 20+ (cd demo GGK – tu pun klo beli ngan aku)”

“ada harga lain??”

“kat door nanti RM 25 la.. witout cd”

“hoh….”

“Hahh.. nak call aku arrr”…

“ahahha.. Okehh”….

duwenk
Taman Melawati (Umah Bedot –)

Final A.F 7 [Akademi Fantasia 7] Cam ShhaaaaaLLLLLLL !!!!

Posted in LiFE, Politic on May 16, 2009 by duwenk

BODOHHHHHHHH!!!!
25 juta.
Ramai kan??
Tuh belum kira penonton kat rumah.
Shhhhhaaaaaaaaaaaaaalll jehh..

RAKYAT MALAYSIA KENA TIPU DOE….

BODOHHHHH!!!

Quote “Aku tade la tgk AF. Tapi tetiba jeh TERtengok. Respon aku hanya ‘Shhhhhhhhhhhhhhaaall”.

Komen tuh tade la pandai sangat.. Tapi memang shallll.. Samada seluruh rakyat Malaysia kena tipu atau kurang pakar profesional atau keprofesionalan derang dah terhimpit dalam ‘kotak’ sendiri. PERASAN GEMPAK???

Program realiti. Program yang sebenarnya bergantung atas surpot para penonton. Duit, topup, undi, topup, fan dan kadang-kadang dijadikan medan dialog di dewan kuliah, kedai kopi, cafe, di jalanan, terutama jadi bahan mulut para media dan penghibur genre ‘komersil’ tanah air. Tapi, jadinya sekarang??? Media tak cukup pakar untuk merealisasikan program tersebut untuk para penonton.. shaaaaaaaaaaallllll, kena tipuu…

Juri????MERAPU doeee!!! Adlin jehh ok.. nampak konsert FINAL kali ni dia tak mesra.. Ayat2 Bisa dia pun seolah kena GAM. Tak berani lebih2 kritik program… Pemilihan lagu, kleografi, musik dan apatah lagi komentar beliau agak save. Hermmm, Memang takleh blah… Tapi yang pasti, juri-juri lain memang tak kuat untuk duduk dikerusi depan tuh untuk FINAL PROGRAM ini.. Adlin perlu digandingkan dengan pengkritik2 hebat yang lain lagi. Tapi tak salahkan mereka. SALAHKAN AGENDA PROGRAM FINAL A.F 7 ni..

Untuk menunding jari, program Final kali ini 100% di bawah idea dan kelolaan PUTERI GUNUNG LEDANG.. Hinsssssssss…. Spoiiilll jehh… Cikgu-Cikgu yang lebih2 mane???? Semua lemas dalam ‘KOTAK SENDIRI’…
Tak membina dunia hiburan kita langsung.

Tapi walau apa pun statement kat atas ini, semua mereka tetap bahagia. Dapat duit sebagai PENGARAH, CIKGU, PENGKRITIK & PENGACARA. Dan rakyat tertipu dengan tayangan2 membina fanatik untuk menyokong. Itu tak salah dan perlu untuk surpot para finalis. Tapi lain jadinya di hari FINAL.. BODOOOOHHHH!!!

btw goodluck la utk semua.. Yang pasti AF7 dah tipu masyarakat Malaysia.. BODOOHHH!!!.. Tak bina langsung pemikiran dan tahap pengurusan program realiti Malaysia.. Sungguh memalukan..

Sekian
Pemerhati Seni Malaya

Anjing-Anjing Tambatan Amerika

Posted in LiFE, Politic on January 23, 2009 by duwenk

Gencatan senjata – Itulah seruan dan rayuan seluruh warga bumi terhadap politik timur tengah sejak dahulu lagi. Katanya untuk keadilan bersama. Samada dari Pihak Hamas, PLO, atau pun pihak Israel sendiri yang tahu situasi sebenar. Menang mahupun kalah, bahkan rahsia-rahsia di sebalik politik mereka tidak siapa tahu.

Akan tetapi orang ramai melaungkan slogan ini hanya menutup ‘politik lemah’ mereka terhadap penguasaan Amerika di seluruh dunia. Apatah lagi, kita yang kecil impaknya terhadap dunia islam, hanya mampu ‘menyalak bukit yang tinggi’. Sebahagian orang berkata, sekutu Israel/Amerika juga ada berjiranan dengan Malaysia. Harus berjaga-jaga. “Tidak boleh terlampau keras!”.

Perubahan yang berlaku -Barrack Obama- mungkin hanya dapat menutup kesalahan-kesalahan negara Amerika itu bagi pandangan masyarakat dunia. Mana tidaknya, sepanjang tempoh ‘Presiden Perang’ menguasai kezaliman seluruh rantau, banyak dosa-dosa dan pelanggaran hukum antarabangsa berlaku. Justeru, Obama perlu membaik-pulih kembali dan menjadi tugas berat ini.

Ambil sahaja contoh yang telah dilalui oleh negara kita Malaysia, ketikamana pengistiharan Tun Mahathir meletakkan segala jawatan yang melibatkan kerajaan dan digantikan dengan PakLah yang sepanjang penglibatannya, tidak banyak terlibat dalam kes-kes moral atau perangai hodoh dalam kerajaan. Ketika itu rakyat mahu..

Sebagai wakil ‘Tukang Cuci’ di Amerika, Obama bagaikan penyapu bagi para pencaturan sosial, ekonomi dan politik di Amerika. Tapi, berjuta-juta harapan dan doa rakyat jelata seluruh dunia hanya menanti Anjing Amerika itu akan menggonggong harapan itu kembali. Mana tidaknya, percaturan gerombolan kongres-kongres Amerika yang bertapak sejak dahulu lagi masih senyum dan ketawa menjadikan sesiapa sahaja yang duduk di ‘Kerusi Rumah Putih’ adalah boneka mereka.

Melangkah hari demi hari sambil melihat berita-berita kosong di media, keangkuhan Israel makin mendada. Rumah-rumah yang dulunya sedikit membangun di Palestin kini bagaikan padang jarak padang terkukur.

Berjuta-juta pelarian yang kembali melihat tanah kediaman mereka kini hanya dapat kosong. Hampa, sedih, geram, kecewa, benci, dosa, kejam, sial, dendam; makin bernanah dan menjadi penyakit yang tiada ubatnya. Anak-anak yang masih hidup bertelanjang bulat mencari tangan-tangan yang boleh membantunya untuk mencari ibu-bapanya yang hilang.

Sudut bangunan yang berupa tandas itu pula, si comot hanya diam. Melihat orang-orang sepertinya tiada lagi senyuman. Dia tahu. Tiada siapa peduli. Kerana masing-masing sedang mengais segala aset-aset rumah yang sudah jadi habu untuk dibasuh-guna kembali.

Mungkin dalam fikiran kecilnya, tidak tahu ada dunia yang aman. Dia juga tidak tahu bahawa dunia ini amatlah luas dan besar. Dia lagi tidak tahu bahawasanya negara-negara umat Islam yang lain sudahpun jadi ‘anjing-anjing tambatan’ musuhnya.

duwenk
bangi

RISE FOR PALESTINE

Posted in LiFE, Politic on January 15, 2009 by duwenk

                                                       RISE FOR PALESTINE

Selfish kan? Lidi seberkas tidak mudah sewenang-wenangnya dipatahkan. Nenek pernah berfalsafah macam tu.

Tapi Nek, Lidi kalau dipotong dengan kapak tetap ada yang patah. Lebih-lebih lagi mesin moden kini lebih canggih untuk mencantas siapa-siapa pun.

Paling kurang, falsafah ini besar impaknya. Seperti kata orang melayu, ‘berkawan biar beribu, musuh jangn dicari’.

Tetapi, kedegilan diri, angkuh, riak dan sentiasa berbangga dengan diri sendiri masih berlumut-lumut dalam hati masing-masing. Mungkin sebab geografi atau kisah-kisah lama yang tidak dapat dihapuskan. Justeru jadi dendam antara manusia.

Secara logik, “jika adik, abang, ibu, ayah atau kakak anda yang mati. Dibunuh dengan kejam, di hadapan mata anda dalam sedar. Bukan lagi khayalan mimpi atau para sedar, masihkah diplomasi diuruskan?”

Bincang, mesyuarat, melontarkan idea, tapi masih tidak diindahkan oleh undang-undang. Hukum sudahpun tidak telus bukan? Hukum hanya untuk kepentingan pembunuh. Habis, bagaimana dan apalagi?

Mungkin majikan lebih besar kuasanya. “Aku ada tanah, ada idea, ada harta, ada berbagai-bagai, tapi majikan yang pandai, punya kuasa, punya kemampuan untuk mengimbuhkan segala kepunyaanku. Bodoh kan aku???”

Sementara segalanya masih lagi aku kecapi, baik aku berdiam diri. Tidak mahu nanti segala tanah aku dijajah mereka. Jadi hak mereka dan aku jadi hamba selamanya.

Nek, sekarang nih bukankah kita sudah lama jadi hamba kuasa-kuasa besar?

Kolonisme yang berlaku sekian lama sudah sebati nak. Semua tak sedar dengan penghambaan kita. Seluruh dunia. Negara Islam?? Hanya nama, tapi paradok teknologi, Perindustrian, Ekonomi dan Sosial sememangnya dalam sistem kolonisme Barat. Nanti anak akan paham.

Habis siapa yang akan bela mereka?

Tiada siapa nak. Mereka sendiri akan mempertahankan negara mereka. Mereka tak sesenang kamu. Tiada pelajaran, tempat berteduh, makan minum, ibu bapa yang mati dan kecelaruan tanah mereka. Kamu kena banyak berdoa. Kan senjata orang mukmin itu DOA.

CELAKE kan nek! Mane orang-orang yang akan bantu dia??

Aha.

duwenk, Bangi [Rise For Palestine]

—————————————————–

Ekonomi Barat boleh digugat

Oleh ABDUL RAHIM ANUAR

Konflik Israel-Palestin dan keganasan Israel tanpa peri kemanusiaan ke atas penduduk Islam Palestin di Gaza sebenarnya mencerminkan kelemahan pemimpin-pemimpin negara Islam itu sendiri.

Demonstrasi, boikot dan bantahan sama ada diplomasi atau keras tanpa tindakan balas yang setara ke atas keganasan Israel tidak membawa sebarang pengertian.

Tidak hairanlah Israel masih mengganas walaupun resolusi gencatan senjata telah diluluskan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Seperti biasa, Amerika Syarikat (AS) mengambil sikap berkecuali dalam resolusi PBB itu.

Konflik Israel-Palestin dan serangan rejim Zionis ke atas Gaza mencerminkan kelemahan kesatuan geopolitik dalam kalangan pemimpin negara Islam.

Kelemahan negara Islam dari segi ekonomi, politik dan tentera, terutamanya selepas Perang Dunia Kedua, memberi ruang kepada negara Barat, terutamanya AS dan Kesatuan Eropah (EU) untuk menentukan hala tuju ekonomi dan politik dunia.

Merekalah arkitek kepada penubuhan PBB, Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa (WTO).

Menerusi institusi antarabangsa itu, AS dan EU melaungkan peri pentingnya demokrasi dan meluaskan pengaruh mereka menerusi bantuan keselamatan dan kewangan kepada negara sedang membangun, termasuk negara Islam.

Liga Arab (22 negara ahli) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC, 57 negara ahli) tidak dapat mempengaruhi, apa lagi menguasai konflik Israel-Palestin, sebaliknya bergantung kepada PBB untuk menyelesaikan konflik itu.

Adakala melobi negara Rusia untuk mencari jalan penyelesaian kepada konflik itu, namun Rusia kini bukan lagi kuasa ekonomi dan politik yang besar.

Bagaimanapun, sebarang resolusi mengenai konflik Israel-Palestin yang ditentukan oleh PBB akan memihak kepada Israel dan disertai dengan sokongan padu daripada AS.

Pada satu pendekatan ekstrem, AS berperanan sebagai polis dunia dan pendamai antarabangsa dalam sebarang konflik dunia jika ia menggugat kepentingannya.

Malah ada negara Islam yang menjemput AS dan EU menyelesai masalah dalaman negara mereka. Satu ironi yang besar.

Krisis kewangan yang melibatkan berbilion dolar di AS dan euro di EU menunjukkan bahawa ekonomi negara Barat itu bukan tidak boleh digugat.

Negara Islam perlu memanfaatkan kelemahan ekonomi negara Barat pada masa ini dengan mewujudkan wilayah perdagangan bebas (FTA) sejagat dalam kalangan negara Islam, khususnya OIC-FTA.

Misinya adalah untuk menguasai hala tuju ekonomi politik dunia yang selama ini ditentukan oleh AS dan EU. Blok OIC-FTA perlu mengambil gagasan baru yang lebih agresif dengan menjadi saingan kepada AS dan EU.

Kekuatan

Ini boleh dilakukan dan telah dilakukan oleh negara Islam yang merupakan pelaku utama dalam geopolitik dunia dan menjadi pusat rujukan antarabangsa sebelum kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyah.

Kekuatan negara Islam terletak pada kesatuan geopolitiknya. Untuk mencapai matlamat itu, ekonomi negara-negara Islam perlu diperkukuhkan terlebih dahulu.

Pergantungan kepada blok Barat dari segi bantuan keselamatan dan kewangan memberi implikasi yang tidak sihat.

Akibatnya, negara Islam tidak bebas daripada pengaruh dasar luar terutamanya dari AS dan EU. Situasi ini juga berpunca daripada kelemahan ekonomi negara ahli OIC dan pemimpin negara Islam dalam pengurusan ekonomi dan kekayaan negara masing-masing.

Walaupun negara-negara Islam menguasai pengeluaran minyak mentah dunia dan AS pula pengguna minyak terbesar dunia, negara Islam masih tidak dapat mempengaruhi dan menguasai AS. Ini merupakan isu besar.

Daripada 13 negara Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC), 10 adalah negara Islam dengan Arab Saudi, Iran, Iraq dan Kuwait mempunyai rezab minyak mentah yang terbesar di dunia.

Minyak dikeluarkan sebegitu banyak oleh negara Islam OPEC tetapi malangnya tidak membawa apa-apa formula demi survival negara-negara Islam di dunia, khususnya untuk menyelesaikan konflik Israel-Palestin dan Barat-Islam.

Oleh itu, anugerah minyak yang diberi oleh Allah tidak digunakan oleh pemimpin Islam untuk menjaga agama Islam dan masyarakatnya.

Ini kerana pemimpin negara Islam tidak bergerak secara kolektif sebagaimana blok AS dan EU sering bekerjasama menerusi badan dunia yang disahkan oleh masyarakat antarabangsa dan juga negara Islam seperti PBB, IMF, Bank Dunia dan WTO untuk menjaga kepentingan mereka dan masyarakatnya.

Sumbangan OIC kepada output dunia adalah kecil. Berdasarkan data 2006, OIC menyumbang hanya lapan peratus dalam output dunia, berbanding EU sebanyak 30 peratus, dan AS menyumbang 23 peratus.

Ini bererti daripada satu ringgit, 30 sen ekonomi dunia dijana oleh blok EU dan 23 sen dihasilkan oleh AS. Sementara negara OIC yang terdiri daripada 57 negara ahli menjana lapan sen sahaja. Inilah gambaran jurang kekuatan ekonomi antara Barat dan Islam.

Penyumbang terbesar dalam output dunia, ialah AS, Jepun, China, Jerman, Perancis, United Kingdom, Itali, Rusia, Sepanyol dan Brazil.

Ini bererti, tidak ada negara Islam individu yang menduduki tangga 10 teratas dari segi sumbangan kepada output dunia.

Daripada 180 negara di dunia, kedudukan yang tertinggi tercapai oleh negara Islam ialah Turki, di tangga ke-17.

Sumbangan Turki dalam output dunia hanya satu peratus diikuti dengan Arab Saudi (ke-19), Indonesia (ke-26) dan Iran (ke-26).

Seperti Turki, kegiatan ekonomi Iran ialah di EU dan Asia. Malaysia pula di tangga ke-41 dalam kedudukan dunia tetapi di tangga ke-7 dalam kedudukan OIC.

Apa yang menarik ialah Iran, ia masih mampu membangunkan ekonominya walaupun dengan sekatan dan halangan perdagangan daripada AS dan salah satu daripada negara Islam yang tidak boleh dipengaruhi oleh AS. Kecuali, Turki dan Iran, kebanyakan negara Islam bergantung kepada AS dalam perdagangan dan pelaburan antarabangsa.

Blok OIC-FTA

Ekonomi negara Islam dapat dikukuhkan dengan penubuhan OIC-FTA yang sistematik dan bergerak secara kolektif dan agresif dan menyelesai segera konflik Sunni-Syiah. Kerjasama ekonomi yang teratur sesama negara Islam sudah pun dilaksanakan menerusi penubuhan D-8 pada tahun 1996.

Blok dagangan itu bagaimanapun berskala kecil kerana hanya melibatkan lapan negara ahli OIC terpilih iaitu Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Malaysia, Nigeria, Pakistan dan Turki.

Blok D-8 dan Perjanjian Perdagangan Keutamaan (PTA) yang berkuat kuasa 1 Januari 2009 sesama negara ahli OIC akan menyediakan laluan pembangunan kepada kejayaan penubuhan blok OIC-FTA yang lebih luas lagi.

Bilangan penduduk Islam di dunia yang hampir 1.8 bilion orang (2006) sudah menyediakan pasaran kepada negara Islam. Penduduk Islam menyumbang kira-kira 28 peratus kepada jumlah penduduk dunia seramai 6.3 bilion orang (2006).

Dikehendaki

Sebenarnya, negara Islam mempunyai kekuatan ekonomi jika ia bergerak secara kolektif dan itulah yang dikehendaki oleh Islam. Krisis kewangan di Barat menunjukkan ekonomi AS dan EU adalah rapuh.

Sistem ekonominya bergerak dalam jaringan hutang dan wang ciptaan dan bukannya bersandarkan emas.

Negara Islam perlu memanfaat kelemahan itu. Kedudukan rezab kewangan AS dan beberapa negara EU sebenarnya boleh disaingi oleh negara Islam.

Rezab tukaran asing dan emas adalah antara beberapa petunjuk kekuatan ekonomi kewangan sesebuah negara.

Daripada 25 negara teratas dalam ranking dunia, China mempunyai rezab tukaran asing dan emas yang tertinggi, iaitu AS$1.5 trilion dan diikuti Jepun (AS$954 bilion) dan Rusia (AS$476 bilion).

AS yang merasakan ia mempunyai kekuatan ekonomi dalam bentuk sumbangannya kepada output dunia, berada di tangga ke-21 (AS$71 bilion) berbanding negara Islam seperti Algeria (ke-12 dengan AS$111 bilion), Malaysia (ke-13 dengan AS$101 bilion) dan Libya (ke-17 dengan AS$80 bilion).

Jika rezab tukaran asing dan emas digabungkan di bawah blok OIC-FTA, negara Islam secara kesatuan mempunyai kekuatan kewangan.

Ia memberi asas kepada OIC-FTA untuk membentuk sistem monetari yang berasaskan emas (atau dinar) bagi tujuan perdagangan dan pelaburan sesama 57 negara ahli.

Ini mengelak mereka daripada terikat dengan sistem IMF, WTO dan Bank Dunia ciptaan Barat. Malah kewujudan negara Israel adalah ciptaan Britain dengan sokongan AS untuk menguasai negara Islam di Timur Tengah.

Sistem monetari dinar yang diuar-uarkan oleh kerajaan Malaysia adalah langkah permulaan dan praktikal bagi OIC-FTA, di samping PTA, untuk mengurangkan pergantungan negara Islam kepada blok Barat secara berperingkat.

Selain itu memberi isyarat kepada AS dan EU bahawa negara Islam adalah serius untuk mewujudkan blok OIC-FTA yang mempunyai keabsahan (legitimacy) bagi menentukan hala tuju ekonomi politik dunia.

Dalam pada itu, ia memberi keabsahan kepada Liga Arab yang akan menjadi sayap politik OIC-FTA untuk melobi, mempengaruhi dan menguasai PBB untuk menyelesaikan konflik Israel-Palestin.

Meningkatkan kekuatan ekonomi, politik dan tentera sesama negara Islam adalah satu amanah bagi menjaga masyarakat Islam antarabangsa.

Kerjasama perniagaan, perdagangan dan pelaburan antara negara Islam menerusi blok OIC-FTA memperkasakan ekonomi ummah Islam.

Kini keabsahan negara Islam dan survival masyarakat pada masa ini bergantung kepada Mekah dengan Masjid al-Haram, Madinah dengan Masjid Nabawi, dan Baitulmaqdis dengan Masjid Al-Aqsa.

Masyarakat Islam antarabangsa yang berketurunan bukan Arab akan selalu mengaitkan diri mereka dengan ketiga-tiga masjid yang utama dalam Islam. Di masjid-masjid ini adalah lambang tauhid dan persaudaraan manusia sejagat.

Utusan.com.my – 15 Januari 2009 / 18 Muharam 1430

Terbang Ke Syurga

Posted in LiFE, Politic on January 5, 2009 by duwenk

-“Sabar Aishah! Kenapa kau ni? Tak payah menangis. Aku tak sedih pun. Ada orang yang teman aku. Kuda putih sana tuh sedang menanti aku. Kau tgk cahaya di atas sana. Cantik bukan? Aku mahu terbang puas-puas.”

-“Dik. Kenapa kau sedih? Aku gembira ni. Semua kecelaruan sebelum ni sudahpun terjawab. Aku bebas. Merpati di atas kubah sana pun seolah melambai-lambai supaya aku turut serta terbang di angkasa…”

-“Waaaaah, mesranya alam.”

-“Nanti aku pulang. Hari ini kau perlu siapkan makan malam. Gandum ada di gerobok buruk itu. Dan kalau kau nak tahu rahsia masakan aku, kau semburkan sahaja Habatul’Sauda’ di permukaan roti nanti. Ibu suka.”

-Ayah janji tadi, nanti malam dia akan bawakan ayam bakar. Malam ini kita makan besar. Berkat adik yang merungut nak menjamah sangat ayam panggang. kempunan agaknya. Dan kau, kena rahsia tau, aku balik lambat!.”

-“Ammu Hisyam, Nabil, Fatimah, dan Akhi Sadri pun akan pergi malam ini. Semua ada menemani aku. Kau lihat sahaja lah, baju aku semuanya cantik. Putih.”

-“Tengok neh. Canik bukan!! Tak pernah seumur hidupku sebegini. Wah, Tuhan. Aku begitu gembira Ya Allah.”

Di luar sana: Habuk dan pasir penuh di ruang angkasa. Riuh-rendah suara-suara manusia meraung-raung memprotes, berontak, dan memaki hamun nama-nama musuh. Si anak kecil yang dari 9 hari lepas lagi, tidak penat menangis. Selang beberapa minit, dentuman bom bersilih ganti dengan pekikan peluru yang hanya di cuping telinga. Jet pejuang musuh juga hanya seinci sahaja di kepala sedang membedil manusia.

3 jam sudah Aishah membatu di sudut bangunan itu. Dia hanya diam, melutut di pangkuan Farhah, kakaknya. Esakan tangisnya sudah kering. Bibir makin merekah kesejukan. Fikirannya kusut dengan suasana yang makin menggila.

Dalam terketar-ketar dia bersuara, “Kak, kenapa kau kak, tidak aku?”

duwenk, Bangi
[To all Malaysian do Not forgEting Palestinans]