Tanpa Tajuk: Part 4

Posted in Tanpa Tajuk on February 3, 2010 by duwenk

Credit to crimsonmary
Di sebuah cafe, kelibat pelanggan sederhana sahaja. Seorang pakcik tua dengan laptop kecilnya duduk penuh tekun. Ada beberapa buah buku yang judul-judulnya amat asing. Di sisi buku ada tertulis nama penulis; Roland Bartes, Ferdinand De Saussure, ada novel juga; The Names of Rose, Emberto Echo. Urat-urat di dahi pakcik tua itu amat kelihatan. Sesekali, buku di meja diselak lagi. Helai demi helai dia memerhati.

Meja hujuang sana, sepasang suami isteri sedang bersarapan. Si suami hanya sibuk membaca berita-berita yang wajib di papan akhbar. Dan si isteri masih memegang pen dan buku di meja. Mungkin menyelai satu persatu ‘to do list’ yang perlu dilaksanakan nanti. Jam di dinding menunjukkan pukul 9.40 pagi.

Televisyen yang tergantung di sudut cafe masih berbunyi. Mengulang beberapa kali adegan-adegan berita dari seluruh pelusuk dunia sejak pagi tadi. Kisah Afghanistan, Palestin, Iran dan dari dalam dan luar dunia Islam. Berita tentang taufan di wilayah Kentucky Amerika, soal minyak di Amerika Latin yang tak pernah selesai. Sukan yang baru semalam pasukan besar telah dikalahkan. Dan cuaca-cuaca yang sedang berubah pada setiap hari.

Di luar cafe, jalan tidak begitu sesak. Hanya sesekali ada kereta-kereta yang lalu lalang. Ramai yang berjalan kaki sahaja. Dari Universiti tidak jauh di hujung kiri jalan sana, mungkin sedikit sesak di jalan hadapan sana. Lebih kurang 500 km dari cafe ini. Kedai-kedai di sisi jalan baru sahaja di buka. Memulakan hidup baru lagi.

Suara komuter kadang-kadang kedengaran sampai ke cafe. Kalau waktu begini pasti sesak, orang yang berduyun-duyun mahu ke ofis, kerja, kedai, atau pelajar-pelajar mahu ke kuliah. Amat lemas. Dan dia amat tidak suka pada waktu sebegini. Pilihan untuk keluar lebih awal adalah rutinnya. Tidak semak dan tidak perlu bergegas dengan manusia yang ramai-ramai.

Meja bernombor 5 baru sahaja diduduki pelanggan. Umur pelanggan itu dalam lingkungan 20-an. Mungkin seorang mahasiswa di Universiti berdekatan. Raut wajah amat sempurna. Berkaca mata rapi, ada watak-watak berpendidikan. Menilik handphone di tangan dan terliar-liar memerhati manusia di jalanan. Temujanji mungkin. Bersilih ganti melihat jam di tangan. Ada sedikit resah dan tenang lagi.

“Selamat pagi.. Order?” Dengan suara lembut, Seroja menyantun bahasa menyambut pelanggan. Mereka bertentang mata dan senyum.

“Pagi.. ermm…. minta kopi panas satu”.

Tanpa melihat menu, pemuda itu meminta pesan. Sambungnya lagi.

“errmmm, telor separuh masak satu set and roti bakar ok”.

Seroja membalas senyum.

“Itu saja?”

Seroja menyambut mesra lagi. Memek mukanya kelihatan seperti keanak-anakkan. Seperti ada lagi yang belum dipesan oleh pemuda itu.

“Aha, nanti kejap lagi lah”. Pemuda itu memohon sopan.

Sambil di depan pelanggan itu, mata seroja juga terliar-liar lihat di luar jalan. Seroja bersuara lagi.

“Seorang je? Iman mana?”.

Pemuda itu adalah pelanggan tetap cafe tersebut. Kebiasaan pemuda itu akan datang dengan kekasihnya, Iman. Setiap pagi, kalau ada waktu kosong, ataupun sementara penunggu kuliah lainnya, mereka berdua sering singgah. Berbual kosong, membuka buku, bercakap tentang cinta, waktu cuti dan segala topik lagi.

Pelajar dari fakulti Media. Amat gemar berlakon di cafe, membuat suara, lagu dan bernyanyi, cerita-cerita yang baru ditonton. Dan kekadang ada gosip-gosip luar untuk mengusik buah hatinya. Iman pula, wanita yang sering berdua bersama pemuda itu, berpewatakkan manja, suara yang lembut, mata yang sedikit kuyu, ada rupa seperti pelakon cerita Titanic, Kate Winslate. Cuma saiz badan adalah keturunan melayu. Berambut ikal mayang dan kulitnya amat putih gebu.

Selalunya, kalau waktu malam, mereka akan ramai lagi. Bersorak gemuruh. Ketawa mesra dan berbual panjang mengenai topik-topik harian. Mereka tidak sombong dan amat mesra.

“Seroja! Minta tambah kopi”.

Pakcik tua yang sedang khusyuk mentelaah laptop itu tiba-tiba bersuara. Memesan kopi lagi. Kali ini sudah 3cawan ditambah. Banyak kerja yang perlu diselesaikan agaknya.

Seroja senyum dan memberi isyarat ‘ok’. Rupanya semua pengunjung di cafe tersebut mengenali dirinya. Dan pengunjung cafe itu seringnya adalah pelanggan tetap.

Seroja datang dengan satu jag kopi panas.

“Nih Dok, dah banyak minum ni. Apa jeh tuh Dok? Dari tadi khusyuk je?”.

Sempat Seroja menegur mesra pak cik tua itu. Pakcik itu adalah seorang Profesor di salah sebuah Universiti tempatan. Setiap pagi, kalau ada waktu lapang atau mahu saja cari tempat selesa, pasti cafe ini tempat dia mengisi masa. Kelengkapan pun ada. Banyak buku tersusun rapi di sudut pintu kanan masuk. Pelbagai judul dan subjek pengajian yang ada. Bidang sastera, bidang sains, bidang agama dan kejuruteraan. Bidang sains media, perfileman dan beberapa lagi subjek yang sederhana hanya muat di cafe tersebut. Berbahasa Inggeris, Arab dan France. Librarari cafe. Hanya mini sahaja.

“Ni ha, malam nanti ada diskusi dengan pelajar-pelajar sastera. Lagipun perkara ini tak banyak dibincangkan. Di kuliah-kuliah kat Malaysia ini tak banyak subjek ni dibuka. Banyak konflik keilmuan. Banyak prejudis pemikiran. Terkadang pun sampai melibatkan hukum asal usul kejadian”.

Seroja mengerutkan dahinya. Pangkal cerita sering saja dia tak faham. Setiap kali Prof. Abu memberi penerangan, setiap kali itu juga kerutan di dahinya kelihatan. Matanya juga akan jadi kecil. Tapi, dia sendiri tidak paham kenapa saja dia bertanya kepada profesor itu.

“Huh, rumit lah saya”. Sambil ketawa manja Seroja meminta diri dan pergi tanpa faham isi kata profesor tersebut.

Seroja tahu, dia perlu dalam dunia sebegitu. Dia masih menangguh banyak perjuangan hidupnya. Hidupnya tidak akan sempurna jika hanya separuh jalan saja. Sejak kompeni ayahnya jatuh muflis, seroja terpaksa hidup berdikari. Memperjuangkan hak hidupnya sendiri. Mencari sumber yang boleh menanggung masa depannya nanti. Seroja mahu ke kuliah lagi. Seroja mahukan Gibran lagi. Seroja harus membongkar segala susahnya ini demi menyara kuliahnya nanti.

Sudah setengah tahun Seroja bekerja di cafe tersebut. Pertama seroja pulang ke tanah air, temannya Fetty memperkenalkan cafe tersebut. Setelah beberapa kali mengunjung, Seroja minat untuk memberi khidmat di cafe tersebut. Di samping tidak dapat teruskan kuliah, paling kurang dia mampu mengaut untung dari buku-buku di cafe itu pada tika lapang. Malah, cita-citanya tidak hanya terkubur dan sia-sia di separuh jalan. Dia perlu mengira untung dari setiap sudut. Perjuangan mahasiswanya perlu berlaku. Perjuangan mahasiswanya masih lagi berlaku. Perjuang tidak semestinya hanya di bangunan-bangunan kuliah, faktor utama adalah buku. Buku yang menjadi saluran ilmu kepada semua manusia.

“Seroja, tolong saya boleh?”. Kelihatan tuan cafe tersebut telah sampai. Beberapa bungkus plastik di tangan penuh. Dia meminta pertolongan dari Seroja. Tanpa tangguh, seroja menerpa di pintu masuk dan terus mencapai plastik-plastik di tangan.

“Gib.. bagaimana kau di sana? masih sihatkah kau? bagaimana ubat kau? batuk kau?hidup kau?” sambil membimbit plastik tersebut, seroja dibelah fikiran. Episod hidup lepasnya bercerita lagi. Setiap hari, setiap detik yang iri, setiap tika hadirnya pengaruh hati.

“Gib.. aku akan ke sana lagi. Aku rindu kau hari demi hari”.

Advertisements

Tanpa Tajuk: part 3

Posted in Tanpa Tajuk on January 23, 2010 by duwenk

https://i1.wp.com/fc02.deviantart.net/fs36/i/2008/279/1/c/Voices_by_niiFantasy.jpg

“Kau kena buang segala resah. Alam tidak selalu cerah. Ada terang juga tidak semestinya akan memberi indah kepada manusia. Ramai juga yang hidup dalam gelap. Pantas saja jadi zombi di siang hari. Sebenarnya orang yang berjalan dalam terang mahupun gelap, jika  hati telah mati; hidup seperti tanpa realiti. Kau tidak boleh. Kau perlu peka dengan situasi. Akal mesti segar. Celik dengan dunia ini. Masa berjalan, dan keretapi akan sentiasa pergi jika kau lambat di belakang”.

Dia senyum. Nasihat sebegini sudah jadi darah dagingnya. Untuk rasa bosan, dia sendiri tawar hati untuk bosan. Jika ada kenalannya datang melawat, pasti ada nasihat. Kadang-kadang dia tak pasti. Apa perlu dia terima segala kata-kata semua ini sebagai tiang keriangan hidupnya atau sebenarnya mereka tidak alami tahap sepertinya. Dia tak tahu. Tetapi, mungkin ramai orang di luar sana sememangnya tidak tahu. WAJAR. Tak perlu tahu.

Pastinya, usaha gigih kenalannya amat memerlukan kasihan belas. Dia tak mampu menghalang. Dia perlukan sedemikian. Akan tetapi, untuk menerima dan memanipulasi dia tidak mampu. Mungkin senyum dan memalingkan muka tanpa setia sahaja sebagai balasan terhadap teman-temannya. Dia bukan bermaksud untuk kurang sopan. Tetapi, dia sendiri tidak mempunyai bahasa paling ‘pasti’ untuk memberitahu pokok pangkal hidupnya. Mungkin.., hanya rasa. Ya, rasa akan jadi bahasa untuk mereka.

Keadaan suram lagi. Dia melihat temannya sedikit kecewa. Heikal namanya. Heikal diam setelah kata-katanya tidak dapat mencuri perhatiannya. Heikal ini optimistik. Sangat tekun. Setia malah sanggup berlembut bahasa tanpa rasa lelah menjenguknya. Di kalangan pelajar-pelajar lain, Heikal sangat dihormati. Ramai kenalan. Sangat pandai berkawan. Suka tolong tidak kira susah mahupun perkara senang. Bentuk wajahnya bujur, mata sedikit bulat, hidung keturunan melayu asli serta kulit sawo matangnya agak cocok sekali dengan rupa. Tidak kurang tinggi dan tidak juga rendah. Sederhana, juga seperti wataknya.

“Sori, Heikal”. Bisik hatinya sambil memerhati Heikal membelek buku di meja. Dia tahu, hanya mata Heikal di buku, tetapi fikirannya sarat dengan harapan supaya kata-katanya memberi guna kepada kawannya.

Dia biarkan Heikal dengan harapannya. Jauh di sudut hatinya, dia masih ingat, ketika dia resah, ada orang yang selalu menjaganya. Tika dia dalam masalah, ada yang selalu meruntunnya. Jika dia dalam lemas, ada yang menyelamatnya. Dia masih ingat maksud bahasa yang digunakan oleh orang yang selalu memeluk hatinya; jangan sesekali bawa diri mu dalam hujan. Jika hujan datang, payunglah dirimu supaya tidak sakit. Akan tetapi, kau mesti tahu, hujan sentiasa datang dan sentiasa perlu bersiap sedia sebelum ditimpanya.

Hujan sentiasa ada, semua manusia. Bukan aku sahaja, kamu juga. Jika sekarang adalah waktu cerah, nikmatilah riangnya matahari ini. Dan jangan sesekali kau basahi dengan hujan jika matahari sedang setia mencerahi hidupmu. Dan kau perlu tahu, sketsa hujanmu itu adalah ketakutan yang tak pasti. Kau lakarkannya. Kau serunya. Kau ciptanya. Kau kena kuat. Kau tidak boleh terbawa-bawa cerita rekaanmu itu dengan dunia mu sendiri. Hujan pasti ada.

Jika kau berjalan dalam hujan pada waktu siang, kau akan beban. Kau hanya berjalan dalam kesejukkan. Malah angin mampu memberimu lebih sakit. Lebih derita dari apa yang sebenarnya akan terjadi. Paranoid mu akan merosakkan perjalanan hidupmu. Kau mesti berusaha.

“Huh”, dia mengeluh sendiri. Dia bingkas bangun dari kaki katil kamarnya. Dia melihat Heikal masih di meja bukunya.
“Heikal.. nescafe ok?”, sambil tangannya mencapai sebatang rokok. Zippo bewarna silver dinyalakan. Asap keluar dari mulutnya. Bibir tidak kelihatan. Asap mula memenuhi kamarnya. Suasana sunyi tidak lagi diam.

Heikal menolak lembut. Katanya ada janji dengan ‘classmate’ untuk persiapan peperiksaan nanti. Heikal mempelawanya untuk turut sama. Akan tetapi dia menarik diri sopan atas pelbagai alasan hariannya. Heikal paham. Dia meminta diri lalu pulang.

Di hujung matanya melihat Heikal keluar dari bangunan. Cuaca hari ini agak sederhana. Tiada duka. Tiada yang sedih. Malah matahari segar memberi hidup kepada penghuni alam. Walaupun kehijauan amat jarang kelihatan di kawasan tinggalnya akan tetapi rasa dari suasana di luar sana agak memberi inspirasi kepadanya. Suara kanak-kanak bermain bola tidak pernah lekang. Tetangga yang selalu sahaja bising-bising tidak pula rasa dirinya terganggu. Akan tetapi suara Seroja lagi sekali membunuh fikirannya.

“Kau harus hidup dengan bayanganmu sendiri. Bukan dengan bayanganku. Kau kena kuat. Kau harus berjalan tanpa hiraukan sekeliling. Manusia akan berkata. Manusia selalu berdusta. Manusia selalu mengambil hak kita. Itu sifat mereka bukan. Itu mentaliti mereka bukan. Kau tak mampu menutup mulut-mulut mereka. Sekalipun kau mampu, sifat yang selalu sibukkan diri, menghukum yang lain, memberi susah, tidak akan henti.”

“Seperti fikiran mu juga. Kau terlalu memikirkan hidupku. Kau terlalu percayakan gagasanmu. Kau terlalu harapkan aku untuk selalu bersamamu. Aku tahu, kau sangat perlukan aku. Aku tahu, cintamu tidak mampu kau ungkapkan lagi. Aku tahu, desak jantungmu selalu membuat hatiku juga terasa beban. Aku juga perlukan kau. Aku juga harapkan segalanya nanti adalah antara kita. Kita yang tentukannya bukan. Aku bukan yang dulu”.

“Sebab itu aku tidak mahu kau ciptakan hujan itu. Hujan beban bukan? Bukankah sepatutnya hujan memberi maksud rahmat? Kenapa kau tidak praktiknya sebagai rahmat? Jika rahmat, Tuhan selalu bersama kita. Jika rahmat, kau tidak perlu redup sebegini”.

“Hujan kau lakarkan akan membunuhmu nanti, aku rugi. Hujan yang kau basahi di siang hari akan memberimu sakit nanti, aku tak sampai hati. Kau perlu kuat. Kau mesti kuat sepertimana kau kuat untuk merebut hatiku. Kau jangan kalah dengan diri kau sendiri. Episod lama adalah iktibar bagi aku, dan kau adalah hidupku sekarang. Sekalipun kau rasa susah, cepat-cepat bagi tahu. Aku akan sentiasa ada”.

“Sayang, kakimu melangkah tika berjalan. Lihat saja bayangmu di jalan. Di hadapan memberimu hidup. Lihat bayang dan kaki langkah mu. Tegas dengan langkah-langkah mu. Biar kuat. Biar apa pun datang dari hadapan menghalangmu, atau membebani mu. Kau kuat. Kau mampu redahnya. Kerana kau yang ku kenali adalah optimis, cekal malah kau begitu berani lakukan apa saja untuk dirimu”.

“ahhh…” Dia mengeluh lesu. Fikirannya ditawan lagi. Suara-suara Seroja tak pernah sepi dalam ingatannya. Dia tahu, hidup seroja selalu dalam igauannya. Dia tidak mahu semua ini, akan tetapi hidupnya akan mati jika suara-suara Seroja hilang. Dia tidak mahu juga semua ini terjadi.

Dia melihat telepon bimbitnya. Sudah lama dia tidak menerima berita dari kampung halamannya. Suara azan kedengaran. Burung-burung juga bising di lautan langit. Ada bunyi anak-anak kecil bermain tidak berhenti lagi. Sayup-sayup suara si penjual kacang di cuping telinganya. Malam akan tiba lagi. Hati akan sepi lagi.

Tanpa Tajuk: Part 2

Posted in Tanpa Tajuk on January 22, 2010 by duwenk

Credit to jteh on deviantart

Hari ini sekali lagi matahari hiba. Cuaca turut menanggung pedih. Awan yang berarak seolah sedang memuja sang hujan turun alias seperti kaum majusi memuja api untuk hidup. Itu ritual mereka. Mungkin juga awan hanya bertiup kerana monsun berubah. Itu hukum alam semesta. Kagum.

Walaupun gelap belum tiba, tidak ramai orang yang lalu lalang di luar sana. Cuma beberapa anak kecil yang hanya hidup dalam keseronokan sedang berhempas pulas merebut bola di jalanan. Tragik. Hanya sebiji bola ramai yang obses terhadapnya. Pantas saja di seluruh dunia orang akan kenal apa itu istilah ‘goal’. Itu ragamnya.

Cawan berisi nescafe di tangan kanannya masih panas. Setiap hari, tidak kira pagi, siang dan malam, nescafe adalah teman idelisnya. Selain ucapan pagi untuk hidup, tiada perkara lain yang dapat mengubat hariannya. Necafe, buku, tesis, serta nota-nota yang bersepah di meja belajarnya. Dapur jarang sekali berasap. Sesekali tika lapar, ‘delivery boy’ pasti akan singgah memberi makan. Ya, sangat ‘pathetic’. Tiada rakan rumah. Tiada ‘teamwork’ untuk memasak. Tiada tanggungjawab lain untuk uruskan hidupnya.

Tapi, dia bebas. Rasa sangat selesa. Tiada janggal. Hidupnya adalah mistik. Itu kata sebahagian teman. Anti-sosial, cerewet, tak pandai bergaul, sentimental, ada ketika emosional. Bersendirian. Sombong dan cukup tidak suka senyum kepada tetangga. Malah, ada yang ‘label’kan dia sebagai manusia gila dalam kota yang sememangnya di huni oleh masyarakat yang gila. Itu hukum manusia terhadapnya.

Selain itu, di mana ada kebaikkan, di situ ada juga kejahatan. Itu lumrah bukan? Sedangkan Nabi sendiri perlu berdepan dengan kerabatnya yang jahil tentang seruannya. Sedangkan setiap zaman sahabat hingga ke zaman pemerintahan ‘kerajaan islam’, masih ada kelakuan jahat atau bahagian yang direlakan tuhan demi sumpah para musuh tuhan. Itu lumrah bukan?

Justeru, seramai manusia yang menganggap diri nya adalah gila, selebihnya juga ada yang sentiasa positif terhadapnya. Sekalipun minoriti, tetap dia tidak pernah menghargainya. Tetapi, sifat manusia tuhan ciptakan pelbagai rupa, warna dan kejadian. Teman-teman yang masih percaya akan hidupnya sentiasa menjenguk mesra. Tanpa rasa ingin dibalas ehsan kelak. Tanggungjawab. Atau kasihan. Atau mungkin juga kesan-kesan politik. Atau kerana mesteri hidupnya. Dia pun tak pernah ambil kisah.

Dia memandang langit. Penglihatan hanya separuh. Balam-balam bangunan di hadapan apartmentnya agak tidak memberinya peluang untuk menyentuh dada langit yang luas.Rangka-rangka bangunan yang agak usang tidak pula menjejas kenikmatan cuaca petang ini. cuma sedikit mendung mengganggu perasaannya terhadap alam. Sekali lagi, kemungkinan langit akan menangis.

Kerja kuliah masih bertimbun. ‘Slide’ kes masih lagi belum dibaca sepenuhnya. Nota masih lagi hanya di otak fikir. Latihan belum sempat diulangkaji secara detail. Angka-angka muka surat belum diteliti berapa helaikah perlu dikuasai. Fakta-fakta pengajian amat berharga. Seperti harga bayaran yang terpaksa berkandang lembu dijual. Padi di sawah berhektar masih tak terkira nanti. Kerisauan ibu bapa melonjak buak jika dihitungnya nanti. Apa lagi nanti.

Lain sudut, ada perkara yang sentiasa mengganggu dirinya. Yang pasti ada bisik yang selalu membunuh rasa. Hatinya amat dekat. Tapi tiada di hatinya. Matanya jauh. Tapi ada di sisi. Fikirnya menjadi nadi. Tapi keliru dengan situasi.

” Seroja. Ke mana kau pergi?”.

Tanpa Tajuk: Part 1

Posted in Tanpa Tajuk on January 17, 2010 by duwenk

http://fc04.deviantart.net (credit to muoustafa)
Ketika orang ramai sedang sibuk mengejar kebahagiaan dunia, dia masih sendiri membawa diri. Tiada rasa untuk mengecapi seperti mereka yang lain. Keadaannya sangat tidak terurus. Kata teman; makan tidak terurus, mandi tidak dibasah, malah hujan pun malu untuk menyentuh tubuhnya. Udara sejuk pula sering kali menyiksanya. Angin dingin yang merempuh tubuhnya sangat tidak kisah dengan cerita hidupnya.

Pernah beberapa kali kawan yang amat prihatin memberi  nasihat, ajak bersosial, minum-minum di cafe, berbincang, bergurau senda dengan dunia seusianya. Tapi, dia hanya tahu menggeleng kepala dan mengecewakan orang sekeliling. Hidupnya sangat berahsia. Tidak ramai yang tahu cerita bisu hatinya.

Dia tidak sama seperti mereka di luar sana. Remaja seumur hidupnya pasti akan gembira. Mengisi masa remaja dengan kenalan yang ramai. Kehidupan di kuliah amat menyeronokkan. Enjoi belajar, keluar bersama, bila tiba malam. ada temu janji untuk duduk bersama menikmati waktu malam. Bertukar cerita, gossip di kolej, di kota hidup mereka, tentang artis, dunia komersil, independent juga, perkara seni, creatif; musik, filem dan beberapa genre semasa. Ada yang sibuk dengan emosi politik, antarabangsa mahupun pengaruh politik negara. Kata yang paling tepat: Dunia remaja sangat bebas dan luas untuk diterokai.

Dia tidak endahkan itu semua. Baginya segala aktivitii sedemikian hanya kemahuan semasa. Pengisian pengaruh budaya. Bagaimana seseorang mendampingi sesuatu kehidupan bagi diri mereka. Lebih-lebih lagi, itu semua adalah displin hidup dan teori yang sepatutnya remaja gauli. Bukan hanya tahu bentuk dan budaya, akan tetapi perlu memahami kehidupan sebenar dalam dunia yang realiti. Tetapi remaja sekarang sekadar enjoi dan menikmati pengaruh budaya ciptaan masing-masing.

Malah, jika ‘ya’ sekalipun dia keluar bersama kenalan, tak segar pun otaknya. Rata-rata manusia lebih terpengaruh dengan gosip, perkara kosong, cerita-cerita mimpi, berita-berita sensasi. Remaja bukan? sepatutnya remaja perlu lebih peka, akan tetapi asuhan generasi demi generasi semakin tidak memberangsangkan remaja untuk pulih sebagai senjata budaya, negara mahupun. Mungkin kedengaran agak patriotik, tetapi hakikatnya, remaja banyak fungsinya.

Dia tahu,kenalannya tidak pernah puas mengajaknya. Dia tahu, hidupnya agak negetif di sisi kenalannya. Dia tahu, hidupnya tidak harus sebegini rupa. Dia tahu, tahu banyak perkara mengenai hati kenalannya. Tetapi, setiap kali dia mengecewakan kenalannya, hatinya juga terluka. Dia tidak mampu untuk senyum di khalayak ramai. Dia tidak pandai untuk berlakon rupa di hadapan manusia. Dia tidak munafiq untuk bermesra dengan orang-orang di sana. Baginya, jalan pintas sebagai ‘seorang selfish’ adalah jalan terbaik. Hanya tahu hidupnya dan tidak hiraukan orang lain.

Apartment no 73. Dia masih sendiri di bawah khayalan hari-harinya. Episod esok akan tiba lagi. Amanah diri dari keluarga masih terumbang ambing. Konflik diri dengan kekasihnya masih di tali gantung. Dia tidak mahu segalanya berkecai seperti cerita-cerita dalam filem. Hidupnya perlu berlaku hanya satu, Tiada penjelmaan kembali seperti dalam kepercayaan hindu. Tiada kisah yang begitu tragis sehingga kekasih di bawa lari. Kisah hidupnya bukanlah serumit cerita romeo and juliet, Qiash wa Laila atau cerita klasik Uda dan Dara sekalipun. Tetapi, kisah hidupnya hanya konflik diri antara Tuhan, keluarga dan kekasih.

Dia memandang ke langit. Tiada bintang yang dapat hiburkan hatinya. Bulan tidak cantik. Udara makin sejuk. Dia mengeluarkan sebatang rokok dari saku kiri kemeja birunya. Memerhati batang rokok, fikirannya menghitung baki usia hidupnya. Esok hari ada usia lagi……..

D.I.S.O.R.D.E.R.

Posted in LiFE on January 10, 2010 by duwenk

credit to thebjoernsons deviantart

Sambil menunggu teh sampai:

Seorang gadis langkah laju. Tak pernah pandang ke tepi. Kiri dan kanan, Untuk toleh kebelakang, jarang sekali. Hanya waktu melintas. Itu mungkin. Di matanya hanya waspada supaya tidak langgar batu, tiang atau najis-najis himar di jalanan. Ngeri. Najis!! Kemungkinan saja.

Lihat orang hujung sana pula, hanya duduk santai. Di tangan kirinya rokok masih separuh tinggal. Sudah berapa kepul asap telah dihisap. Jantungnya apa jadi ye? – Kata doktor; perokok jantungnya hitam. Cepat mati. Tak, mudah mati. Doktor tuhan ke? Itu secara saintifik la – Tapi, orang itu senyum sahaja. Pantang ada orang lalu lalang depannya, dia senyum tegur. Kadang-kadang menjawab salam bagi yang bermurah hati. Senyum dan salam adalah amal baik bukan?

Kelihatan para petugas pembersih bandaran juga sibuk mempamerkan kerja. Berbaju oren. Ada gaya seperti baju mekanik di workshop kapal terbang. Kelakar juga la. Mereka sedikit kelam kabut. Mulut bising-bising. Agak tak menyenangkan. Hon kereta yang lalu lalang makin membunuh keseronokkan pagi. Apa mereka tahu? Mereka hanya terkejar oleh masa. Ada yang sudah lewat untuk kerja. Ada yang perlu tepat dengan janji. Ada pula yang hanya suka-suka tunjuk lagak pagi.  Semuanya mungkin.

Tapi, pastinya hari ini tak ramai manusia seperti hari-hari biasa. Pelajar dah pun mula cuti untuk exam. Tak banyak batang hidung yang muncul. Tak ada langsung. Cuma ada terserempak beberapa orang yang mungkin ke kelas pengajian sampingan awal pagi tadi. Rajin mereka. Atau bosan di rumah. Atau memang obses dengan kelas sampingan, atau terpaksa kerana ajakan kawan serumah, atau mungkin saja desakkan sendiri untuk tahu lebih lagi proses ilmu-ilmu yang lain.

Pakcik kedai runcit depan sana seperti sedang berkumit-kumit mulutnya. Jampi ‘ayat seribu dinar’ agaknya. Secara adat dan kepercayaan, ayat al-Quran dibiarkan beralunan pada waktu pagi. Di setiap kedai, Kebanyakkan. Amat membunuh syaitan. Mungkin dengan cara sebegitu diharapkan rezeki tidak giat dengan riba, tipu & ketidak-untungan. Semuanya ada maksud. Semuanya bersebab. Tak salah. DIA MAHA tak berkira pun. Hanya manusia yang selalu berkira, selalu menghukum, selalu salah tentang orang lain. Titik

P/S: Semuanya hanya gambaran laku manusia. Penilaian luaran kita. Samada dia yang sedang sibuk dengan dunianya, pakcik yang santai dengan tehnya, situasi pelajar yang sunyi dibuai mimpi dan mereka yang bangun pagi, mahupun si pakcik yang ingin memulakan hidup niaganya; adalah gambaran yang tidak pasti. Semuanya kemungkinan dari sebuah penilaian.

Orang boleh senyum, gembira, sedih, puas rasa, bertungkus-lumus, sibuk kerja, serius dan segala macam asa, tetapi manis dan masinnya tetap dirasa jika penilaian sampai kepada hati. Ikhlas dengan diri. Jika terlibat dalam ilmu rohani. Mungkin? Memang, baik buruk sedang dan sentiasa berlaku. Begitu juga penilaian dan kelakuan manusia yang tak pernah lelah Tuhan memberi hidup kepada kita. Agung kan? Kamu tahu?

Manusia. Kamu tahu, hidup mereka semua itu di bawah sedar kita?Kamu tahu, sebenarnya mereka tahu mereka sedang diperhatikan oleh kita? Siapa tahu, hati mereka tak pernah tenteram walaupun sebenarnya; pagi adalah punca rezeki dan memberi terang kepada manusia. Siapa tahu, semuanya adalah lakonan. Siapa yang tahu, akan segala adalah pasti dan realiti. Tetapi, akan tahu jika ada bukti kan?

Bukankah hidup ini adalah sebuah drama. Penuh dengan dunia lakonan. Hipokrit. Munafiq??

Antara kita sendiri pun, segalanya barangkali dan segalanya ada bukti.

Redha & Syukur

Posted in LiFE on January 8, 2010 by duwenk

credit to iNeedchemicalX deviantart

Satu malam, bintang telah jatuh. Jadi rupa seorang gadis. Memberi ingat kepada aku: “kau tak mampu untuk pikul segalanya. Kau lemah”. Gadis itu pergi, hilang di sebalik awan putih gelap. Aku tak peduli.

Satu malam, bulan datang dekat. Senyum sambil berkata: “Kau hanya manusia, punya 2 tangan, kaki yang kadang-kadang lari laju dan kadang-kadang lembab. Ada mata dan telinga, mulut pula harus selalu jaga. Sebab itu punca fitnah dan sial. Kau haru waspada”. Aku tetap tak peduli.

Satu malam, hujan turun memeluk tubuh. Kalau aku tidak datang pun kau tetap sejuk. Apatah lagi jika cuaca yang membenarkan aku singgah di sini. Kau di tengah malam. Dia di rumah sendiri. Mereka sibuk membahagi tugas untuk kerja-kerja cerita. Jangan pula kau kaku di sini. Mereka di sana habis-habisan mengumpul kayu untuk memanaskan tanah ini. Kau tidak tumpang mereka? Aku berjalan hanya sendiri.

Satu malam. ramai yang berkumpul. Makan-makan. Sembang-sembang. Gelak ketawa. Bertukar cerita. Kenyang. Rokok di tangan dan sampah bersepah. Asap berkepul membunuh oksigen. Di meja makan. Di tepi jalan. Di kesenangan ciptaan tuhan. Tetap mereka bersyukur??

Satu malam, ramai yang berkumpul. Makan-makan. Sembang-sembang. Gelak ketawa. Bertukar cerita. Bertukar baca. Memerah otak untuk hafalan. Memikir untuk lulus ujian. Teh panas, kopi dan nescafe selang seli di tangan. Buku jadi usaha dan punca. Di samping itu, gosip  jadi hidangan ringan setelah penat membaca. Tetap mereka bersyukur??

Tak kira dari bintangkah, bulankah, hujankah, hatta malaikat sekalipun, syukur dengan apa yang telah diberi tidak sama dengan syukur dengan apa yang telah dicari. Kepuasan masing-masing hanya mereka yang dapat merasakan. Ukur baju badan sendiri.

Aku redha, bukan syukur.

Thanks – Full

Posted in LiFE, Love on January 3, 2010 by duwenk

Street

[Song: You Can’t Steal My Love]
[Band: Mando Diao]
[Mood: Think]

——————————————————————————————————————-

[Letter For friends]

Dear Friends,

I  just back from Alexanderia. I saw many things happened out there. About personality, life, happiness, sadness, untrusted, frusted, allocate, idyllic, scared, lonely, sidewalk, seaside, opposite the many walls without souls, airstream gave the thing coldness, beging for piece of love.

Thanks for more no thanks brought me non-stop talking by myself. My feet even no tied up walking down in street. My body couldnt feels the cold raining at 3a.m. Maybe they were couldn’t understand why me keep staring just on the way im walking while raining is falling.  They curious just to gossiping me as a madness one. Who is care?

But i said to peoples around me, i’ve no way to go. Talk to phone by myself. Feel to pain by promises. Change the thought by confused. Stand to optimis for make the things be not worst. Stay praying to god behind sins. Just they said  i desperated  to get what i want. Hopeless.

Dear friends,

You gave me your hand without know w hat i’ve done and how  i  felt exactly. No argumentative. No judging me. No confusing me. Never ask me how long will me stay in this line. If i explain that, you will said seem. So listening to me its not enough for understand me. Im glad and so excused.

Why always ‘You’?

The answer is not just You.

Love.